Buffet Ramadan 2023 | Bermula dari hari pertama Ramadan, restoran dan syarikat katering tempatan, Santapan Ummis Hijau Kasturi mengembalikan nostalgia aneka makanan desa sepanjang Ramadan 2023.

Menerusi Buffet Ramadan 2023, yang bermula pada 23 Mac 2023 hingga 19 April 2023, Santapan Ummis Hijau Kasturi akan menyajikan lebih daripada 45 jenis makanan.


Buffet Ramadan 2023


Air Tangan Ibu, Menu Melayu & Nusantara


Bertepatan dengan teman ‘Air Tangan Ibu’, semua menu hidangan Melayu dan Nusantara yang mana akan mengubati kerinduan kita kepada ibu yang telah tiada ataupun berada jauh di kampung halaman.

Buffet Ramadan 2023
Chef Hajah Norziah dan suaminya Chef Haji Fauzi, saling bekerjasama melaksanakan
menu-menu di buffet ramadan Santapan Ummis Hijau Kasturi 

Buffet Ramadan 2023


Ternyata, Chef Hajah Norziah, yang memenuhi sosok seorang ibu penyang dan juga suaminya Chef Haji Fauzi, saling bekerjasama untuk melaksanakan menu-menu di buffet ramadan Santapan Ummis Hijau Kasturi mampu memenuhi selera pelanggan yang amat merindui masakan ‘air tangan bonda’. 

Buffet Ramadan 2023

Buffet Ramadan 2023

Tiga masakan utama setiap hari ialah Berlado, Masak Lemak dan Asam Pedas dengan pelbagai jenis lauk utama yang dimasak berganti-ganti. Antara menu tersebut adalah Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak Lemak, Kepala Ikan dengan Lobak Masin dan Daging Salai dengan Bacang Masak Lemak.

 
Selain itu, korang boleh juga menikmati pilihan bakar seperti Ayam, Kambing dan Lembu yang telah diperap dengan ramuan istimewa dan dicicah bersama Air Asam, Sos Kicap, ‘Sambal Rindu’, Sambal Hijau atau Sambal Mangga.

Turut disajikan bersama masakan seperti aneka kerabu, lauk pauk, ulaman, soto, masakan barat dan air penyegar dahaga. Tak lupa kuih muih,aneka bubur dan mee bakal tersedia sebagai pengikat selera. 


Buffet Ramadan 2023

Buffet Ramadan 2023

Buffet Ramadan 2023

Sajian Istimewa 'Dulang Berkat'

Bagi menambah kelainan pada Ramadan kali ini, para pelanggan juga bakal dihidangkan sajian ‘Dulang Berkat’ sebelum pulang. Di dalam dulang tersebut, pelanggan akan menikmati sajian terakhir yang berlainan setiap hari. 

Menu tersebut juga sebagai simbolik mengambil keberkatan Ramadan dalam bersedekah, dan dalam masa yang sama mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Santapan Ummis Hijau Kasturi.

Kemudahan & Kelesaan Pengunjung Diutamakan

Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. 

Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis. Boleh memuatkan 80 pelanggan pada setiap hari dan tempahan awal sangat digalakkan bagi memastikan semuanya mudah dan senang hati. 

Rebut Promosi ‘Early Bird’!

Untuk promosi ‘early bird’ harga RM45.90 nett diperkenalkan untuk dewasa, RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan warga emas berumur 60 tahun ke atas untuk pembelian baucer tempahan sehingga 28 Februari 2023 ini.

Selepas itu, harga akan dicaj sebanyak RM 51.90 nett untuk dewasa dan RM19.90 nett ditawarkan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas. 

Dalam masa yang sama, Ummis Hijau Kasturi terus komited untuk mencegah penularan wabak COVID-19. Untuk itu, pihak restoran telah menetapkan hanya menerima 80 orang pengunjung dalam satu masa sahaja. 


Buffet Ramadan 2023


Buffet Ramadan 2023


Buffet Ramadan 2023


Buffet Ramadan 2023

Produk Sejuk Beku 

Selain itu, buat mereka yang ingin menikmati air tangan cef yang pernah berkhidmat buat keluarga diraja Brunei ini, boleh membeli produk sejuk beku Santapan Ummis Hijau Kasturi. Antara produk sejuk beku yang tersedia adalah Karipap ‘Sendat Padat’ , Lasagna, Popia dan Macaroni. 

Tidak dilupakan, produk yang sedang laris di restoran ini, Ikan Keli Dendeng Ummis juga tersedia. Menariknya, Ikan Keli tersebut merupakan ikan yang diternak di dalam sangkar dan hanya memakan makanan rumusan yang diperkaya dengan protein dan Omega 3.

Restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk pelbagai sajian. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.

Kalau berminat untuk membuat tempahan Buffet Ramadan 2023 di Ummis Hijau Kasturi,

Hubungi:

03-40324383(pejabat)

017-6534133(operasi) atau

011-23058511(pengeluaran/production).

*kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma


*Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan


Waktu Operasi Bulan Ramadan:

Setiap hari: bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam

Waktu Operasi Harian :

Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang

Alamat:

Ummis Hijau Kasturi

G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.

Facebook : https://www.facebook.com/ummis.hijaukasturi.9

Instagram : https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/

Andaikata korang mencari tempat berbuka puasa nanti, jangan lupa masukkan Buffet Ramadan 2023 Ummis Hijau Kasturi dalam list korang tau.