Sunfeet International Rehab Center, korang pernah dengar tak tempat nie? Sejujurnya sis pun baru tahu ada tempat spesifik untuk merawat masalah kaki.Sis percaya ramai di antara kita mungkin mengalami masalah kaki, tetapi tak tahu kat mana nak dapatkan rawatan yang betul. 


sunfeet international

Sunfeet International Rehab Center

Pusat rehab yang terletak di Petaling Jaya ini kendalikan oleh Pakar Ortotik, Dato Dr Edmund Lee, yang menyambung legasi impian datuknya.Tempat ini bukan ‘biase-biase’ ya, sudah lama bertapak di Malaysia. Lebih kurang dalam 40 tahun serta mempunyai kepakaran dari UK dan USA Certified sejak tahun 1978. 


Fahami Anatomi Kaki Sendiri


Di pusat rehat ini korang boleh mendapatkan pemeriksaan kaki (foot analysis) percuma serta mengenalpasti permasalahan kaki. Melalui foot analysis tu lah kita tahu kaki kita dalam kategori mana. Jenis flat feet ke, neutral foot, high arch dan lain-lain.

Jadi, sebelum membeli kasut kita memang perlu memilih bukan setakat selesa sahaja untuk dipakai. Sebaliknya, kita kena faham anatomi kaki sendiri, iaitu mengenal pasti bentuk kaki dan jenis lengkungan tapak kaki. 

sunfeet international



Foot Health Talk
Banyak info berguna yang diperoleh ketika menghadiri Sunfeet Health Talk 2023


Perkongsian Dato Dr Edmund Lee 

Masalah kesihatan kaki nie jangan dibuat main-main.Mendengar perkongsian daripada Dato Dr Edmund Lee hari tu pun dah buat sis seriau. Masalah kaki boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan yang mana boleh menjejaskan kehidupan kita.

Jika sebelum ini korang pernah mengalami sebarang kesakitan atau ada masalah berkaitan dengan kaki. Macam flat feet (kaki leper), foot pain (sakit kaki), knee pain (sakit lutut) atau back pain (sakit belakang), better la korang check. 

Buat Pemeriksaan di Sunfeet International Rehab Center


Buat pemeriksaan di Sunfeet International Rehab Center serta dapatkan rawatan seawal mungkin sebelum masalah yang dihadapi menjadi lebih teruk. Macam sis nie, daripada tak tahu, terus jadi tahu apa masalah dengan kaki sis ini.

Biarpun tidak seteruk mana, tetapi tetap perlu berjaga-jaga. Dato Dr Edmund Lee menerangkan dengan lebih details tentang keadaan kaki sis dan mencadangkan beberapa solusi untuk sis merawat atau memulihkannya.

sunfeet international
Rebut promosi "Back To School", diskaun sebanyak 30%


Rebut Promosi Hebat!


Di Sunfeet, bukan setakat mendiagnosis, mengubati dan menasihati, bahkan terapi boleh dilakukan di sini. Sekarang nie tengah ada promosi, RM99 untuk 5 sesi rawatan. Rugi kalau tak rebut peluang baik ini!

Di samping itu, bagi ibu bapa yang masih belum beli kasut sekolah buat anak, bolehlah datang Sunfeet International Rehab Center. Ada promosi “Kembali Ke Sekolah” (Back to School) dengan tawaran istimewa iaitu diskaun sebanyak 30% , sepanjang bulan Mac ini bagi kasut sekolah hitam dan putih serta kasut sukan.


Foot Health Talk
Kedua kaki perlu menjalani proses scanning bagi  mengetahui sama ada kaki tersebut  normal ataupun sebaliknya. 

Jangan Abaikan Dan Sayangi Kaki!

Bawalah famili dan anak-anak korang ke Sunfeet International Rehab Center untuk pemeriksaan kaki dan konsultasi percuma Biarkan mereka yang professional ini mendiagnosis masalah dan memberikan solusi yang betul kepada kaki kita!

Kanak-kanak juga pun boleh check kaki mereka dan dirawat serta mendapatkan custom made orthotics insole.

Foot Health Talk

                         Salah satu alternatif merawat kaki bermasalah - pakai custom made orthotics insole





Jangan lupa tengok Video Tiktok kunjungan sis bersama Dea Marissa ke pusat rehab tersebut.
                                                                     KLIK: SINI


Untuk maklumat lanjut:

Sunfeet International Rehab Centre, Ground Floor,

Wisma Daju 5, No 21, Jalan Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Waze: Starbucks PJ8

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (10pagi- 5.30 petang )

Hubungi:0135283939/ 0139122839

Website: www.sunfeet.com.my

Instagram: https://www.instagram.com/sunfeetinternational/

Facebook: www.facebook.com/sunfeetinternational