Laksa merupakan sejenis hidangan yang sangat popular di Malaysia. Hidangan laksa ini terkenal dengan perpaduan unik antara kuah berperisa pedas dengan ikan segar yang lazat serta bahan-bahan lain seperti timun,nenas, telur rebus dan daun kesum yang menambahkan lagi kenikmatan.
Laksa Cukup Popular Di Malaysia
Menu ini sangat popular dan sering dianggap sebagai hidangan sejati Malaysia kerana ia memperlihatkan kepelbagaian budaya dan rasa yang terdapat dalam masakan tempatan.
Setiap variannya mempunyai ciri-ciri unik tersendiri. Antaranya ialah Laksa Lemak, Laksa Penang, Laksa Johor,Laksa Kedah, Laksa Sarawak dan banyak lagi. Walaupun bahan utama adalah mi dan kuah, namun setiap varian mempunyai bahan-bahan tambahan yang berbeza seperti sayur-sayuran, udang, ayam, telur rebus dan lain-lain lagi.
Citarasanya juga sangat pelbagai. Daripada yang pedas dengan citarasa kuah santan yang kaya hingga kepada yang lebih segar dan sedikit masam. Perahan limau nipis atau limau kasturi menambahkan lagi keenakan hidangan autentik ini.
Kepelbagaian rasa serta aroma yang menarik, laksa adalah satu hidangan yang tidak boleh dipandang sepi bagi sesiapa yang ingin merasai keunikan masakan Malaysia.
Baca Juga: Resepi Kerabu Manggi Thai Yang Sedap
Jom Belajar Buat Laksa
Dari Utara hingga Selatan Malaysia, terdapat pelbagai variasi laksa yang menarik. Kali ini sis nak ajak korang cuba buat laksa yang autentik dan memukau lidah.
Jadi, marilah kita bersama-sama belajar langkah demi langkah dalam menyediakan hidangan yang tiada tandingannya. Selamat membaca dan semoga berjaya mencipta hidangan ini yang sedap di rumah.
Tips Membuat Kuah Laksa Yang Sedap
Pilih Bahan Berkualiti Tinggi
Pastikan semua bahan-bahan seperti rempah laksa, serai, bunga kantan, dan udang adalah segar dan berkualiti tinggi. Bahan berkualiti tinggi akan memberikan rasa yang lebih enak pada kuahnya.
Pastikan semua bahan-bahan seperti rempah laksa, serai, bunga kantan, dan udang adalah segar dan berkualiti tinggi. Bahan berkualiti tinggi akan memberikan rasa yang lebih enak pada kuahnya.
Rempah Yang Betul
Gunakan rempah laksa yang autentik seperti belacan, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, jintan manis, dan ketumbar. Pastikan sukatan rempah ratus ini betul untuk mendapatkan rasa yang kaya dan kompleks.

Kisar Kepala dan Tulang Ikan
Untuk menyedapkan kuahnya, kisar kepala dan tulang ikan dengnan sedikit air (setelah diasingkan isinya). Kemudian tapis dengan penapis halus. Campurkan ke dalam air rebusan.
Rendam Cili Kering
Sebelum digunakan, rendam cili kering dalam air panas untuk melembutkannya. Ini akan memudahkan proses pengisaran dan memberikan tekstur yang lebih halus pada kuahnya.
Ketepikan Bunga Kantan dan Serai
Gunakan daun bunga kantan dan serai yang sudah diketuk untuk mengeluarkan aroma dan rasa yang lebih kuat. Korang boleh pukul atau tumbuk sedikit serai untuk membuka serat-seratnya sebelum menggunakannya.
Gunakan Santan Segar
Jika anda mahu membuat laksa lemak pastikan santan yang digunakan itu elok. Santan segar akan memberikan rasa lemak dan kepekatan pada kuahnya. Sebaiknya gunakan santan kelapa segar daripada santan kotak.

Kawal Kuantiti Air
Jumlah air yang digunakan akan mempengaruhi kepekatan kuah. Pastikan anda menyesuaikan kuantiti air supaya kuah tidak terlalu pekat atau cair.
Jangan Terlalu Banyak Garam
Berhati-hatilah dengan garam kerana belacan juga memberikan rasa masin pada kuahnya. Cuba rasa sedikit kuah sebelum menambahkan garam dan selalu kawal perisa.
Tambahkan Perasa Tambahan
Anda boleh menambahkan sedikit gula, garam, atau jus limau nipis untuk menyesuaikan perasa kuah tersebut mengikut citarasa sendiri.

Kacau Secara Berkala
Semasa memasak kuah, pastikan anda kacau secara berkala untuk mengelakkan bahan-bahan daripada hangit atau melekat di dasar periuk.
Biarkan Kuah Berehat
Selepas kuah dimasak, biarkan ia berehat beberapa minit sebelum dihidangkan. Ini akan membolehkan rasa dan aroma menyatu dengan lebih baik.
Nota:Kesedapan kuahnya bergantung kepada kombinasi rempah, santan, dan bahan-bahan lain yang digunakan.

Jom Cuba!
Resepi Laksa Penang
Bahan-bahan:
1 kg laksa
500 gm ikan sardin/ikan kembung
200 gm bawang merah
2.5 liter air
4 keping asam keping
15 tangkai daun kesum
2 batang serai - dihiris
3 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa 1 ulas bawang putih
1 sudu kecil pes udang (petis)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar asam jawa - ambil asinva
5 helai daun limau purut
Sedikit timun, bawang besar, cili merah dan daun pudina
Untuk kuah laksa:
1 • Ikan direbus hingga masak.
Buangkan tulang dan isi ikan dihancurkan.
2 • Kisar cili, pes udang dan bawang putih.
4 • Bubuh laksa, timun, bawang besar, cili merah dan daun pudina dalam mangkuk. Tuangkan
kuahnya.
3 • Masukkan semua bahan dalam periuk. Tuangkan air rebusan ikan. Masak hingga mendidih.
4. Selamat menikmatinya. Jangan ragu untuk menyesuaikan rasa dan bahan-bahan sesuai dengan selera korang ya.
0 Comments