Ayam Goreng Hatyai merupakan hidangan yang popular di kalangan pencinta makanan Thailand di Malaysia. Hidangan ini mendapat namanya dari Hatyai, sebuah bandar di selatan Thailand yang terkenal dengan masakan unik dan citarasa yang kaya. Ayam Goreng Hatyai adalah hidangan ayam yang digoreng dengan sempurna dan diberi pelbagai rempah-rempah Thai yang khas, yang menghasilkan rasa yang menggoda.
Bahan-bahan:
Cara Memasak:
Ayam Goreng Hatyai
Hidangan ini sering disajikan dengan sos pedas, acar timun dan nasi panas. Rasanya yang pedas, ranggup dan berempah menjadikannya pilihan yang disukai oleh penggemar makanan pedas dan eksotik di Malaysia.Jom Cuba! Resepi Ayam Goreng Hatyai
Berikut adalah resepi Ayam Goreng Hatyai yang mudah dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja:Bahan-bahan:
- Ayam potong kecil-kecil (sekitar 500g)
- Kicap cair Thai
- Akar ketumbar -ditumbuk halus
- Bawang putih – ditumbuk halus
- Tepung beras (2-4 sudu besar)
- Tepung jagung (2-3 sudu besar)
- Sedikit lada sulah (1 sudu besar)
- Sedikit gula/madu
Baca Juga: Ayam Kukus Halia
Cara Memasak:
Perapan Ayam
- Perap ayam dengan bawang putih dan akar ketumbar yang sudah ditumbuk lumat,gula serta lada sulah Kemudian masukkan kicap cair. Pastikan ayam tersebut bersatu dengan bahan tadi. Biarkan marinate selama sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih lama untuk rasa yang lebih mendalam.
Sediakan Bancuhan Tepung
- Campurkan tepung beras dan tepung jagung dalam sebuah mangkuk besar. Korang boleh juga boleh tambahkan lebih banyak serbuk cil jika suka pedas. Bancuhan agak pekat, biar melekat dan mudah bila digoreng.
Goreng Ayam
- Panaskan minyak dalam kuali atau periuk yang dalam. Pastikan minyak cukup panas.
- Gulingkan potongan ayam yang telah dimarinasi ke dalam campuran tepung sehingga semua bahagian ayam dilapisi dengan tepung.
- Goreng ayam dalam minyak panas hingga kekuningan dan rangup, kira-kira 8-10 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
Baca Juga: Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer
Sedia Untuk Dihidang
Angkat ayam goreng dan toskan minyak pada tisu dapur. Sajikan Ayam Goreng Hatyai dengan nasi panas atau makanan lain sebagai hidangan sampingan Selamat mencuba!
0 Comments