Kalau korang memang orang KL (Kuala Lumpur) dan seorang peminat setia nasi kandar, pasti tidak asing dengan nama Restoran Kudu Bin Abdul. Restoran ini menawarkan kelazatan nasi kandar selama hampir separuh abad di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit.
Dengan sejarah yang bermula pada tahun 1969 dan menggunakan resepi original dari Pulau Pinang, Restoran Kudu Bin Abdul bukan sekadar restoran nasi kandar biasa. Hidangan-hidangan kari yang memikat selera dan beraneka jenis lauk membuatkan pengunjung teringin untuk terus mencuba.
Peminat Nasi Kandar Sanggup Beratur Lama
Restoran ini terkenal dengan Lauk Ayam Sambal Bawang, Ayam Madu dan Daging Kicap yang begitu enak sehingga menarik perhatian ramai. Tarikan ini begitu kuat sehingga orang sanggup beratur panjang semata-mata mahu menikmati hidangan lazat di restoran ini.Walaupun kena beratur lama, semangat peminat nasi kandar tetap tinggi. Kebanyakan tetap sabar menunggu giliran. Ini menunjukkan betapa sedap dan uniknya lauk di Restoran Kudu Bin Abdul.
Sabar menunggu giliran |
Macam-macam jenis masakan kari ada |
Resepi Original dari Pulau Pinang
Apabila menyelusuri sejarah, Restoran Kudu Bin Abdul telah memikat hati peminat makanan sejak zaman 60-an.
Ia telah menjadi pilihan pengunjung tempatan dan antarabangsa, termasuk Allahyarham seniman agung Tan Sri P Ramlee yang dikenal pasti sebagai salah seorang yang gemar menjamah hidangan di sini.
Baca Juga:
Makan Sarawak di Kedey Kamek
Richiamo CoffeeAllahyarham seniman agung Tan Sri P Ramlee suka menikmati nasi kandar di restoran ini. |
Kari ketam nampak menyelerakan jer |
Pengalaman Makan Nasi Kandar Kudu
Walaupun sis bukanlah peminat tegar nasi kandar, tetapi apabila diajak menikmatinya mana mungkin sis menolaknya. Apatah lagi, hasrat itu disuarakan oleh anak-anak.Kebetulan pula pada waktu itu kami memang berada di sekitar Kuala Lumpur. Bolehlah singgah menjamu selera. Lagipun ketika itu jam sudah hampir menjelang jam 3 petang dan perut terasa makin lapar.
Ayam madu + sotong + daging kicap, RM30 |
Satu minuman yang wajib dicuba di sini. Soda Bandung di Restoran Kudu Bin Abdul memiliki rasa yang unik dan menyegarkan, tapi terlupa nak ambil gambar sebab dah lapar sangat!!
Ayam Sambal Bawang
Ayam Sambal Bawang
Menu wajib yang selalu dicadangkan oleh pengunjung. Ayam goreng bersama sambal bawang yang lazat pasti memuaskan selera.
Ayam Goreng, Bendi Rebus dan Telur Ikan
Ayam Goreng, Bendi Rebus dan Telur Ikan
Kombinasi yang sempurna untuk hidangan nasi kandar yang memuaskan. Tapi, bila dah sampai tu sis pilih lauk lain pulak.
Kesimpulan
Walaupun beratur panjang adalah sebahagian daripada pengalaman di Restoran Kudu Bin Abdul, tetapi ia sangat berbaloi dengan keleaatan dan keunikan hidangan nasi kandar Pulau Pinang yang ditawarkan.
Kesimpulan
Walaupun beratur panjang adalah sebahagian daripada pengalaman di Restoran Kudu Bin Abdul, tetapi ia sangat berbaloi dengan keleaatan dan keunikan hidangan nasi kandar Pulau Pinang yang ditawarkan.
Dengan harga makan tengah hari yang okay-okay laa kot, kami meninggalkan restoran ini dengan perut kenyang dan hati yang penuh rasa syukur. Dapat jugak merasa makan Nasi Kandar Kudu yang viral nih. Hihihi..hiii...
Jika korang mencari pengalaman makanan yang autentik dan mengasyikkan di tengah Kuala Lumpur, Restoran Kudu Bin Abdul adalah destinasi yang tidak boleh diabaikan. Gitewwww!!
0 Comments