MenstruHeat adalah penyelesaian baru yang memberikan harapan dan keselesaan kepada wanita yang mengalami sakit perut semasa haid.

MenstruHeat

Kehebatan Teknologi RealHeat

MenstruHeat, sebuah inovasi terkini dalam dunia penjagaan kesihatan wanita. Tampil sebagai penyelesaian yang penuh harapan dan memberikan keselesaan kepada wanita yang mengalami kesakitan perut semasa haid. 


Dengan pendekatan yang canggih, produk ini menggabungkan kehebatan teknologi RealHeat yang telah terbukti secara klinikal untuk menyediakan rawatan haba yang efektif. Di mana ia membawa lega kepada mereka yang menghadapi senggugut haid yang menggangg.


 

Keberkesanan dan Kebolehpercayaan

 

MenstruHeat menggunakan teknologi RealHeat yang unik untuk menghasilkan tahap haba optimum dengan cepat dan secara berterusan. Dengan itu, pengguna mendapat bantuan cepat ketika mengalami kesakitan senggugut. Ia terbukti secara klinikal membantu melegakan kesakitan dengan mengendurkan otot rahim.

 

Kelebihan Produk

Berkesan Membantu Mengatasi Kesakitan

Menggunakan teknologi RealHeat untuk menyediakan haba optimum untuk mengatasi kesakitan. Menghasilkan haba secara berterusan untuk jangka masa yang panjang.


Pemanasan Cepat

Mula memanaskan dalam masa 5 minit selepas bersentuhan dengan udara untuk bantuan segera.


Mudah Digunakan

Mudah digunakan pada bila-bila masa dalam keadaan yang tidak mencolok di bawah pakaian.


Tahan Lama

Menyediakan haba berterusan selama 12 jam.


Reka Bentuk Ergonomik: Melengkung dengan mudah mengikuti bentuk perut untuk liputan yang lebih luas dengan keselesaan maksimum dan keberkesanan yang ditingkatkan.


Penggunaan dan Peringatan

MenstruHeat disyorkan untuk dilekatkan pada pakaian dalam. Lapisan pakaian dalam akan melindungi kulit anda daripada sentuhan langsung dengan haba. Bagi mendapatkan kepanasan yang lebih tinggi, anda boleh melekatkannya terus pada kulit, tetapi perlu diingat bahawa anda perlu memeriksa kulit anda secara kerap kerana sentuhan berpanjangan dengan haba rendah boleh menyebabkan bakar atau lepuhan. Keluarkan produk dengan segera jika ia menjadi terlalu panas.

 

Jangan gunakan MenstruHeat semasa tidur kerana anda tidak dapat memantau tahap panas. Juga, kain kapas atau tekanan tambahan boleh mengekang haba dan meningkatkan suhu produk secara buatan.

 

Untuk keselamatan, keluarkan produk selama 5 minit setiap jam untuk memberi kulit berehat daripada haba. Korang mungkin terbiasa dengan tahap haba dan tidak sedar bahawa ia sudah terlalu panas untuk kulit atau senggugut haid anda mungkin teruk sehingga kesakitan membutakan persepsi korang erhadap haba. Pemeriksaan kerap akan membantu  memantau keadaan kulit dan mencegah kecederaan yang tidak diingini.

 

Cara Betul Menggunakan MenstruHeat

1. Buka pembungkus. MenstruHeat akan memanaskan diri sendiri selepas bersentuhan dengan udara.


2. Kemudian lekatkan MenstruHeat pada perut atau seluar dalam berdasarkan tahap kehangatan yang diinginkan


3.Keluarkan MenstruHeat selama sekurang-kurangnya lima minit selepas setiap jam penggunaan untuk memberi kulit berehat. Ini adalah kerana sentuhan berpanjangan dengan haba rendah boleh menyebabkan bakar.


Baca Juga:


Putihkan Muka Dengan Cepat


Menjaga Kesihatan Jantung

Khasiat Minyak Zaitun





Dengan MenstruHeat, wanita kini memiliki penyelesaian praktikal, berkesan dan berbeza untuk mengatasi kesakitan senggugut haid. Ia membawa harapan kepada mereka yang menginginkan keselesaan sepanjang hari. Apa tunggu lagi, nanti cubalah ye!