Pastinya, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bakal menyemarakkan suasana apabila kita berpeluang berkumpul bersama ahli keluarga tercinta dan kembali pulang ke kampung halaman. 

 


hari raya 2024


 
Persiapan Menyambut Hari Raya 


 

kuih raya



Korang tahu tak, beberapa hari sebelum Hari Raya, kehidupan seorang yang bergelar ibu mengalami perubahan yang luar biasa?Nak tahu sebab apa? Sebenarnya dari awal Ramadan lagi rutin harian sis berubah. Ketika dunia masih terlelap dalam tidur, sis dah bangun awal untuk menyediakan sahur buat keluarga tersayang. 

 

Begitu juga bila tiba Hari Raya yang dinanti-nantikan. Malam raya sampailah ke awal pagi raya, sis masih sibuk.Dari kuih-muih, lemang,rendang, ketupat hingga kuah kacang dan menu-menu istimewa yang lain, Sis akan pastikan setiap hidangan menepati selera keluarga tersayang.Wahh gitewww…  

 

Kenangan Pagi Raya 


 

 Hari Raya 2024 

 

Pagi raya tu selepas menunaikan solat Aidilfitri,sebelum menjamu selera bermula sesi bersalam-salaman. Memang seronok kalau dapat berkumpul ramai-ramai bersama ahli keluarga yang lain. Kalau balik beraya rumah mertua, suasana memang terasa lagi meriah sebab dorang memang sakan beraya. Lepas bersalaman, wajib bergambar. Selfie sana, wefie sini, semua nak capture kenangan indah itu. 

 

 

duit raya

Kemeriahan Hari Raya lebih terasa dan seronok bila tengok anak-anak buah yang masih kecil dan masih bersekolah rendah yang ‘mengejar’ duit raya. Teringatlah balik zaman sis kecilkecil dulu. Berebut beratur dengan abang-abang untuk bersalaman sebab nak duit raya punya pasal! 

 

Macam sekarang nie, anak-anak pun besar. Tinggal seorang aje, Dea Marissa yang masih bersekolah rendah. Nampaknya, dialah yang paling banyak dapat duit raya! 

 

Tips Penjagaan Muka Yang Penting Di Hari Raya 

 

Moisturizer Terbaik
Teksturnya yang ringan dan melembapkan memberikan kelembapan yang diperlukan pada kulit 

 

Oh ya, walaupun sibuk dengan persiapan raya, sis tak lupa juga tentang penjagaan kulit muka. Cuba bayangkan situasi ini: korang bersiap-siap untuk menyambut kedatangan pagi raya dengan semangat yang memuncak, tetapi wajah yang kelihatan lesu dan kusam buat korang rasa frust.Nak selfie bersama keluarga atau kawan-kawan pun rasa macam kurang yakin. Sungguh menyedihkan, betul tak?  

 

Jadi, dalam kesibukan kita menyambut Hari Raya janganlah abaikan penampilan wajah. Penjagaan kulit wajah adalah rahsia untuk menjamin penampilan kita tetap segar dan berseri pada hari yang begitu istimewa ini. Salah satu produk yang sis gunakan dalam rutin penjagaan kulit adalah Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. 


Baca Juga:


Vitamin E Untuk Kulit Cantik


Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Muka Berminyak

 

Moisturizer Terbaik 

 

Setelah seharian beraya dan menziarahi sahabat serta keluarga, tak dapat dinafikan bahawa kulit terdedah kepada pancaran sinaran matahari yang terik. Sebelah malamnya,  ketika kesibukan Hari Raya sudah reda, adalah masanya untuk kita memberikan penjagaan terbaik kepada kulit yang telah bekerja keras sepanjang hari. 

 

Dengan menggunakan Aqua Whitening Cream sebagai krim malam terbaik, kulit akan mendapat rawatan dan pemulihan yang diperlukan. Formula lembutnya membantu mengurangkan kesan kemerahan dan kerosakan yang disebabkan oleh sinaran UV.  

 

Dalam kesibukan,  sis memang tak lupa merawat kulit wajah, terutamanya sebelum tidur. Penggunaan krim malam terbaik adalah langkah penting bagi sis dalam memastikan kulit mendapat kelembapan dan pemulihan yang sempurna semasa tidur.  

 

Selepas seharian sibuk memasak juadah untuk tetamu yang datang beraya di rumah, kulit jadi lebih berminyak disebabkan oleh haba dapur. Namun, tiada apa yang perlu sis risaukan  kerana Aqua Whitening Cream menjadi penyelamat! 

 

Dengan kandungan niacinamide yang terdapat dalam Aqua Whitening Cream, ia tidak hanya mampu mengawal kelebihan minyak pada kulit. Bahkan juga membantu mengurangkan kilat dan kilauan berlebihan yang tidak diingini.  

 

Jadi, walaupun kulit berminyak, sis masih dapat mengekalkan penampilan cantik dan segar untuk melayan tetamu yang hadir beraya di rumah. Aqua Whitening Cream memanglah menjadi pilihan terbaik sebagai moisturizer untuk kulit berminyak! 

 

 

Moisturizer Terbaik
Formula Aqua Whitening Cream yang menghasilkan water-drop menjadikannya moisturizer water based yang ideal untuk kulit sis 

 

Dengan tekstur yang ringan dan berbentuk krim ia cepat meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa berminyak atau melekit. Aqua Whitening Cream juga merupakan moisturizer water based yang membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari di samping mencerahkannya kerana teksturnya  yang akan bertukar menjadi water drop apabila disapu dapat menyerap masuk jauh ke dalam kulit dan mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari, walaupun seharian penat beraya. 

 

 

Moisturizer Terbaik
Moisturizer terbaik, sahabat setia kulit sis dari siang hingga ke malam! 

 

 

Aqua Whitening Cream tidak hanya berfungsi sebagai penjagaan kulit, tetapi juga boleh digunakan sebagai primer makeup untuk penampilan yang lebih cantik dan bertahan lama pada pagi Raya.  

 

Dengan kandungan niacinamide yang membantu mengawal kelebihan minyak, Aqua Whitening Cream adalah pilihan terbaik sebagai moisturizer untuk kulit berminyak. 

 

Dengan penggunaan Aqua Whitening Cream sebagai primer makeup, ia membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Ini menjadikan solekan kita tidak akan bercapuk walaupun selepas seharian beraya, melawat saudara-mara.  

 

  Hari Raya 2024

 

So, dengan Aqua Whitening Cream, kita boleh menikmati solekan yang lebih cantik dan pigmented pada pagi Raya tanpa perlu risau tentang penampilan yang tidak konsisten. 

 

Okay, semoga perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada semua. Insya-Allah. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat korang semua!