Di dalam hiruk-pikuk kehidupan moden, terdapat satu kawasan yang menyediakan keharmonian dan keanggunan. Di mana anda dapat menemui kehidupan bergaya dan penuh makna. Itulah Lumira di Eka Heights yang diperkenalkan oleh Matrix Concepts.

Eka Heights
 

Gaya Sofistikated dan Berkelas


Eka Heights


Dengan reka bentuk yang avant-garde dan sentuhan moden yang memukau, Lumira di Eka Heights menjanjikan gaya hidup yang sofistikated dan berkelas. 

 

Berada di lokasi yang strategik di sebelah barat Seremban, Eka Heights menawarkan lebih daripada sekadar tempat tinggal, yang mana ia adalah sebuah komuniti yang dinamik yang memperkaya gaya hidup anda. 

 

Kemudahan yang Tiada Tandingannya



Eka Heights



Eka Heights

 

Selain itu, Eka Heights  juga bukan sekadar sebuah kawasan perbandaran baru, sebaliknya ia adalah satu kehidupan bermakna!

 

Dengan pelbagai kemudahan komersil yang berdekatan, anda akan merasakan keselesaan yang tiada tandingannya. Eka Biz, pusat komersil yang bakal dibina mampu menjadikan Eka Heights sebuah pebangunan yang lengkap.

 

Eka Heights terletak dalam keindahan alam semula jadi yang disediakannya. Taman Mageka seluas 15.5 ekar adalah pusat rekreasi dengan pelbagai kemudahan sukan yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

 

Dari gelanggang futsal,gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton hingga ke taman permainan, setiap aspek taman ini telah dirancang untuk memenuhi keperluan setiap penduduk.


Eka Heights



Matrix Concepts


Matrix Concepts

 

Eka Heights juga dikelilingi oleh kemudahan gaya hidup yang lengkap. d’Tempat Country Club dan X-Park Sendayan hanya beberapa kilometer jauhnya, hiburan dan rekreasi sentiasa tersedia untuk anda. 


Terdapat pelbagai aktiviti di d’Tempat Country Club seperti gimnasium, kolam renang, ruang kanak-kanak bermain, boling dan sebagainya. Jika anda adalah peminat sukan ‘extreme’ X-Park Sendayan mempunyai aktiviti seperti ‘Go-Kart’, permainan memanah, ‘driving range’ dan pelbagai lagi. Eka Heights pastinya menjadikan kehidupan anda ideal dan santai. 

 

Tambahan pula, pusat pendidikan seperti Matrix Global School,  SK Sendayan, SMK Bandar Baru Sri Sendayan adalah dalam jarak dekat dengan Eka Heights. Ini mampu memudahkan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah setiap hari. 


Bukan itu sahaja, pusat komersial seperti Tiara Biz, Sendayan Metropark dan  Sendayan Merchant Square juga terletak berhampiran, memberikan keselesaan tambahan kepada penduduk Eka Heights.

 

Lokasi Yang Cukup Strategik

Matrix Concepts

 

Eka Heights terletak di dalam pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV), sebuah kawasan yang pastinya akan membangun dari segi infrastruktur, peluang pekerjaan, kemudahan dan sebagainya. Ini memberi kelebihan untuk komuniti Eka Heights 

 

Dengan akses mudah melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan KLIA Linkage, anda tidak perlu risau tentang kehidupan yang serba jauh. Jarak untuk ke KLIA juga dekat untuk anda. Mudahkan?


Baca Juga: 


Rumah Idaman @ Bayu Sutera

Kepentingan Insurans Dalam Kehidupan Harian

 

Lumira, Kehidupan yang Anda Impikan

 

Matrix Concepts


Matrix Concepts


Dan sekarang, projek terbaru di Eka Heights, Lumira menawarkan peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk memiliki rumah impian anda. 

 

Dengan harga yang mampu milik bermula dari RM 405,000, Lumira menjanjikan sebuah kehidupan yang berkualiti dengan 4 bilik tidur, 3 bilik air dan 193 unit yang eksklusif. 

 

Rumah 2-Tingkat yang mengagumkan, Lumira menawarkan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan anda. Dengan saiz 20' x 70', setiap unit rumah menawarkan ruang yang luas untuk keluarga anda berkumpul dan berkongsi kenangan.

 

Dengan 1,607 kps, anda akan memiliki ruang yang mencukupi untuk menghiasi rumah anda dengan gaya dan kreativiti anda sendiri.

 

Bukan itu sahaja terdapat juga sebuah taman perumahan eksklusif dengan tema muzik yang unik, tempat anda dapat menikmati kemudahan rekreasi yang lengkap bersama keluarga tersayang.


Cepat, Rebut Peluang Ini!


Tetapi, ingat! Unit-unit Lumira ini terhad. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki rumah impian anda. Daftar sekarang di https://www.ekaheights.com atau hubungi 1800 88 2688 untuk mengetahui lebih lanjut!

 

Segera miliki Lumira di Eka Heights dan jadikan impian anda menjadi kenyataan!