Bayangkan memiliki rumah idaman di lokasi yang tenang dan indah, sambil diberikan peluang untuk menunaikan umrah bersama orang yang anda sayangi. Itulah tawaran eksklusif dari Matrix Concepts melalui Kempen Umrah Bersama untuk projek Bayu Sutera di Bandar Sri Sendayan. Peluang ini bukan sekadar membeli rumah, tetapi juga merealisasikan impian ibadah yang penuh makna!


Bayu Sutera

Hidup dalam Keharmonian Alam dan Komuniti

Bayu Sutera adalah sebuah perbandaran yang meliputi 216 ekar tanah, menawarkan kehidupan yang harmoni dengan alam semulajadi dan komuniti yang mesra. Pertama kali dilancarkan pada tahun 2021.Kejayaan penjualan fasa-fasa terdahulu membuktikan keyakinan masyarakat terhadap kualiti dan komitmen Matrix Concepts. Setakat ini, 963 unit telah berjaya diserahkan kepada pemiliknya, menunjukkan sambutan hangat terhadap pembangunan ini.

Gabungan Kehidupan Moden dan Alam Semulajadi


Bayu Sutera


Lakeside Residences di Bayu Sutera adalah manifestasi kehidupan moden yang bersatu dengan keindahan alam semula jadi.Bayangkan bangun setiap pagi dengan pemandangan tasik yang tenang, dikelilingi oleh suasana hijau yang menyegarkan.

Rumah-rumah ini dilengkapi dengan teknologi pintar terkini seperti kunci digital, modul pencahayaan, aircond IR Blaster dan kawalan suara, memastikan keselesaan maksimum dalam setiap aspek kehidupan seharian.

Kemudahan dan Keselamatan Tiada Tandingan


Bayu Sutera

Di Bayu Sutera, keselamatan dan keselesaan penghuni adalah keutamaannya. Setiap kawasan kediaman dilengkapi dengan taman penduduk, pos pengawal dan pagar perimeter yang kukuh. Ini memastikan anda dan keluarga dapat menikmati kehidupan tanpa kebimbangan dalam persekitaran yang selamat dan terjamin.

Dengan setiap rumah yang dibina, Matrix Concepts memberikan komitmen terhadap kualiti dan kepuasan pelanggan. Pengiktirafan seperti Anugerah StarProperty 2024 untuk The Cornerstone Award – Best Landed Development (Excellence) adalah bukti usaha berterusan mereka untuk menyediakan yang terbaik.

Baca Juga:

Rumah Idaman Menanti Di Sri Sendayan

Michael Owen Di AEON Mall

Keistimewaan Kehidupan di Bayu Sutera



Di samping itu, Matrix Concepts turut memperkenalkan Bayu Biz, pusat hab komersial terkini di Bayu Sutera. Terletak secara strategik di antara jalan-jalan perumahan yang sibuk di Bayu Sutera dan kejiranan sekitarnya, Bayu Biz bertujuan menjadi pusat perniagaan, beli-belah dan aktiviti sosial yang sentral dalam komuniti.

Pembangunan ini menawarkan lebih daripada sekadar ruang perniagaan. Ia merupakan peluang untuk menjadi sebahagian daripada transformasi Bayu Sutera menjadi pusat komersial yang berdaya saing. Dengan akses mudah kepada kemudahan utama di sekitarnya, Bayu Biz mempunyai kelebihan yang jelas sebagai destinasi perniagaan yang dipilih. Bukan itu sahaja, Bayu Biz juga berdekatan dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan utama. Antaranya:

- d’Tempat Country Club

Semua pembeli rumah di Bayu Sutera akan mendapat keahlian kelab percuma di d’Tempat Country Club. Kelab yang seluas 6.33 ekar ini menawarkan pelbagai kemudahan riadah termasuk kolam renang bersaiz olimpik, gimnasium, boling dan banyak lagi. Ini adalah tempat yang sempurna untuk berkumpul bersama keluarga dan teman-teman menikmati masa lapang dengan penuh keseronokan.

- X Park Sendayan

Lepaskan pencari keseronokan dalaman anda di X Park Sendayan, taman pengembaraan terbesar di Negeri Sembilan. Merentasi 34 ekar, X Park menawarkan 18 aktiviti mendebarkan seperti ATV, flying fox, Go-Kart, paintball, memanah dan banyak lagi Untuk keluarga yang menginginkan pengalaman luar biasa dan memacu adrenalin, X Park adalah destinasi wajib!

- Matrix Global Schools

Matrix Global Schools

Memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak anda adalah keutamaan di Matrix Global Schools. Sekolah ini menggabungkan sukatan pelajaran Malaysia dan antarabangsa dalam suasana pembelajaran abad ke-21 yang canggih dan selesa.

- Sendayan Merchant Square

Sendayan Merchant Square

Hab perniagaan seluas 100 ekar ini menjalin perdagangan dan masa lapang, memenuhi keperluan komuniti yang pelbagai. Dengan pelbagai kedai runcit, restoran dan kedai pejabat, Sendayan Merchant Square adalah tempat yang ideal untuk perniagaan dan hiburan.

Kempen Umrah Bersama @ Bayu Sutera


Pekej Rumah dan Umrah

Matrix Concepts memperkenalkan Kempen Jom Umrah, menawarkan dua baucar tunai Umrah bernilai RM8,000 setiap satu kepada pembeli rumah di Izara II dan Elonia III @ Bayu Sutera.

Pakej Umrah ini merangkumi perjalanan selama 11 hari 10 malam ke Arab Saudi, termasuk tiket penerbangan, penginapan hotel, pengangkutan dan hidangan lengkap tiga kali sehari. Anda juga akan mendapat lawatan ke Muzium Al Wahyu di Makkah, kursus Umrah, kit Umrah, air Zamzam, dan khidmat mutawif berpengalaman.

Tempoh Kempen


20 Mei – 20 Ogos 2024 (Unit Bumi Sahaja)

Projek Yang Ditawarkan


1)Izara II @ Bayu Sutera


Rumah teres dua tingkat

Saiz lot 20’ x 70’ (tengah)

Binaan 2,315 kaki persegi (tengah)

4 bilik tidur & 4 bilik air

Enklaf selamat dengan pagar setinggi dan pos pengawal


Fasiliti yang Menakjubkan di Izara II, Bayu Sutera

Izara II menawarkan lebih daripada sekadar sebuah rumah. Sebaliknya ia membawa konsep kehidupan yang seimbang dengan 3 ekar taman tasik yang menakjubkan.Di sini, anda dan keluarga dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti laluan jogging, parcourse dan sebagainya. 

Tambahan pula, penghuni juga dapat menikmati kemudahan peribadi termasuk taman permainan, padang badminton, laluan parcourse dan laluan refleksologi.


II) Elonia III @ Bayu Sutera


Rumah teres dua tingkat

Saiz lot 20’ x 70’ (tengah)

Binaan 2,315 kaki persegi (tengah)

4 bilik tidur & 4 bilik air

Enklaf selamat dengan pagar setinggi dan pos pengawal


Kemudahan Luar Biasa di Elonia III, Bayu Sutera

Elonia III juga menawarkan kemudahan yang serupa untuk penghuni. Selain daripada kemudahan permainan dan sukan yang standard, seperti gelanggang badminton dan laluan refleksologi, penghuni juga akan mempunyai akses kepada kemudahan tambahan seperti buaian, meja picnic dan banyak lagi.

Tawaran Luar Biasa untuk Anda!


Beralih ke kehidupan yang lebih baik dengan pakej jualan yang menarik dari Bayu Sutera:

*Bayaran Muka Rendah

Memulakan perjalanan ke rumah impian anda dengan bayaran muka yang berpatutan.

*Yuran Guaman Percuma & Duti Setem


Memahami bahawa proses membeli rumah yang mungkin membebankan, ditawarkan yuran guaman percuma dan pengecualian duti setem untuk SPA dan pinjaman anda.

*Keahlian Rumah Kelab Percuma


Nikmati akses eksklusif ke fasiliti di d’Tempat Country Club dengan keahlian rumah kelab percuma. Berenang, beriadah dan berinteraksi dengan komuniti di tempat yang cukup mendamaikan.


Bayu Sutera




Hidup dalam Keharmonian dan Keselesaan


Di Bayu Sutera, setiap rumah adalah perpaduan sempurna antara keanggunan klasik dan keselesaan moden. Dengan teliti direka, setiap ruangannya penuh kehangatan. Terdapat bilik tidur yang lapang untuk merehatkan diri, bilik mandi en suite untuk keselesaan peribadi dan bumbung anjung kereta yang luas. 

Selain itu, teknologi rumah pintar yang inovatif memastikan anda dapat mengurus peranti rumah dengan mudah dan efisien. Secara tak langsung memberikan anda lebih banyak masa untuk menikmati saat-saat berharga bersama keluarga.

Jangan Lepaskan Peluang Ini!


Sekarang adalah masanya untuk menjadikan impian memiliki rumah idaman menjadi kenyataan dengan lebih mudah dan menjimatkan. Nikmati keindahan kehidupan moden di Bayu Sutera sambil meraih keberkatan dalam menunaikan ibadah Umrah Bersama yang tersayang melalui kempen eksklusif dari Matrix Concepts ini.


Layari lawan web umrahbersama.bayusutera.com/4 untuk maklumat lanjut.