Jom Berzumba! Bagi yang kenal, memang tahu betapa sis suka join sesi Zumba di Kilos Fitness Centre, Concorde Hotel Shah Alam ini.

Setiap Selasa dari 8 hingga 9 malam, sis dan ramai lagi ladies akan bersatu, bergerak dan berpeluh bersama-sama diiringi muzik yang penuh semangat bersama instructor, Hana Ludin. Memang meriah dan energi positif selalu melimpah ruah!


Jom Berzumba


Let's Berzumba for Pink October! Join Now!

Tapi kali ni, Selasa, 29 Oktober 2024, sesi Zumba kita ada kelainan – sebab kita akan sambut Pink October sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara!

So, buat pertama kalinya kita akan pakai tema pink, semangat sokong para survivor serta semua yang sedang berjuang melawan penyakit ini. Memang syok bila aktiviti riadah kita ni boleh sekaligus menyebarkan kesedaran tentang kesihatan!


Selain sesi Zumba yang penuh adrenalin, banyak lagi aktiviti istimewa menanti. Ada Lucky Draw dengan hadiah menarik yang korang boleh menangi!

Lagi best, voucher percuma juga akan diberikan untuk Blood Glucose Test dan Live Blood Analysis, hanya di FRIENDS’ PHARMACY di Seksyen 9, Shah Alam. Ini peluang baik untuk kita jaga kesihatan dan tahu status kesihatan diri sendiri!


Dengan bayaran hanya RM25, korang boleh bawa seorang kawan untuk turut serta tanpa caj tambahan. Jadikan malam berzumba kita lebih bermakna dan penuh kenangan bersama bestie!

Baca Juga:

Let's Zumba! Ladies Night Special!
Kenapa Ada Orang Membenci Tanpa Sebab?


Jom Berzumba


Butiran Acara


📅 Tarikh: Selasa, 29 Oktober 2024
⏰ Masa: 8.00 - 9.00 malam
📍 Lokasi: Kilos Fitness Centre, Concorde Hotel Shah Alam
       Instruktur: Hana Ludin


Rebut Kesempatan Baik Ini


Jangan lepaskan peluang ini! Tempat terhad, jadi book your slot now dan jangan lupa pakai pink ya!
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Irene di +6012 281 9203 atau Hana di +6012 616 8093.

Jom bersama dalam misi kesedaran dan kecergasan kita, sambil sama-sama berpeluh dan enjoy berzumba Pink October ini. Jumpa korang nanti ok!