Menu Diet 30 Hari untuk Turunkan Berat Badan Secara Sihat. Menurunkan berat badan bukan sekadar soal mengurangkan makan, tetapi mengatur jadual pemakanan yang seimbang dan menjaga pengambilan nutrisi. Berikut adalah panduan menu diet 30 hari yang diformulasikan khusus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara efektif dan sihat.

Menu Diet 30 Hari

Hari 1-10: Fasa Penyesuaian


Pada 10 hari pertama, fokus pada membersihkan sistem penghadaman dan mengurangkan kalori secara bertahap.

  • Sarapan

Oatmeal dengan potongan buah (pisang, strawberi)

Teh hijau tanpa gula

  • Makan Tengah Hari

Salad Ayam Panggang (sayur-sayuran hijau, dada ayam panggang, avokado, minyak zaitun)

Air masak atau infused water

  • Makan Malam

Ikan Kukus dengan sayur kukus (brokoli,lobak merah)

Sup bening tanpa minyak

Kudapan Sihat

Buah-buahan segar seperti epal atau pear

Kacang badam (segenggam)

Hari 11-20: Fasa Pembakaran Lemak


Dalam 10 hari ini, tambahkan sedikit senaman kardio dan fokus pada makanan tinggi protein dan serat.

  • Sarapan

Telur Rebus (2 biji) dengan roti gandum penuh ((wholemeal bread)

Jus buah segar tanpa gula


Menu Diet 30 Hari

  • Makan Tengah Hari

Dada Ayam Panggang dengan quinoa atau beras perang

Sayuran kukus dengan sedikit minyak zaitun

  • Makan Malam

Sup Sayuran dengan tofu atau tempe sebagai sumber protein sayuran

Kudapan Sihat

Greek yogurt rendah lemak dengan madu

Cucumber sticks dengan hummus (sejenis makanan yang berasal dari Timur Tengah)


Baca Juga:

Tips Menghilangkan Whitehead dan Blackhead

Asyiknya Bila Dapat Melancong Solo 

Menu Diet 30 Hari

Hari 21-30: Fasa Pemantapan

Pada fasa ini, konsisten dengan jadual pemakanan seimbang dan tambahkan senaman intensiti mudah.

  • Sarapan


Smoothie hijau (bayam, kangkung, pisang, chia seed)

Roti gandum penuh dengan mentega kacang tanpa gula


  • Makan Tengah Hari


Salad Tuna (tuna dalam tin tanpa minyak, selada, tomato, jagung)

Beras perang atau quinoa

  • Makan Malam

Ayam Panggang dengan ubi keledek bakar

Sayur panggang seperti zucchini (labu manis), capsicum

Kudapan Sihat

Kurma (3-4 biji)

Dark chocolate (kandungan koko 70% ke atas)

Tips Tambahan

Minum Air yang Cukup

Pastikan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk membantu pencernaan dan meningkatkan metabolisme.

Kurangkan Garam dan Gula

Penggunaan garam dan gula yang berlebihan boleh menahan air dalam tubuh dan memperlambatkan proses penurunan berat badan.

Senaman Ringan

Lakukan senaman seperti berjalan kaki, joging, atau senaman HIIT ( High Intensity Interval Training) untuk membakar kalori tambahan.

Menu Diet 30 Hari

Soalan Lazim Diet 30 Hari

Adakah saya akan rasa lapar sepanjang diet ini?

Tidak, kerana menu yang disediakan mengandungi serat tinggi dan protein yang dapat memberikan rasa kenyang lebih lama.

Bolehkah saya makan makanan ringan?

Boleh, selagi snek atau kudapan yang diambil adalah kudapan sihat seperti kacang badam, buah-buahan segar ataupun yogurt rendah lemak.

Selamat Mencuba Pelan Diet 30 Hari!

Dengan konsisten mengikuti panduan menu diet 30 hari ini, insya-Allah korang akan dapat menurunkan berat badan secara beransur-ansur dan tetap merasa bertenaga sepanjang hari. Pastikan juga untuk mendapatkan nasihat pakar diet sebelum memulakan program diet ini.