Suka pasta yang berkrim dengan rasa segar dan sedikit masam dari lemon? Resepi Pasta Udang Lemon ini pasti memikat selera! Ia menggunakan pasta Fettuccine, yang kenyal dan sesuai dipadankan dengan sos udang berkrim. 


Pasta Udang


Jom Cuba Resepi Pasta Uang Lemon

Resepi ini mudah disediakan, dan sesuai untuk hidangan makan malam yang cepat dan enak.

Bahan-bahan yang diperlukan:


· 200g pasta Fettuccine

· 250g udang (dibuang kulit dan dibersihkan)

· 3 ulas bawang putih (dicincang halus)

· 1 sudu besar minyak zaitun

· 1 sudu besar mentega

· Jus dan parutan kulit 1 biji lemon

· 150ml krim masakan

· Garam dan lada hitam secukup rasa

· Sedikit daun parsley (dicincang untuk hiasan)

· Keju parmesan parut (pilihan)

Cara Penyediaan:


1.Rebus pasta Fettuccine dalam air mendidih yang telah ditambah garam selama 8-10 minit atau sehingga al dente. Toskan dan ketepikan.



2. Dalam kuali besar, panaskan minyak zaitun dan mentega bersama. Tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit keemasan.



3.Masukkan udang, goreng sehingga berubah warna menjadi merah jambu (kira-kira 3-4 minit sahaja). Angkat udang dan ketepikan.



4.Di dalam kuali yang sama, masukkan jus lemon dan parutan kulit lemon. Tambah krim masakan dan kacau sehingga sos menjadi pekat sedikit. Perasakan dengan garam dan lada hitam.



5.Masukkan kembali udang yang telah digoreng tadi ke dalam sos bersama pasta Fettuccine yang telah direbus. Gaul rata supaya sos meliputi pasta dan udang.



6.Akhir sekali, taburkan daun parsley dan keju parmesan jika suka. Pasta Udang Lemon sedia untuk dihidang!

Cuba Juga!
Udang Celup Tepung Rangup Dan Sedap
Udang Masak Butter

Tips Tambahan


· Untuk rasa lebih kaya, anda boleh tambah sedikit serbuk cili atau lada hitam kasar.

· Pilih udang yang segar untuk hasil terbaik dan lebih lazat.


Resepi Pasta Udang Lemon ini bukan sahaja mudah, tetapi juga nikmat dengan rasa yang seimbang – ada masam dari lemon, lemak dari krim dan udang yang segar.

Nikmati hidangan ini bersama keluarga atau kengkawan pasti puas hati! Selamat mencuba!