Menjelang tahun baru, ramai yang ingin tampil lebih sihat dan bertenaga. Jika korang berazam untuk kurus mulakan sekarang cara kurangkan berat badan ini untuk hasil yang lebih konsisten dan selamat.
Kurus Sebelum Tahun Baru
1.Tetapkan Matlamat Berat Badan yang Realistik
Mulakan dengan matlamat yang boleh dicapai. Contohnya, sasarkan penurunan berat sebanyak 0.5 - 1 kg seminggu. Ini adalah kadar yang selamat dan berkesan untuk penurunan berat badan yang berpanjangan.
2. Pilih Diet yang Seimbang dan Sihat
Pemakanan adalah kunci utama dalam menurunkan berat badan. Berikut adalah beberapa diet sihat yang boleh korang cuba:* Diet Rendah Karbohidrat
Kurangkan makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, roti dan pasta. Gantikan dengan sumber protein dan serat seperti ayam tanpa kulit, ikan, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.* Diet Kalori Defisit
Pastikan jumlah kalori yang diambil lebih rendah daripada jumlah kalori yang dibakar. Ini boleh dicapai dengan mengawal saiz hidangan dan memilih makanan rendah kalori tetapi berkhasiat.
* Intermittent Fasting
Puasa berselang adalah cara berkesan untuk menurunkan berat badan. Contohnya, korang boleh cuba puasa 16 jam dan makan dalam tempoh 8 jam sahaja.Baca Juga:
Cara Tidur Lebih Nyenyak
0 Ulasan