Jika korang peminat daging bakar dan makanan Jepun, Samurai Yakiniku yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam ini memang patut dicuba! 

Sis berkesempatan makan tengahari bersama  Kolin Zainal di sini. Walaupun promosi pembukaanya buffet RM15 itu sudah tamat, namun perasaan kami tetap mengujakan. Hidangan yang berkualiti dan suasana yang santai membuatkan sis ingin kembali lagi menikmatinya!



Samurai Yakiniku Shah Alam


Samurai Yakiniku Mudah Dicari & Mesra Muslim

Terletak strategik di belakang Concorde Hotel Shah Alam, Samurai Yakiniku senang dicari dan mudah diakses terutamanya bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Shah Alam.

Satu lagi kelebihan restoran ini ialah mesra pelanggan Muslim. Setiap hari Jumaat, restoran akan berhenti beroperasi dari 1 petang hingga 2:30 petang untuk memberi laluan kepada pelanggan dan pekerja menunaikan solat Jumaat. Jadi, jika korang merancang untuk makan di sini pada hari Jumaat, datanglah selepas waktu tersebut.

Baca Juga:
Resepi Ayam Bakar Guna Air Fryer
Sos Tteokbokki emart24



Makan Tengahar


                                                                    Sos pencicah eksperimen sendiri.. pandai-pandai la ye!

Pelbagai Pilihan Daging Halal Berkualiti Tinggi

Buffet di Samurai Yakiniku memang buat kami rambang mata! Mereka menyediakan pelbagai jenis daging perapan termasuk wagyu dan kambing perap yang siap sedia untuk dipanggang di atas grill. 

Lebih menarik, pelanggan diberi kebebasan untuk mencipta sos pencicah sendiri. Ada kicap, bawang putih, cili, dan pelbagai lagi ramuan yang boleh dicampur mengikut citarasa memasing.

Kami berdua seronok bereksperimen dan akhirnya jumpa kombinasi sos yang “kena” dengan daging panggang. Makin menambah keenakan makan tengahari kami pada hari itu.



makan tengahari
Next time kita makan tengahari "bako-bako" kat sini lagi ya :)


Kepuasan Tersendiri

Nikmat makan di Samurai Yakiniku bukan hanya pada makanannya, tetapi juga pengalaman memanggang daging sendiri di atas grill. Bau harum daging yang sedang dipanggang menyemarakkan lagi selera. Setiap kunyahan memberi kepuasan tersendiri sambil kami potpet potpet berborak sakan.

Harga buffet di sini juga berpatutan, bermula serendah RM35 seorang. Setiap pelanggan boleh menikmati nasi Jepun, sup miso dan air kosong secara refill – tapi jangan membazir! Jika ada makanan yang dibazirkan, restoran akan mengenakan caj RM10 untuk setiap 1 gram.

Makan Yang Berbaloi



Walaupun promosi pembukaan RM15 sudah tamat, kualiti hidangan di Samurai Yakiniku tetap memuaskan dan berbaloi. Dengan konsep buffet yakiniku halal dan pelbagai pilihan daging premium, Samurai Yakiniku memang sesuai untuk peminat makanan Jepun.

Bagi yang nak cuba, ada cawangan lain di Kota Bharu, Bangi dan Setapak. Jadi korang ada pilihan lokasi yang lebih dekat dengan korang.


Samurai Yakiniku Shah Alam


Kalau ada yang mencari tempat makan tengahari atau makan malam yang menarik di Shah Alam, Samurai Yakiniku adalah tempat yang tepat. Bawalah kawan atau keluarga dan nikmati pengalaman yakiniku yang pasti akan dikenang!