Petua Dapur | Bayangkan… ketika kita sedang sibuk di dapur, bersiap sedia untuk memasak hidangan istimewa. Tetapi tiba-tiba, kulit telur susah dikupas, cili api meletup dalam minyak panas dan tauhu di peti sejuk mula berbau.
Pernah alami situasi seperti ini? Jangan risau, ok! Semua masalah dapur ada jalan penyelesaiannya. Sis kongsikan beberapa petua dapur yang mudah, praktikal dan sangat berguna. Dengan tips ini, urusan dapur korang pasti menjadi lebih lancar,walauapa pun cabarannya. Wahh…gitewww!!
Petua Dapur Yang Wajib Dicuba!
1. Cara Mudah Mengupas Kulit Telur Rebus
Siapa yang tak pernah bergelut dengan kulit telur yang susah dikupas? Untuk mengelakkan masalah ini, rendam telur rebus ke dalam air sejuk seketika selepas direbus. Air sejuk membantu mengecutkan kulit telur dan menjadikannya lebih mudah untuk dikupas. Cubalah, dan korang pasti kagum dengan hasilnya!
2. Elak Cili Api Meletup Semasa Menggoreng
Menggoreng cili api boleh menjadi sedikit "berbahaya" jika ia meletup dalam kuali. Untuk mengelakkan ini, pastikan cili api kering sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas. Gunakan tisu dapur untuk mengelap cili jika perlu. Langkah mudah ini bukan sahaja memastikan keselamatan, tetapi juga memberikan hasil masakan yang lebih baik.
Baca Juga:
Tahun Baru 2025, Kehidupan Baru!
Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional
3. Pastikan Tauhu Tahan Lebih Lama
Tauhu adalah bahan makanan serbaguna, tetapi mudah rosak jika tidak disimpan dengan betul. Untuk memastikan tauhu tahan lebih lama, rendam dalam air bersih dan simpan dalam peti sejuk. Jangan lupa untuk menukar air setiap hari bagi memastikan kesegaran tauhu terpelihara.
4. Hilangkan Bau Kuat pada Tangan
Selepas memotong bawang putih, bawang merah atau ikan, bau kuat mungkin melekat pada tangan. Untuk menghilangkan bau ini, gosok tanga pada permukaan stainless steel seperti sudu atau sinki di bawah air mengalir. Bau akan hilang sekelip mata!
5. Pisang Lebih Tahan Lama
Jika anda ingin pisang tahan lebih lama, balutkan tangkai pisang dengan plastik atau aluminium foil. Ini membantu melambatkan proses pelepasan gas etilena yang menyebabkan pisang cepat masak.
6. Sup Lebih Sedap Tanpa Minyak Berlebihan
Jika mendapati sup terlalu berminyak, letakkan beberapa ketulan ais dalam sup selama beberapa saat. Minyak akan terkumpul pada permukaan dan boleh dikeluarkan dengan mudah menggunakan sudu.
7. Simpan Herba Segar dengan Cara Betul
Herba seperti daun ketumbar dan daun sup mudah layu jika tidak disimpan dengan betul. Untuk mengekalkan kesegarannya, bungkus herba dalam tisu dapur lembap dan masukkan ke dalam bekas kedap udara sebelum disimpan dalam peti sejuk. Petua ini membantu herba kekal segar lebih lama.
8. Perahan Lebih Banyak dari Lemon
Untuk mendapatkan lebih banyak jus daripada lemon, guling-gulingkan lemon dengan lembut di atas meja menggunakan tangan sebelum korang potong dan memerahnya. Memanaskan lemon selama 10-15 saat di dalam microwave juga dapat membantu memecahkan patinya.
9. Hilangkan Beku Daging dengan Cepat
Jika terlupa mengeluarkan daging dari peti sejuk awal, letakkan daging dalam beg plastik kedap udara dan rendam dalam air suam. Cara ini mempercepatkan proses mencairkan ais tanpa menjejaskan tekstur daging.
10. Bersihkan Pengisar dengan Mudah
Pengisar sering sukar dibersihkan, terutama jika digunakan untuk bahan berminyak. Masukkan sedikit air suam, beberapa titis sabun pencuci pinggan dan hidupkan pengisar selama beberapa saat. Bilas hingga bersih dan pengisar tu kembali seperti baru!
Dengan menggunakan petua-petua ini, bukan sahaja kerja dapur menjadi lebih mudah, tetapi juga menjimatkan masa dan mengurangkan rasa stress di dapur. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan artikel 10 Petua Dapur yang bermanfaat ini dengan kengkawan ya!
0 Comments