Hai korang! Dah masuk tahun baru ni, jom kita upgrade rutin skincare kita. Tak kira lah kalau korang baru nak mula jaga kulit atau dah lama dalam dunia skincare, panduan ni sesuai untuk semua.

Kita start dengan yang basic, okay? Slow-slow, nanti kita explore yang advanced, ok?


Panduan skincare 2025




Basic Skincare - Mulakan Dengan 3 Langkah Penting



Pencuci Muka (Cleanser)


“Clean slate” ya! Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit kita – kering, berminyak, kombinasi atau sensitif. Pencuci muka bantu buang kotoran dan minyak berlebihan yang terkumpul sepanjang hari.


Pelembap (Moisturizer)


Kulit kita perlukan hidrasi. Tak kira kulit berminyakpun, pelembap tetap penting untuk elakkan kulit kering dan kusam. Cari pelembap ringan kalau kulit kita jenis berminyak.


Pelindung Matahari (Sunscreen)


Tak nak kulit cepat tua atau ada sunburn, kan? Pakai sunscreen dengan SPF 30 ke atas setiap pagi, walaupun duduk rumah. Sinaran UV tetap ada, tau…




Baca Juga:

Produk Skincare Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Makanan Diet - Rahsia Kekal Lansing






Upgrade ke Skincare Advanced - Level Up!


Kalau korang dah konsisten dengan rutin basic, apa kata tambah langkah ni:


Exfoliator


Exfoliator ni macam “reset button” untuk kulit. Gunakan 1-2 kali seminggu untuk buang sel kulit mati. Ada dua jenis exfoliator – fizikal (scrub) dan kimia (AHA/BHA). Pilih ikut keselesaan kulit memasing ok.


Serum


Serum ni macam booster. Ada pelbagai jenis serum untuk masalah kulit tertentu – nak cerahkan kulit, hilangkan jerawatatau kurangkan kedutan. Pilih yang mengandungi bahan aktif macam vitamin C, niacinamide atau hyaluronic acid.


Masker (Face Mask)


Hari-hari stres? Manjakan diri dengan masker. Sheet mask, clay mask atau sleeping mask, semuanya ada kelebihan tersendiri. Pakai 2-3 kali seminggu untuk kulit lebih glowing.


Tips Tambahan Untuk Tahun 2025



Pilih Produk Clean Beauty


Produk clean beauty tengah trending nie. Bahan-bahan yang selamat dan mesra kulit tanpa bahan kimia berbahaya jadi pilihan ramai.


Gunakan Alat Skincare


Gadget kecantikan macam gua sha, roller atau LED mask makin popular. Korang boleh cuba untuk tingkatkan keberkesanan produk skincare.


Minum Air Secukupnya


Kulit cantik bermula dari dalam, sis. Pastikan minum air secukupnya untuk kekalkan hidrasi badan dan kulit.


Skincare = Self-Care


Jadikan rutin skincare ni masa untuk korang “me-time”. Tak perlu stress nak cuba semua sekaligus. Kenali kulit sendiri dan pelan-pelan tambah langkah baru. Tahun 2025 ni, kita semua deserve kulit yang sihat dan berseri.


Korang ada produk atau tips favourite untuk tahun 2025 ni? Share dengan kita semua kat ruangan komen! Jangan lupa save artikel ni kalau berguna, okay?