Sarapan pagi yang sihat adalah kunci utama dalam mengekalkan berat badan ideal. Jika korang sedang mencari resepi overnight oats untuk diet, sama macam sis.... korang berada di tempat yang tepat! Overnight oats bukan sahaja mudah disediakan tau. Malah kaya dengan serat, protein dan nutrien penting untuk membantu kita kekal kenyang lebih lama.
· ½ cawan susu rendah lemak / susu badam / susu soya
· 1 sudu besar yogurt Greek (pilihan untuk lebih protein)
· 1 sudu kecil madu / stevia (pilihan untuk pemanis semula jadi)
· 1 sudu besar chia seeds / flaxseeds (untuk tambahan serat dan Omega-3)
· ½ cawan buah pilihan (pisang, beri biru, strawberi, epal atau mangga)
· ½ sudu kecil serbuk kayu manis (pilihan untuk rasa lebih enak dan meningkatkan metabolisme)
· Kacau rata dan pastikan oat tenggelam sepenuhnya dalam susu.
· Simpan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 6-8 jam atau semalaman.
· Keesokan paginya, keluarkan dan nikmati terus atau tambah topping kegemaran seperti kekacang atau biji labu.
· Gunakan oat jenis rolled oats kerana ia lebih berkhasiat berbanding instant oats.
· Elakkan gula tambahan dan gunakan pemanis semula jadi seperti madu atau buah.
· Tambah protein seperti serbuk protein atau peanut butter untuk lebih kenyang.
· Gunakan susu berasaskan tumbuhan untuk pilihan lebih sihat dan rendah kalori.
Baca Juga:
Diet Sihatt Tanpa Gula
Tips Hidup Sihat & Bebas Stres
Kelebihan Overnight Oats untuk Diet
· Tinggi Serat
Membantu penghadaman dan memberi rasa kenyang lebih lama.· Rendah Kalori
Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan· Mudah Disediakan
Hanya perlu campurkan bahan dan simpan dalam peti sejuk semalaman.· Sumber Tenaga Berpanjangan
Sesuai untuk mereka yang aktif sepanjang hari.Resepi Overnight Oats Mudah untuk Sarapan Diet
Bahan-bahan:
· ½ cawan oat (rolled oats lebih disyorkan)· ½ cawan susu rendah lemak / susu badam / susu soya
· 1 sudu besar yogurt Greek (pilihan untuk lebih protein)
· 1 sudu kecil madu / stevia (pilihan untuk pemanis semula jadi)
· 1 sudu besar chia seeds / flaxseeds (untuk tambahan serat dan Omega-3)
· ½ cawan buah pilihan (pisang, beri biru, strawberi, epal atau mangga)
· ½ sudu kecil serbuk kayu manis (pilihan untuk rasa lebih enak dan meningkatkan metabolisme)
Cara Penyediaan:
· Campurkan semua bahan dalam bekas atau balang kaca bertutup.· Kacau rata dan pastikan oat tenggelam sepenuhnya dalam susu.
· Simpan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 6-8 jam atau semalaman.
· Keesokan paginya, keluarkan dan nikmati terus atau tambah topping kegemaran seperti kekacang atau biji labu.
Tips Tambahan

0 Comments