Hari pertama Ramadhan 2025 sampai jua! Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga menikmatinya bersama keluarga tersayang. Ayam Masak Kicap menjadi pilihan menu sahur utama sis sekeluarga. Bukan apa nak memasaknya tu mudah, tak sampai setengah jam dah settle! Gitewww...
Lagipun gabungan rasa manis, masin dan sedikit pedas, hidangan ini bukan sahaja membangkitkan selera tetapi tetapi juga memberikan tenaga yang cukup untuk kita menghadapi hari pertama berpuasa.
Resipi ini juga cepat disediakan memang menjadikannya pilihan ideal untuk sahur. Okay sis share resepinya ya!
Bahan-Bahan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng ayam tu ‘manja-manja’ atau separuh masak.Angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, halia sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali.
4. Tambahkan kicap manis, kicap masin, sos tiram, sos cili, serbuk lada sulah. Gaul sebati.
5. Tuangkan air dan biarkan masak dengan api sederhana hingga kuah sedikit pekat dan ayam empuk.
6. Jika suka, boleh tambahkan cili merah atau cili padi untuk rasa lebih pedas.
7. Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Resipi Ayam Masak Kicap Untuk Sahur
Bahan-Bahan:
- 7 ketul ayam (dipotong ikut selera sendiri)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 2 inci halia (dihiris halus)
- 3 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 helai daun bay (jika ada untuk aroma lebih wangi)
- 1 cawan air
- Minyak masak secukupnya
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng ayam tu ‘manja-manja’ atau separuh masak.Angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, halia sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali.
4. Tambahkan kicap manis, kicap masin, sos tiram, sos cili, serbuk lada sulah. Gaul sebati.
5. Tuangkan air dan biarkan masak dengan api sederhana hingga kuah sedikit pekat dan ayam empuk.
6. Jika suka, boleh tambahkan cili merah atau cili padi untuk rasa lebih pedas.
7. Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.
Kenapa Ayam Masak Kicap Sesuai Untuk Sahur?
- Cepat & Mudah – Resipi ini hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk disediakan.
- Berkhasiat – Ayam kaya dengan protein yang membantu memberikan tenaga sepanjang hari.
- Sedap & Mengenyangkan – Kombinasi rasa manis, masin, dan sedikit pedas menjadikannya pilihan yang membuka selera, walaupun di awal pagi.
- Tahan Lama – Boleh dimasak lebih awal dan dipanaskan semula untuk sahur tanpa kehilangan rasa enaknya.
Tips Sahur Hari Pertama Ramadan
Pilih makanan yang seimbang
Pastikan ada sumber protein (ayam, telur), karbohidrat (nasi, roti), dan serat (sayur, buah) untuk tenaga yang lebih tahan lama.
Minum air secukupnya
Elakkan minuman berkafein yang boleh menyebabkan dehidrasi.
Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak
Ini untuk mengelakkan perut cepat terasa lapar dan tidak selesa sepanjang hari.
Semoga Ramadhan kali ini penuh keberkatan dan dipermudahkan segala urusan ibadah. Selamat bersahur dan selamat berpuasa!
Kesimpulan
Ayam Masak Kicap adalah pilihan menu sahur yang sangat sesuai untuk hari pertama puasa. Mudah disediakan, enak dimakan dan memberikan tenaga yang mencukupi. Jadi, jika korang masih mencari idea menu sahur yang ringkas tetapi sedap, cuba resipi ini!Semoga Ramadhan kali ini penuh keberkatan dan dipermudahkan segala urusan ibadah. Selamat bersahur dan selamat berpuasa!
0 Comments