Dalam dunia serba sibuk sekarang, ramai yang terlupa betapa pentingnya menjaga kesihatan setiap hari. Tapi nak sihat tak semestinya mahal atau susah. Cukup dengan beberapa tabiat harian yang ringkas, kita boleh tingkatkan tenaga, elak penyakit dan rasa lebih segar setiap hari!


sihat




1. Minum Air Kosong Secukupnya

Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari bantu tubuh detoks secara semulajadi, kurangkan keletihan dan cantikkan kulit.

Tips: Bawa botol air ke mana-mana supaya kita tak lupa minum air! 

2. Bergerak 30 Minit Sehari 

Tak perlu bersenam berat — berjalan santai keliling taman, naik tangga atau buat regangan ringan pun cukup untuk aktifkan tubuh.

Bergerak bantu lancarkan peredaran darah dan kurangkan stres.

3. Makan Real Food, Kurangkan Makanan Proses

Amalkan pemakanan sihat dengan lebihkan buah, sayur, bijirin penuh dan elakkan makanan segera, bergula dan bergoreng.

Pilih makanan ‘hidup’ berbanding makanan ‘mati’ (tinggi bahan kimia).

4. Tidur Cukup & Berkualiti

Tidur 7–8 jam setiap malam sangat penting untuk imun badan, kesihatan mental dan keseimbangan hormon.

Matikan skrin gajet 1 jam sebelum tidur dan tidur pada waktu yang tetap.

5. Dapatkan Cahaya Matahari Pagi

Berjemur sekejap di waktu pagi bantu tingkatkan vitamin D dan kawal mood. Bonus - bantu cegah kemurungan dan keletihan!


Baca Juga:

Tips Hidup Sihat & Bebas Stress

Jauhi Sahabat Toksik


sihat


6. Amalkan Minda Positif & Urus Stres

Jaga kesihatan emosi juga penting. Luangkan masa untuk meditasi, solat, berzikir atau buat perkara yang kita suka.

Emosi tenang = tubuh lebih sihat.

7. Konsisten Buat Pemeriksaan Kesihatan

Walaupun rasa sihat, buatlah pemeriksaan asas seperti tekanan darah, gula dan kolesterol secara berkala — mencegah lebih baik daripada mengubati!

Boleh dapatkan alat *  Check Tekanan Darah kat sini   Toshiba (10 year warranty) 

                                 * Check Kolesterol Dalam Badan kat sini 3 in 1 Cholesterol & Uric Acid and Blood       Glucose


Sihat Itu Mudah, Kalau Kita Nak!

Kesihatan yang baik tak datang dalam sehari. Ia hasil dari pilihan bijak setiap hari. Mulakan dengan satu tabiat sihat hari ini dan perlahan-lahan ubah gaya hidup kita ke arah lebih sihat dan bertenaga. Badan kita, tanggungjawab kita!


Nota Kaki:

Artikel ini mengandungi pautan affiliate. Jika anda membeli produk melalui pautan tersebut, saya mungkin akan menerima komisen kecil tanpa menjejaskan harga yang anda bayar. Setiap pembaca digalakkan untuk membuat penyelidikan sendiri sebelum membuat keputusan pembelian. Terima kasih kerana menyokong blog iniBaca penafian penuh di sini.