Merdeka bukan sekadar tentang kebebasan negara—ia juga tentang kebebasan peribadi untuk hidup tanpa kekangan teknologi. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68, jenama teknologi terkemukaCUKTECH memperkenalkan tiga inovasi yang cukup menarik.


Ia bakal mengubah cara kita mengharungi hari-hari yang sibuk dan digital:

✅ CUKTECH 10 Power Bank Mini
✅ CUKTECH 6 Magnetik OLED Kabel Pengecas Pantas
✅ CUKTECH CP Kipas Mini 

Tiga peranti ini direka khusus untuk memberikan kemudahan, keselesaan dan kawalan kepada pengguna moden—tanpa perlu berbelanja besar.


Power Bank CUKTECH 10 Mini bersaiz kompak 10,000mAh dengan pengecasan pantas 55W, dua port USB-C dan satu port USB-A, sesuai untuk telefon, tablet dan laptop.

CUKTECH 10 Mini Power Bank  – Kecil, Berkuasa & Serba Boleh

Jika anda sentiasa dalam perjalanan dan bimbang tentang bateri habis, inilah penyelesaiannya.

CUKTECH 10 ialah power bank 10,000mAh bersaiz mini tapi penuh kuasa. Ia menyokong pengecasan pantas sehingga 55W, lengkap dengan dua port USB-C dan satu USB-A. Paparan digital LED pintar pula memudahkan anda pantau status pengecasan.

  • Saiz poket, berat cuma 217.5g
  • Selamat dibawa dalam penerbangan (3C certified)

Pengecasan pantas untuk Android, iOS, laptop & Nintendo Switch

Hanya 10 minit pengecasan untuk kuasa berjam-jam. Power bank  ini juga menggunakan sel bateri berkualiti tinggi dari Jiangsu Changhong Sunpower Co., Ltd, menjamin prestasi dan keselamatan maksimum.


Kabel pengecas CUKTECH 6 Magnetik OLED sepanjang 1.5 meter dengan paparan OLED masa nyata, menyokong pengecasan pantas 240W dan sistem pengurusan kabel magnetik.



CUKTECH 6 Magnetik OLED Kabel Pengecas Pantas – Kabel dengan Paparan Pintar


Tiada lagi teka-teki semasa mengecas. Kabel pengecasan ini tampil dengan:

  • Paparan OLED terbina – Tunjuk voltan, arus & watt secara langsung
  • Menyokong pengecasan ultra pantas 240W (PD 3.0, Xiaomi 6A)
  • Kabel 1.5m dengan sistem magnetik anti-kusut
  • Reka bentuk tahan lasak pada harga berpatutan

Reka bentuk pintar dan ergonomik kabel ini bukan sahaja menyaingi jenama premium. Malahan,  memberi nilai luar biasa kepada pengguna yang mahukan kecekapan dan ketenangan fikiran.


Kipas mini mudah alih CUKTECH CP seberat 56.9g dengan tiga tahap kelajuan angin dan teknologi penyejukan Vortex Turbocharged, sesuai untuk penggunaan luar dan travel.


CUKTECH CP Kipas Mini  – Si Kecil yang Sejukkan Dunia Anda


CUKTECH juga memperkenalkan CP Kipas Mini, digelar "Taufan Poket" oleh peminatnya.

  • Teknologi Penyejukan Vortex Turbocharged
  • Tiga tahap kelajuan angin
  • Hanya seberat 56.9g – ringan & mudah dibawa
  • Berfungsi dengan mana-mana power bank melalui USB-A
  • Dapat bertahan lebih 22.5 jam dengan power bank 10,000mAh

Sama ada untuk aktiviti outdoor, bersenam atau sekadar menyejukkan diri semasa menaiki pengangkutan awam, kipas ini adalah teman ideal.

Rayakan Kebebasan Teknologi dengan CUKTECH

“Merdeka kali ini, CUKTECH membawa maksud kebebasan yang lebih personal – kebebasan untuk hidup lebih selesa, tanpa risau tentang bateri, kabel kusut atau cuaca panas.”
— Wakil CUKTECH

Setiap produk dirangka dengan gabungan pengalaman lebih sedekad dalam R&D, serta kerjasama erat bersama jenama besar seperti Xiaomi. Hasilnya, CUKTECH membawa inovasi yang benar-benar praktikal dan menjimatkan.


Harga & Tempahan


Bermula 5 Ogos 2025, anda boleh dapatkan produk-produk ini secara rasmi di Shopee & Lazada:

ProdukHargaWarna
CUKTECH 10 Mini Bank KuasaRM106
CUKTECH 6 Magnetik OLED Kabel Pengecas PantasRM49
CUKTECH CP Kipas Mini Luar (Putih)RM47Putih
CUKTECH CP Kipas Mini Luar (Hitam)Dilancarkan awal SeptemberHitam

Sama ada anda bekerja secara remote, travel, commuting dalam cuaca panas atau perlukan solusi mudah alih harian—CUKTECH menawarkan gabungan praktikaliti, prestasi dan harga mampu milik yang sukar ditandingi.