Kalau ke Kuantan, satu port makan yang memang wajib singgah ialah Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur. Terkenal dengan hidangan laut segar dan sambal petai pedas menyengat, restoran ni memang sinonim dengan nama Kuantan sendiri!

Kalau datang waktu malam, suasana memang meriah. Cuma kalau datang terlalu lewat, tak sempatlah nak tengok pemandangan laut. Tapi kalau datang waktu senja, boleh nikmati hembusan angin laut sambil tunggu ikan bakar disiapkan.
Cuma satu hal, parking agak terhad, lebih-lebih lagi waktu hujung minggu. Tapi kalau datang hari biasa, biasanya lebih mudah dan tak perlu menunggu terlalu lama.



Signature dish di sini mestilah Ikan Bakar Sambal Petai, resepi yang jadi nama restoran ni. Cuma masa sis datang, dah abis..... mungkin sebab waktu tu weekend ramai pelanggan. Tapi kalau dapat versi freshly made, memang padu!
Kebanyakan pelanggan lain pun kata, kalau datang weekend kena tunggu sampai 1 jam lebih. Tapi suasana restoran yang luas, meriah dan ada playground, sedikit sebanyak buat masa menunggu jadi tak terasa.
Tip mudah: datang awal sekitar 6.30 – 7.00 malam atau pilih hari biasa kalau nak cepat dapat makanan.
Servis agak sibuk bila ramai pelanggan, tapi staf masih mesra dan cuba urus sebaik mungkin. Kadang-kadang kena ingatkan order nasi atau air sebab boleh ‘miss’ bila terlalu ramai meja! Gitewww...
Secara keseluruhannya, harga masih berbaloi dengan kualiti makanan dan suasana.
Walaupun ada masa perlu tunggu lama dan sambal tak selalu konsisten, tapi rasa seafood segar, suasana meriah dan pilihan lauk pelbagai memang berbaloi dengan harga dan pengalaman.
Kalau ada rancangan bercuti ke Kuantan, dari Pantai Teluk Cempedak, Bukit Gambang atau bandar… wajib masukkan Ana Ikan Bakar Petai dalam itinerary makan malam!

Suasana & Lokasi Strategik
Terletak di kawasan Tanjung Lumpur, restoran ini hanya 10 minit dari pusat bandar Kuantan. Kawasannya luas, menempatkan dua bangunan besar - ruang makan indoor dan outdoor, siap dengan kemudahan kids’ playground untuk keluarga yang bawa anak kecil.Kalau datang waktu malam, suasana memang meriah. Cuma kalau datang terlalu lewat, tak sempatlah nak tengok pemandangan laut. Tapi kalau datang waktu senja, boleh nikmati hembusan angin laut sambil tunggu ikan bakar disiapkan.
Cuma satu hal, parking agak terhad, lebih-lebih lagi waktu hujung minggu. Tapi kalau datang hari biasa, biasanya lebih mudah dan tak perlu menunggu terlalu lama.

Pilihan Ikan & Makanan Laut Segar
Bahagian paling menarik tentunya di kaunter pilihan ikan. Macam-macam ada ya dari ikan kerapu, siakap, pari, sotong, lala, udang hingga ketam, semuanya nampak segar dan baru dinaikkan dari laut.Menu Pilihan sis bersama keluarga

- Ikan Kerapu masak stim limau
- Siakap 3 Rasa
- Sotong goreng tepung
- Ketam sambal

- Lala masam manis
Signature dish di sini mestilah Ikan Bakar Sambal Petai, resepi yang jadi nama restoran ni. Cuma masa sis datang, dah abis..... mungkin sebab waktu tu weekend ramai pelanggan. Tapi kalau dapat versi freshly made, memang padu!
Baca Juga:
Din Cendol D'Kebun, Seksyen 7
Waktu Menunggu
Kalau datang waktu puncak (8 malam ke atas), bersedialah untuk menunggu lama. Sis sendiri tunggu hampir 45 minit untuk ikan siap dan 15 minit lagi untuk nasi dan minuman.Kebanyakan pelanggan lain pun kata, kalau datang weekend kena tunggu sampai 1 jam lebih. Tapi suasana restoran yang luas, meriah dan ada playground, sedikit sebanyak buat masa menunggu jadi tak terasa.
Tip mudah: datang awal sekitar 6.30 – 7.00 malam atau pilih hari biasa kalau nak cepat dapat makanan.
Harga & Servis
Dari segi harga, Ana Ikan Bakar Petai Kuantan ni memang ikut harga pasaran semasa seafood. Tapi portion memang besar, sesuai untuk makan ramai-ramai.Servis agak sibuk bila ramai pelanggan, tapi staf masih mesra dan cuba urus sebaik mungkin. Kadang-kadang kena ingatkan order nasi atau air sebab boleh ‘miss’ bila terlalu ramai meja! Gitewww...
Secara keseluruhannya, harga masih berbaloi dengan kualiti makanan dan suasana.
Tips Kalau Nak Datang ke Ana Ikan Bakar Petai Kuantan
Untuk yang baru pertama kali nak datang, ni beberapa tips supaya pengalaman makan lebih best…- Datang awal – Sebelum pukul 7 malam kalau nak elak crowd.
- Elak hujung minggu – Kalau boleh, datang hari bekerja sebab masa menunggu jauh lebih singkat.
- Pilih ikan sederhana saiz – Masak lebih cepat dan sambal lebih sekata.
- Bawa tunai secukupnya – Walaupun dah banyak restoran terima eWallet, ada masa sistem offline.
- Parking jauh sikit tak apa – Lagi senang keluar nanti bila pelanggan dah penuh.
- Datang dengan perut kosong! – Portion memang besar dan lauk banyak, confirm kenyang.
Jangan Lupa Singgah!
Ana Ikan Bakar Petai Kuantan memang layak jadi antara tempat makan wajib singgah bila ke Kuantan.Walaupun ada masa perlu tunggu lama dan sambal tak selalu konsisten, tapi rasa seafood segar, suasana meriah dan pilihan lauk pelbagai memang berbaloi dengan harga dan pengalaman.
Kalau ada rancangan bercuti ke Kuantan, dari Pantai Teluk Cempedak, Bukit Gambang atau bandar… wajib masukkan Ana Ikan Bakar Petai dalam itinerary makan malam!



0 Ulasan