Kadang-kadang kita cuba jadi segalanya — mak yang sabar, isteri yang memahami, pekerja yang rajin. Tapi bila mak penat emosi, badan rasa lesu, hati rasa kosong  dan senyuman pun jadi berat!
Truth is, mak pun manusia. Ada masa kita letih bukan sebab fizikal...  tapi sebab mental dan emosi dah terlalu sarat. Anak meragam, kerja tak siap, rumah berselerak — semua tu boleh buat hati mak cepat rasa “burn out”!

Jangan risau tau sebab rasa tu normal. Tapi yang penting, sebagai mak kita kena tahu cara nak jaga diri sendiri dulu, sebelum terus tersangkut dalam rasa penat tu.


Seorang ibu duduk tenang di ruang tamu sambil minum kopi panas, menenangkan emosi selepas seharian penat.


1. Ambil Masa untuk Diri Sendiri — Walau Sekejap


Kadang mak rasa bersalah bila nak “me-time”, kan? Tapi hakikatnya, me-time bukan selfish, itu self-care.
Lepas anak tidur, cuba buat sesuatu yang buat hati tenang — minum teh panas sambil scroll TikTok, sapu skincare, baca Al-Quran atau sekadar duduk diam 10 minit pun cukup.

Moment kecil ni boleh bantu mak recharge emosi supaya esok boleh senyum semula.

2. Belajar Untuk “Pause” Bila Perlu


Bila mak rasa marah atau sedih, pause dulu. Jangan terus luahkan semua sebab nanti makin serabut.
Tarik nafas dalam, kira sampai lima, dan lepaskan perlahan-lahan. Kadang, 10 saat tenang tu cukup untuk ubah satu hari yang kelam jadi lebih ringan.

Mak tak perlu jadi sempurna — cukup kalau mak sedar bila diri sendiri perlukan rehat.

3. Cerita Pada Orang Yang Faham


Penat emosi makin berat bila mak simpan sorang-sorang. Cuba kongsi dengan seseorang yang boleh dengar tanpa menghakimi — suami, kawan baik, atau kaunselor.

Kalau malu nak bercerita, tulis dalam jurnal pun boleh. Kadang bila kita luah atas kertas, baru nampak punca sebenar rasa penat tu.

 4. Jaga Badan, Sebab Ia Kesan Terus Pada Emosi


Bila badan letih, emosi pun ikut rapuh. Jadi mak kena jaga makan, tidur cukup dan jangan lupa minum air banyak.

Kalau boleh, elak skip sarapan dan cuba ambil makanan real seperti buah, sayur, dan air suam halia — bukan kopi semata ya! Badan yang sihat bantu minda lebih stabil dan mood pun jadi lebih ceria.

Baca Juga:

Mak Manusia Biasa, Mak Bukan Superwomen

Punca Kaki Kebas & Cara Mengatasinya

5. Belajar Untuk Redha & Lepaskan


Kadang mak stres sebab nak kawal semua benda — dari kerja sampai anak-anak. Tapi bukan semua benda kita boleh kawal.

Belajar untuk redha, lepaskan yang tak boleh dikawal dan fokus pada apa yang mak boleh buat hari ni.
Slowly, kita akan rasa lebih tenang sebab dah tak terbeban dengan perkara yang di luar kawalan.

Ingat, Kita Mak Yang Tak Keseorangan!


Ramai mak kat luar sana rasa macam mak rasa sekarang. Tapi jangan pendam lama-lama. Cari ruang untuk rawat diri sebab bila mak tenang, satu rumah akan rasa bahagia.

Jadi lepas ni, kalau rasa penat emosi, tarik nafas dan ingat...  You’re doing your best. And that’s already enough!