Baru-baru ni masa singgah beli barang dapur di Lotus Shah Alam, sempatlah menjejak kaki ke Lotus Shah Alam Food Court. Dah lama betul tak datang dan bila tengok suasana sekarang… wah, memang lain betul!

Dari sizzling panas sampai Nasi Arab wangi, semuanya ada di Lotus Shah Alam Food Court!

Kalau dulu agak lengang, sekarang meriah sungguh. Ramai pengunjung makan, suasana pun hidup dengan aroma makanan panas yang menggoda selera.

Kini Lotus Shah Alam Food Court bukan lagi tempat makan sementara tunggu keluarga habis shopping. Tapi dah jadi port makan popular di Shah Alam untuk semua lapisan umur… dari pekerja pejabat, keluarga, sampai student kolej berhampiran.


Pelbagai pilihan makanan sedap di Lotus Shah Alam Food Court termasuk sizzling hot plate, masakan Thai dan nasi Arab.

Suasana selesa, luas & bersih di Lotus Shah Alam Food Court 

Antara perubahan paling ketara ialah suasana food court yang kini lebih kemas dan moden. Meja tersusun elok, kawasan lapang dan pencahayaan terang. Suasanapun tak terasa begitu panas walaupun waktu puncak.

Bila duduk makan, memang rasa selesa. Kawasan bersih, tak berbau minyak dan meja nampak kemas selepas pelanggan pergi (masa hari sis pergi tu la). Senang nak lepak lama sambil makan, borak dan rehat sekejap selepas shopping di Lotus. Tempatnya juga  luas, jadi senang nak makan ramai-ramai tanpa risau sempit. Nak bawa stroller atau warga emas pun mudah.

Tandas bersih,  parking pun banyak dan laluan ke food court ni dekat dengan pintu masuk utama Lotus Shah Alam. Tak payah jalan jauh bawa beg barang.

Baca Juga:


Jom Buat Nasi Beriani 

Pilihan Makanan Untuk Semua Selera

Kalau nak cari makanan sedap di Shah Alam, food court ni memang wajib singgah. Pelbagai jenis makanan ada, dari menu gorengan, masakan Melayu, makanan Thai hingga makanan Arab! 

Sizzling Hot Plate panas berasap di Lotus Shah Alam Food Court dengan sos pekat, cendawan dan ayam lembut

Sizzling Hot Plate Panas-Panas

Hari tu sempat cuba Sizzling Hot Plate, puas hati.  Hidangan datang berasap, bunyi “sshhhhh” atas dulang besi tu memang menggoda selera. Kuahnya pekat, ayam lembut, cendawan dan mee sizzling cukup rasa. Cuma masa tu sis minta cendawan lebih dan tak nak banyak isi ayam. Gitewwww...



Masakan Thai 

Kalau suka rasa masam pedas gaya Thai, sini pun ada. Antara yang popular, Nasi Goreng Paprik, Tomyam Seafood dan macam-macam menu lagi. Hari tu cuba Nasi Goreng Paprik Ayam boleh tahan jugaklah...


Pelbagai pilihan nasi Arab di Lotus Shah Alam Food Court termasuk nasi Mandy, nasi Kabsah dan lauk ayam serta kambing berempah

Makanan Arab – Rasa Premium

Kalau nak kelainan, stall makanan Arab pun ada! Nasi Arab Mandy dan Kabsah Chicken antara yang paling laku.

Hari tu tapau Nasi Arab — portion besar, nasi wangi, ayam lembut, dan sambal merah Arab yang pedas-pedas sedap.

Antara sebab ramai suka makan kat sini sebab harga masih berpatutan walaupun pilihan makanan semakin banyak.

Contohnya, Sizzling Hot Plate kalau tanpa teluar hanya RM8.50, Nasi Goreng Paprik Ayam rasanya bawah RM10 (lupa dah hahhaa) manakala Nasi Arab untuk Rosted Chicken + Mendy/Kabsa rice (1 pax)  dalam RM16. Portion pun besar memang kenyang sampai petang!


Nasi Arab Roasted Chicken dengan nasi Mandy atau Kabsah di Lotus Shah Alam Food Court, hidangan 1 pax berharga RM16.

Lotus Shah Alam Food Court Memang Berbaloi!


Kalau dah lama tak singgah, sis kena datang semula.

Sekarang Lotus Shah Alam Food Court bukan lagi menjadi tempat makan biasa, tapi tempat makan sedap, selesa dan berbaloi dengan pelbagai pilihan untuk semua selera.

Nak hot plate panas-panas? Ada.

Nak menu goreng-goreng gaya Thai? Pun ada.

Nak Nasi Arab besar portion? Confirm puas hati.

Jadi, lepas ni kalau datang beli barang dapur kat Lotus, jangan terus balik dulu. Jalan-jalanlah ke bahagian food court dan nikmati hidangan panas sambil rasa suasana meriah Lotus Shah Alam Food Court.

Mungkin lepas ni, korang pun akan ada port makan baru kegemaran kat Shah Alam!