Pernah tak korang rasa… “Ya Allah, penatnya jadi mak”?
Bangun awal pagi untuk masak, berkemas rumah, layan anak, kerja tak habis-habis. Weekend pun bukan dapat rehat — kadang lagi sibuk daripada hari kerja!
Tapi tahu tak, bila kita nie mak-mak asyik berlari tanpa berhenti, kita pun boleh “burnout” perlahan-lahan tanpa sedar.
Sebab tu penting sangat ada masa untuk self-care weekend mak-mak — bukan nak manja, tapi nak recharge tenaga dan hati!

Dan bestnya, self-care ni tak semestinya mahal. Kadang cukup dengan mandian wangi, kopi panas dan masa senyap 20 minit... terus rasa macam baru balik spa! Hihihi...hii...
Jom tengok idea self-care weekend yang boleh buat kita rasa hidup semula!
Tapi kali ni, bukan sambil lipat baju ya... duduk betul-betul, hirup perlahan, nikmati aroma tu. Kalau boleh, tambah sikit sambil dengar lagu-lagu kegemaran.
Bila kita slow down sekejap, otak pun reset. Moment kecil ni kadang buat mood kita berubah seharian!
Weekend ni, cuba buat rutin skincare simple: cuci muka, serum, pelembap dan sunscreen.
Kalau bajet bawah RM50 pun tak apa yang penting konsisten ok!
Rasa lembut kulit sendiri tu dah cukup buat kita senyum depan cermin. Kadang kita tak perlukan pujian orang lain pun... cukup bila diri sendiri rasa fresh dan bermaya!
Tak perlu rasa bersalah tinggalkan anak dengan ayah sekejap. Ingat, mak pun manusia, bukan robot! Dan bila kita bahagia, seluruh rumah pun akan jadi lebih tenang dan berseri-seri.
Fokus pada dunia sebenar. Tengok wajah anak waktu tidur, borak dengan suami,atau duduk diam sambil fikir apa yang wajar kita syukuri hari ni. Kadang keindahan sebenar datang masa kita berhenti sekejap dari dunia maya.
Bila kita tenang, ceria dan yakin akan bagi aura positif untuk satu rumah.
Jadi minggu ni, cuba hadiahkan diri sendiri masa me-time. Tak perlu mahal, tak perlu lama.
Yang penting, kita rasa disayangi oleh diri sendiri!
Sebab dalam hidup ni, mak pun layak healing, bukan anak je!
Bangun awal pagi untuk masak, berkemas rumah, layan anak, kerja tak habis-habis. Weekend pun bukan dapat rehat — kadang lagi sibuk daripada hari kerja!
Tapi tahu tak, bila kita nie mak-mak asyik berlari tanpa berhenti, kita pun boleh “burnout” perlahan-lahan tanpa sedar.
Sebab tu penting sangat ada masa untuk self-care weekend mak-mak — bukan nak manja, tapi nak recharge tenaga dan hati!

Self-care Weekend mak-Mak
Dan bestnya, self-care ni tak semestinya mahal. Kadang cukup dengan mandian wangi, kopi panas dan masa senyap 20 minit... terus rasa macam baru balik spa! Hihihi...hii...
Jom tengok idea self-care weekend yang boleh buat kita rasa hidup semula!
1. “Mak Time-Out” — Lepak Tenang Dengan Kopi atau Teh
Mulakan pagi weekend dengan benda paling simple... secawan kopi panas.Tapi kali ni, bukan sambil lipat baju ya... duduk betul-betul, hirup perlahan, nikmati aroma tu. Kalau boleh, tambah sikit sambil dengar lagu-lagu kegemaran.
Bila kita slow down sekejap, otak pun reset. Moment kecil ni kadang buat mood kita berubah seharian!
2. Spa Bajet Di Rumah — Mandi Lama Sikit, Siapa Larang?
Kalau tak sempat keluar rumah, tak apa. Bawa spa masuk bilik air! Kih kih kih...
Ambil masa mandi lama sikit dari biasa, guna mandian yang wangi, lulur badan dan pakai lotion lepas tu.
Nak lagi best, guna minyak aromaterapi maam bau lavender, lemon atau rose pun dah cukup buat rasa macam di spa hotel lima bintang. Ahh.. gitewww...
Lepas tu, pakai sheet mask dan duduk diam 10 minit. Jangan rasa bersalah ya — sebab ni masa untuk kita mak-mak me-recharge diri.

3. Manjakan Diri Dengan Skincare Ringkas
Kita mak ni bukan tak nak cantik, tapi kadang tak sempat.Weekend ni, cuba buat rutin skincare simple: cuci muka, serum, pelembap dan sunscreen.
Kalau bajet bawah RM50 pun tak apa yang penting konsisten ok!
Rasa lembut kulit sendiri tu dah cukup buat kita senyum depan cermin. Kadang kita tak perlukan pujian orang lain pun... cukup bila diri sendiri rasa fresh dan bermaya!
4. Aktiviti Tenang di Rumah — Tanam Pokok, Baca Buku, Tengok Drama
Self-care tak semestinya kena senyap sunyi. Kadang healing tu datang dari benda yang kita suka!- Tanam pokok kecil di balkoni
- Baca buku-buku ringan (bukan WhatsApp group sekolah anak yaa hahaha )
- Atau maraton drama Korea yang dah lama tertangguh
5. Gerakkan Badan — Senaman Ringan Pun Dah Cukup
Badan lesu, otak pun berat. Cuba buat senaman ringan dalam rumah — 10 minit stretching atau zumba sikit-sikit pun dah cukup.Kalau rajin, jalan keliling taman sambil dengar lagu atau podcast inspirasi.Bila peluh keluar, stress pun ikut keluar. Bonus — muka nampak berseri sebab darah mengalir lancar.
6. “Mak Date” — Keluar Sejam Pun Jadi
Kadang, self-care weekend mak-mak bukan pasal rehat di rumah je. Keluar sejam pun boleh buat rasa hidup semula — minum boba, window shopping atau jumpa kawan lama.
Tak perlu rasa bersalah tinggalkan anak dengan ayah sekejap. Ingat, mak pun manusia, bukan robot! Dan bila kita bahagia, seluruh rumah pun akan jadi lebih tenang dan berseri-seri.
7. Detox Media Sosial
Weekend ni, cuba off sekejap dari skrin. Tak perlu tengok “mak-mak lain” di TikTok yang rumahnya sentiasa kemas dan anak-anak behave 24 jam.Fokus pada dunia sebenar. Tengok wajah anak waktu tidur, borak dengan suami,atau duduk diam sambil fikir apa yang wajar kita syukuri hari ni. Kadang keindahan sebenar datang masa kita berhenti sekejap dari dunia maya.
Baca Juga:
Mak Bukan Superwoman - Tapi Tetap Buat Yang Terbaik Untuk Anak
Hitamkan Rambut Beruban Dengan Cara Halal
Mak Bahagia, Baru Rumah Bahagia!
Ingat ya — self-care bukan bermakna kita pentingkan diri. Tapi bila mak tak jaga diri, siapa yang akan jaga keluarga dengan sepenuh hati?Bila kita tenang, ceria dan yakin akan bagi aura positif untuk satu rumah.

0 Ulasan