Bila malam tiba, semua orang dah lena... inilah masa mak-mak boleh “tarik nafas” sekejap untuk diri sendiri. Tak perlu skincare 10 langkah pun, yang penting kulit dapat rehat dan rawatan asas selepas seharian sibuk.

Dengan rutin skincare malam mak sibuk yang ringkas, kulit boleh kekal sihat, segar dan berseri walaupun masa terhad 


Rutin Skincare Malam Yang Perlu Mak-Mak Sibuk Perlu Ingat!


Seorang wanita bergelar mak sedang sapu krim pelembap di wajah pada waktu malam.


1. Cuci Muka – Buang Semua Sisa Penat


Langkah pertama dan paling penting — cuci muka. Selepas seharian urus anak, kerja dan rumah, kulit kita terdedah pada habuk, minyak dan peluh. Gunakan pembersih lembut supaya kulit bersih tanpa rasa tegang.

👉 Tip mak-mak: Gunakan air suam untuk cuci supaya pori terbuka dan kotoran mudah hilang.


2.  Toner – Segarkan Kulit


Toner bantu kembalikan kelembapan selepas cuci muka. Ia juga bantu seimbangkan pH kulit dan buat kulit lebih bersedia untuk menyerap produk seterusnya. Tak perlu mahal pun yang penting sesuai dengan jenis kulit.

👉 Tip mak-mak: Pilih toner yang bebas alkohol supaya tak keringkan kulit.

3.  Serum – Penjagaan Extra (Tapi Simple)


Serum ni opsyenal tapi sangat membantu. Kalau kulit kering atau kusam, serum boleh beri kesan lebih ketara. Pilih serum dengan bahan hyaluronic acid atau vitamin C untuk kelembapan dan seri wajah.

👉 Tip mak-mak: Titiskan 2-3 titik je, ratakan perlahan-lahan.


4.  Pelembap – Kunci Segala Kelembapan


Pelembap ibarat “selimut” untuk kulit pada waktu malam. Ia bantu mengunci semua kelembapan dan nutrien supaya kulit bangun pagi esok rasa segar.

👉 Tip mak-mak: Gunakan pelembap ringan kalau kulit berminyak, dan krim lebih pekat kalau kulit kering.

5. Lip Balm & Eye Cream – Bahagian Kecil, Kesan Besar


Jangan lupa bahagian bibir dan bawah mata! Dua bahagian ni paling cepat kering dan tunjuk tanda penat. Sapu sedikit eye cream dan lip balm supaya bangun pagi tak rasa kering atau kusam.

👉 Tip mak-mak: Bahagian kecil tapi beri kesan besar pada wajah!


Tip Tambahan:

  • Pastikan tangan bersih sebelum sapu produk.
  • Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit, bukan ikut trend.
  • Kalau terlalu penat, cukup 3 langkah pun okay — janji kulit tak diabaikan

Baca Juga:

Lima Langkah Skincare Pagi Untuk Mak Sibuk


Cantik Pun Boleh Ala Mak Sibuk!


Ingat ye... mak sibuk pun boleh glowing! Rutin skincare malam tak perlu lama atau mahal... yang penting konsisten. Bila kulit dijaga walau sedikit setiap malam, hasilnya boleh nampak dalam jangka panjang.

Dan yang paling penting, sebagai mak kita pun berhak rasa cantik dan rasa yakin setiap hari!