Kalau bab makan-makan dengan keluarga, sis memang ada satu tempat ‘wajib’ — Serai. Rasanya dah lebih 10 tahun sis jadi peminat setia restoran ni. Dulu, sis dan keluarga suka sangat makan kat Serai @ Paradigm Mall, Serai @ Empire Shopping Gallery, Serai @ Setia City Mall dan Serai @ KL East. Tapi yang paling terbaru — Serai @ IOI City Mall, Putrajaya.

Suasana Tenang & Santai


Pelbagai hidangan sedap di Serai IOI City Mall termasuk Spaghetti Prawn Aglio Olio, Sweet Potato Fries, Spaghetti Carbonara, Serai Platter dan Curry Mee — pilihan tempat makan best di Putrajaya.


Yang buat tempat ni special bukan sekadar makanannya sedap, tapi suasananya sangat tenang dan cozy. Sambil menikmati hidangan, boleh layan pemandangan air pancut di tengah mall. Anak-anak happy, mak pun dapat ‘healing’ sikit.

Kalau korang tengah cari tempat makan best Putrajaya yang family friendly, Serai ni memang antara pilihan paling sesuai.

Antara Menu Kegemaran Sis


Kalau ke Serai, menu sis tak pernah berubah (hahhaa, setia betul kan 😆). Dua menu ni memang ‘wajib order’ setiap kali datang.

Spaghetti Prawn Aglio Olio — RM32


Spaghetti Prawn Aglio Olio dengan udang harimau segar, tomato ceri kering dan bayam muda di Serai IOI City Mall Putrajaya


Udang harimau segar, bayam muda, tomato ceri kering, serbuk cili dan minyak zaitun extra virgin. Simple tapi sedap sangat — pedas-pedas manja yang buat rasa tak jemu.


Sweet Potato Fries — RM18

Sweet Potato Fries rangup bersama sos sambal istimewa Serai di IOI City Mall Putrajaya

Kentang keledek goreng rangup, cicah pula dengan sos sambal istimewa Serai. Memang tak cukup satu mangkuk ni!


Menu Kegemaran Anak-Anak Pun Ada!


Bila makan anak-beranak, mestilah semua ada menu pilihan sendiri kan? Anak-anak sis pula suka cuba menu lain dan semua pun tak pernah mengecewakan!

Spaghetti Carbonara — RM32

Dengan cendawan portobello dan daging lembu salai. Creamy, lemak dan kenyang puas hati.

Serai Platter — RM32

Nasi serai signature dengan asam pedas ekor lembu, sotong madu, acar segar dan ayam goreng berempah. Portion besar...  memang puas hati!

Curry Mee - RM29

Mi kuning dengan ayam carik, udang sungai segar, tauhu puff, kacang panjang dan telur rebus. Kuah kari pedas-pedas sedap, sesuai sangat untuk penggemar comfort food.


Suasana santai di Serai IOI City Mall Putrajaya dengan pelbagai hidangan Asia dan Barat untuk makan bersama keluarga


Banyak Pilihan Menu & Suasana Family Friendly

Yang bestnya, Serai bukan ada satu dua menu je. Pilihan dari menu Asia hingga Barat tau, bak kata semuanya lengkap! 

Antara menu lain yang selalu jadi pilihan pelanggan:

  • Nasi Ulam Ayam Bakar
  • Nasi Lemak Pandan
  • Moroccan Lamb Shank
  • Spaghetti Mussels
  • Portobello Mushroom Steak

Suasana dalam restoran pun luas, moden dan selesa... sesuai sangat kalau nak makan anak-beranak, bawa mak ayah atau lepak dengan kawan.

Suasana restoran Serai IOI City Mall Putrajaya yang tenang dan selesa dengan pemandangan air pancut di tengah mall

Tempat Makan Best di Putrajaya


Jadi, kalau korang tengah cari tempat makan sedap di Putrajaya dengan suasana tenang dan family friendly — Serai @ IOI City Mall memang tempat yang patut korang cuba.

Bukan saja makanannya sedap, suasananya pun mendamaikan. Lepas kenyang makan, boleh terus jalan-jalan dalam mall sambil cuci mata. Anak-anak happy, mak ayah pun tenang.

Haaa… inilah gaya ‘healing day’ mak-mak sebenar... perut kenyang, hati pun senang. Kalau dah pernah rasa, confirm akan datang lagi. Kalau belum, sis memang recommend untuk cuba sendiri. Trust me ...  tak rugi pun!