Ramai mak-mak cari tip masak lauk simple tapi tetap nampak mewah macam kenduri. Kadang kita cuma ada masa singkat di dapur, tapi tetap nak hidangan yang buat anak dan suami rasa puas.

Hakikatnya, lauk simple pun boleh jadi ‘wow’ bila kena dengan cara. Dengan sedikit kreativiti dan olahan, masakan ringkas pun nampak macam hidangan majlis kenduri.


Ayam Masak Merah lauk kenduri yang popular dengan kuah pekat dan rasa manis pedas



5 Tip Masak Lauk Simple

Jom sis kongsi 5 tip masak lauk simple tapi nampak macam kenduri yang mudah, cepat, dan sesuai untuk mak-mak sibuk.

1. Guna Rempah & Bahan Segar

Lauk kenduri selalunya wangi sebab rempah dan bahan segar digunakan. Walaupun lauk simple macam ayam goreng berempah, kalau kita perap dengan bawang putih, halia, serai dan serbuk kunyit segar, hasilnya lain macam.
👉 Tip: Tumbuk kasar bahan segar, jangan semua guna serbuk segera. Aroma dia naik dan lauk terus nampak “mahal”.


Baca Juga: 5 Nasi Goreng Mudah & Sedap

2. Masak Kuah Pekat & Berwarna Cantik

Masakan kenduri biasanya kuah nampak pekat dan warnanya menyelerakan. Kalau buat kari ikan, pastikan tumis sampai pecah minyak. Kalau buat masak merah, biar kuahnya kilat dan pekat.
👉 Tip: Masukkan sedikit gula Melaka atau susu cair dalam kuah — terus nampak lebih “berkuah ala kenduri”.

3. Hias Lauk Dengan Taburan Simple

Kadang lauk simple nampak kosong sebab kita hidang terus dari kuali. Cuba tabur bawang goreng, daun sup, atau hirisan cili merah atas lauk. Walaupun lauk telur dadar, bila ada hiasan, terus nampak meriah macam lauk kenduri.
👉 Tip: Siapkan stok bawang goreng homemade. Boleh tabur atas apa-apa lauk, confirm nampak sedap!

4. Hidang Dalam Pinggan atau Periuk Besar

Suasana kenduri biasanya meriah sebab lauk disusun dalam bekas besar. Jadi, cuba hidang lauk simple dalam mangkuk besar atau dulang. Ayam masak merah pun bila letak dalam periuk tanah liat, terus rasa macam lauk kenduri.
👉 Tip: Elakkan hidang dalam bekas plastik kecil kerana visual sangat mempengaruhi selera.

5. Tambah Satu “Signature Dish”

Tak perlu semua lauk complicated. Cukup ada satu lauk signature yang nampak wow. Contohnya, kalau ada nasi putih dengan sayur goreng, tambahkan ayam masak merah ala kenduri. Terus meja makan nampak mewah!
👉 Tip: Lauk signature tak semestinya susah. Boleh jadi dalca sayur atau acar timun.Dua-dua ni simple tapi ‘kenduri vibes’.

Baca Juga: Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri!

 Simple Pun Boleh Jadi Istimewa

Mak-mak jangan stres fikir lauk kena banyak atau mahal baru nampak grand. Hakikatnya dengan 5 tip masak lauk simple tapi nampak macam kenduri ni. Meja makan kita pun boleh jadi meriah macam majlis kenduri ya!

Yang penting, kita masak dengan ikhlas, penuh kasih sayang. Barulah setiap suapan anak dan suami terasa nikmatnya. Ahh.. gitewwwww💛