Memilih rumah untuk keluarga bukan hanya tentang saiz atau reka bentuk semata-mata, tetapi tentang persekitaran, kemudahan dan gaya hidup yang menyokong kehidupan seharian. Terletak di dalam township matang Bandar Sri Sendayan, Laman Sendayan 2 hadir sebagai pilihan kediaman moden yang direka khusus untuk keluarga masa kini.

Dibangunkan oleh Matrix Concepts, Bandar Sri Sendayan dikenali sebagai sebuah township yang terancang dengan infrastruktur moden dan akses yang baik ke lebuh raya utama serta kawasan perniagaan. Ia menjadikan Laman Sendayan 2 sesuai untuk keluarga dan profesional yang mengutamakan keselesaan hidup tanpa perlu berkompromi dari segi lokasi.




Rekaan Rumah Teres yang Selesa untuk Keluarga

Laman Sendayan 2A, merangkumi model Meria dan Elaria menawarkan rumah teres dua tingkat dengan susun atur yang praktikal dan selesa. Setiap unit dibina dengan saiz 20’ x 70’ hingga 75’, lengkap dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air, sesuai untuk keluarga yang memerlukan ruang tambahan untuk anak-anak atau ahli keluarga yang lain. 

Untuk mereka yang mencari lebih ruang dan privasi, unit corner lot Laman Sendayan 2 menawarkan susun atur eksklusif dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Pilihan ideal untuk keluarga yang menghargai keselesaan jangka panjang

Baca Juga:

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Trik Simpan Duit Untuk Percutian




Setiap unit dilengkapi dengan sistem smart home yang meningkatkan tahap keselamatan dan kemudahan, selari dengan keperluan gaya hidup moden masa kini.
Sistem smart home di Laman Sendayan 2 membantu memudahkan urusan seharian,
dari aspek keselamatan hingga keselesaan seisi keluarga


Kediaman ini turut dilengkapi dengan sistem smart home yang membantu memudahkan rutin harian serta menyokong gaya hidup moden. Dengan harga bermula dari RM414,000 - Laman Sendayan 2 menawarkan keseimbangan antara rekaan moden, ruang yang selesa dan nilai jangka panjang untuk kediaman keluarga.


Ruang dapur moden dan kemas di kediaman Laman Sendayan 2 dengan susun atur praktikal untuk kegunaan harian
Ruang dapur di Laman Sendayan 2 direka dengan susun atur praktikal
yang memudahkan aktiviti memasak dan pengurusan dapur harian.


Ruang bilik utama rumah contoh Laman Sendayan 2 dengan susun atur praktikal dan pencahayaan semulajadi
Bilik tidur utama di Laman Sendayan 2 menawarkan ruang yang luas
dan selesa, sesuai untuk berehat selepas seharian beraktiviti


Bilik tidur anak gadis bertemakan warna pink lembut di rumah contoh
Laman Sendayan 2  yang kemas dan selesa


Reka bentuk bilik anak lelaki berkonsep hijau di kediaman Laman Sendayan 2 dengan susun atur praktikal
Konsep hijau yang segar buat bilik anak lelaki nampak kemas dan selesa. 
Senang nak belajar, rehat dan bermain dalam satu ruangan.


Ruang bilik tetamu tingkat bawah di kediaman Laman Sendayan 2
sesuai untuk kegunaan tetamu atau ahli keluarga


Bilik air moden dan kemas di rumah contoh Laman Sendayan 2 dengan kemasan praktikal
Bilik air yang kemas dan selesa memang penting- senang dijaga,
selesa digunakan seisi keluarga


Gaya Hidup Lengkap di Sekitar Laman Sendayan 2

Salah satu kelebihan utama Laman Sendayan 2 adalah persekitarannya yang dikelilingi kemudahan lengkap. Penduduk boleh menikmati akses ke d’Tempat Country Club, kelab rekreasi terbesar di Negeri Sembilan yang menawarkan pelbagai kemudahan sukan dan aktiviti santai untuk seisi keluarga.

Untuk pendidikan, Matrix Global Schools menyediakan sistem pendidikan antarabangsa dan swasta, menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga yang mementingkan pembelajaran berkualiti. Selain itu, X-Park Sendayan menawarkan aktiviti sukan ekstrem seperti go-kart, futsal, paintball dan flying fox, sesuai untuk remaja dan golongan aktif.

Keperluan harian pula dipermudahkan dengan kehadiran Sendayan Merchant Square, pusat komersial yang menempatkan pelbagai pilihan makanan, runcit dan perkhidmatan. Ditambah pula dengan kemasukan jenama popular seperti McDonald’s, Watsons, A&W, Coffee Bean, FamilyMart dan Zus Coffee, kehidupan seharian menjadi lebih mudah dan selesa.

Di sini, membeli rumah bukan sekadar memiliki kediaman, tetapi melabur dalam gaya hidup yang lengkap dan terancang.



Poster Purr & Play Showhome Day di Laman Sendayan 2, acara lawatan rumah contoh mesra keluarga dan pencinta kucing di Bandar Sri Sendayan
Purr & Play Showhome Day di Laman Sendayan 2 – peluang untuk seisi keluarga melihat sendiri
 rumah contoh moden dengan konsep smart home dalam suasana santai dan mesra kucing

Purr & Play Showhome Day -  Aktiviti Keluarga & Pencinta Kucing

Bagi mereka yang ingin merasai sendiri suasana dan konsep kehidupan di Laman Sendayan 2, satu acara istimewa bakal berlangsung iaitu Purr & Play Showhome Day -  Catwalk To Your New Home.

Tarikh: 10 & 11 Januari 2026 (Sabtu & Ahad)
Masa: 10.00 pagi – 3.00 petang
Lokasi: Laman Sendayan 2 Show Unit

Acara ini direka khas untuk keluarga, pencinta kucing dan bakal pemilik rumah. Pengunjung berpeluang meneroka show unit yang baru dilancarkan sambil menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti Purrwalk Fashion Show, Kids Colouring Contest, Whisker Craft Workshops, Cat Café Zone, Cat Adoption Lounge, gerai merchandise bertemakan kucing serta Animal Magic Show yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Bagi penyertaan dalam Purrwalk Fashion Show dan Kids Colouring Contest, pendaftaran adalah melalui Facebook rasmi Matrix Concepts Homes.

🔗 https://www.facebook.com/matrixconceptshomes

Ganjaran Eksklusif untuk Pengunjung

Pengunjung yang membuat tempahan rumah pada hari acara berpeluang menyertai Blind Box Reward Program dengan peluang memenangi hadiah gaya hidup menarik seperti Petron E-Fuel Card, Grab Rewards, percutian Lexis Hibiscus 3D2N, Airwheels Electric Smart Riding Suitcase dan Marshall Stanmore III Bluetooth Speaker.

Ini menjadikan kunjungan ke Laman Sendayan 2 bukan sekadar lawatan ke show unit, tetapi satu pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna untuk seisi keluarga.

Jom Lawati Laman Sendayan 2 & Daftar Purr & Play Showhome Day

Jika anda sedang mencari rumah keluarga yang selesa, moden dan dikelilingi kemudahan lengkap, Laman Sendayan 2 wajar berada dalam senarai anda. Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Purr & Play Showhome Day dan alami sendiri suasana kehidupan di township Bandar Sri Sendayan.

👉 Daftar sekarang di:
https://www.matrixtogo.com/purr-play-showhome-day

📞 Hotline: 1800 88 2688