Kalau cakap pasal restoran mamak yang selalu jadi port orang Shah Alam, Syed Bistro Seksyen 3 memang antara nama yang kerap disebut. Lokasinya terletak di belakang McDonald’s Seksyen 3, kawasan yang memang sentiasa meriah waktu malam. Orang Shah Alam selalunya memang dah biasa dengan tempat ni. Bagi yang luar kawasan mungkin baru nak kenal.


Menu mamak popular di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Syed Bistro cukup terkenal dengan Nasi Kandar dan Nasi Briyani yang ramai kata sedap walaupun harganya sedikit mahal berbanding mamak biasa. Tapi sebelum ni, sis sendiri tak pernah cuba menu signature mereka.

Baca Juga:


Masak Kari Ayam Ala Mamak


Lepak makan malam di restoran mamak Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Singgah Lepas Maghrib, Lepak Santai Dengan Family

Baru-baru ni, lepas Maghrib, sis dan family singgah ke Syed Bistro Seksyen 3 untuk makan malam ringan. Niat asal cuma nak lepak santai sambil borak-borak, sambil test power dapur melalui menu goreng yang selalunya jadi penanda aras rasa sesebuah restoran mamak.

Menu Yang Kami Order

Untuk kali ni, kami pilih menu ringkas:
  • French Fries – RM6.00
  • Mee Goreng Mamak – RM7.00
  • Nasi Goreng Cili Padi – RM7.00
  • Ayam Goreng (saiz kecil) – RM6.00

Minuman pula:
  • Teh Tarik – RM2.30
  • Teh O Ais – RM2.90
  • Teh O Kosong – RM1.90
  • Extra Joss Active Ori – RM4.00
Jumlah keseluruhan: RM39.35
(Termasuk cukai RM2.23)


Mee goreng mamak panas untuk makan malam


Review Jujur Sis

Dari segi rasa, menu goreng di sini ok sahaja, taklah mengecewakan tapi tak juga sampai tahap luar biasa. Mee Goreng Mamak dan Nasi Goreng Cili Padi rasa standard, sesuai untuk isi perut waktu lepak malam. Ayam goreng pula saiz kecil dengan rasa biasa, manakala french fries rangup sederhana.

Pendek kata, menu-menu goreng ni sesuai untuk makan santai, tapi bukan yang buat kita datang khas semata-mata untuk menu tersebut.


Hidangan western ringkas di restoran mamak


Berbaloi Datang Ke Syed Bistro?

Untuk menu goreng, sis rasa cukup makan dan boleh layan. Tapi berdasarkan apa yang ramai orang kongsikan, memang Nasi Kandar dan Nasi Briyani yang jadi tarikan utama di Syed Bistro Seksyen 3.

Insya-Allah next time, sis akan datang semula untuk cuba menu nasi yang selalu dipuji tu. Barulah boleh buat penilaian penuh dan lebih adil.

Kalau korang pernah makan nasi kandar atau briyani kat sini, jangan lupa share pengalaman korang ya. Sis nak tahu betul ke sedap seperti yang orang kata!