Kadang-kadang sebagai mak ni, bila nak ajak anak-anak keluar makan, kita bukan cari yang fancy sangat pun. Yang penting kenyang, sedap, anak-anak suka dan harga tak buat kita berfikir panjang. Sebab tu, bila fikir pasal lunch Korea yang selamat dari dulu sampai sekarang, Mr. Dakgalbi memang antara pilihan yang selalu terlintas di kepala.

Menu dia ringkas, tak pening nak pilih. Rasa pula konsisten—datang kali ni, datang lagi bulan depan, rasanya tetap sama.

Itu yang buat mak-mak ni rasa tenang sikit bila order. Anak-anak pun tak merungut, mak pun senyum sebab bajet masih terkawal 


Suasana makan santai bersama keluarga di Mr. Dakgalbi menikmati hidangan Korea


Menu Kegemaran Sejak Dulu

Untuk lunch kali ni, macam biasa, kami pilih menu yang memang dah jadi “default order” setiap kali datang.





Fried rice keju ala Korea di Mr. Dakgalbi yang sesuai untuk dikongsi ramai


Makan tengahari menu Korea fried rice dan ramen di Mr. Dakgalbi dengan portion berbaloi


Fried Rice Set (2 Pax)

Set ni memang wajib order kalau datang dengan anak-anak:
  • Fried Rice untuk 2 orang
  • 1 Ramen
  • 1 Cheese
Walaupun tertulis 2 pax, jujur cakap boleh makan sampai 3 orang kalau pandai share. Portion fried rice memang puas hati, lepas tu tambah cheese cair yang digaul panas-panas. Memang simple tapi sedap. Anak-anak pun suka sebab tak pedas sangat, mak pun boleh makan dengan aman tanpa perlu asingkan lauk.

Ramen pula jadi menu sampingan yang buat semua rasa cukup. Bila dah ada nasi, ada ramen, ada cheese… lunch terus jadi lengkap. Sesuai sangat kalau nak makan cepat sebelum sambung urusan lain.


Ayam goreng Korea rangup dengan pilihan pelbagai perisa


K-Style Fried Chicken

Kalau anak-anak ada sekali, ayam goreng memang tak boleh tinggal. Di Mr. Dakgalbi, kami cuba dua flavour kegemaran ramai:

Yangnyum – pedas manis, sos pekat dan  sedap

Sweet Garlic – bau bawang putih yang wangi dan rasa manis berlemak

Ayam dia rangup di luar, juicy di dalam. Paling penting, tak muak walaupun makan ramai-ramai. Senang nak share, dan anak-anak pun biasanya rebut flavour Sweet Garlic dulu.


Baca Juga:


MOCCONA Liquid Espresso

Makan Dengan Suasana Santai

Satu benda yang mak-mak selalu hargai, tempat makan yang tak terlalu sesak. Tak terlalu bising dan selesa untuk anak-anak.

Mr. Dakgalbi ni jenis yang kita boleh makan sambil borak, anak-anak pun tak rasa terkongkong sangat.

Tak perlu tunggu lama, staff pun okay, jadi overall memang sesuai untuk lunch keluarga kecil atau outing ringkas hujung minggu.

Masuk List!

Kalau korang cari tempat untuk makan Korea yang kenyang, bajet friendly dan senang makan ramai-ramai, Mr. Dakgalbi memang patut masuk dalam list. Menu dia mungkin simple, tapi itulah kekuatannya... bagi sis rasa konsisten, portion berbaloi dan sesuai untuk makan bersama keluarga, pasangan dan pasangan.

Kadang-kadang, menu yang tak pernah berubah itulah yang buat kita selalu datang balik!