Kalau sebut tentang restoran Arab di Shah Alam, Sahara Tent Restaurant di Plaza Shah Alam memang antara yang wajib singgah. Kewujudannya pun bukan baru semalam. Dah bertahun-tahun bertahan dan itu saja sudah cukup buat sis kagum. Dalam dunia F&B ni yang kekal lama biasanya memang ada sebab.

Sesekali bila tekak teringin nak makan nasi Arab berempah lembut, sis memang tak teragak-agak untuk singgah. Lagi best bila makan bersama anak-anak, sebab suasana di restoran ni memang mesra 
keluarga.

Sahara Tent Plaza Shah Alam menyajikan  hidangan Arab autentik dengan portion besar



Suasana Ala Timur Tengah, Cozy & Lain Dari Yang Lain

Apa yang buat Sahara Tent Restaurant lain daripada restoran Arab biasa ialah setting dalaman dia. Masuk saja, rasa macam melangkah ke dunia Arab. Lampu-lampu lantern yang malap, dekorasi ala khemah Bedouin dan paling unik, ada tempat duduk yang seolah-olah dalam tent.Cozy sangat! 

Anak-anak pun teruja, mak-mak macam sis pula rasa tenang sebab ruang makan luas, selesa dan sesuai untuk family gathering atau sambut hari jadi.  


Momen makan bersama anak di Sahara Tent Plaza Shah Alam yang selesa dan mesra keluarga


Buku menu Sahara Tent Plaza Shah Alam yang memaparkan pilihan hidangan Arab dan Mediterranean


Menu Nasi Arab Memang Jadi Pilihan

Kalau ke Sahara Tent Plaza Shah Alam, menu wajib cuba tentulah Nasi Mandy. Nasi berempah, wangi, dan daging atau ayam dimasak dalam tanah selama beberapa jam, lembut sampai meleleh. Selain itu, ada kebab juicy, pizza Turki lembut, Lamabelle Tomato (daging), Baklava dan teh pudina menyegarkan. Portion makanan memang besar dan berbaloi untuk dikongsi bersama keluarga.


Suasana dalaman Sahara Tent Plaza Shah Alam dengan dekorasi khemah Arab dan lampu lantern yang cozy

Sesuai Untuk Keluarga & Berkumpulan

Sis perasan, ramai yang datang makan di Sahara Tent bersama keluarga besar atau berkumpulan. Ada yang bawa anak-anak, ada juga yang bersama ibu bapa dan saudara-mara. Memang nampak jelas restoran ini jadi pilihan untuk makan ramai-ramai.

Sahara Tent Restaurant turut menyediakan set keluarga dan set berkumpulan, termasuk lunch set yang jimat dan berbaloi dengan portion yang besar. Jadi, kalau datang ramai, senang nak kongsi dan tak perlu pening nak pilih menu satu-satu.

Dari segi keselesaan, restoran ini memang memudahkan mak-mak. Ruang makan luas dan selesa, susunan meja tidak sempit, ada perkhidmatan meja dan mesra kerusi roda. Yang paling penting, diiktiraf halal, jadi makan dengan tenang tanpa was-was.

Baca Juga:



Dekorasi khemah Arab di Sahara Tent Plaza Shah Alam dengan suasana makan yang cozy

Singgah ke Sahara Tent Restaurant, Plaza Shah Alam

Untuk yang belum pernah datang, Sahara Tent Restaurant terletak di Lot F.3, Tingkat 1, Plaza Shah Alam Mall, Seksyen 9. Lokasinya strategik dan mudah diakses, sama ada untuk singgah makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.

Restoran ini dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jadi, fleksibel untuk sesi makan santai atau berkumpul lama-lama. Sahara Tent Plaza Shah Alam menyajikan hidangan Arab dan Mediterranean autentik, lengkap dengan suasana makan bertemakan khemah Arab atau Bedouin tent yang cozy dan unik.

Pelbagai pilihan menu ayam dan kambing di Sahara Tent Plaza Shah Alam


Kalau nak makan santai, menikmati nasi Arab dan menu Timur Tengah yang autentik, sambil duduk dalam suasana ala Arab yang nyaman,Sahara Tent memang pilihan yang ok-ok laaa.