Kalau memang suka smartwatch yang cantik tapi dalam masa sama ada fungsi kesihatan yang canggih, berita ni memang exciting. HUAWEI bakal membawa masuk barisan wearable terbaharu mereka ke Malaysia bermula 19 Mei 2026 menerusi kempen “Now Is Your Spark”. Antara produk yang bakal mencuri perhatian ramai ialah HUAWEI WATCH FIT 5, HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition dan juga HUAWEI FreeClip 2 dalam warna Berry Purple.

Gabungan teknologi pintar, rekaan premium dan gaya moden ini menjadikan koleksi terbaru HUAWEI bukan sekadar aksesori biasa, tetapi teman gaya hidup harian yang lebih stylish dan praktikal.



HUAWEI WATCH FIT 5 Series dengan rekaan premium dan pilihan warna baharu di Malaysia


HUAWEI WATCH FIT 5 Tampil Lebih Stylish & Sporty

Menjadi fokus utama kali ini tentunya HUAWEI WATCH FIT 5 yang hadir dengan penampilan lebih segar dan moden. Masih mengekalkan rekaan petak ikonik yang ramai suka, smartwatch ini kini tampil dengan kemasan lebih premium bersama pilihan warna menarik seperti Silver, Purple, Green, White dan Black.

Bagi yang sukakan gaya lebih eksklusif pula, HUAWEI WATCH FIT 5 Pro hadir dengan material premium dan kemasan lebih elegan. Ia didatangkan dalam pilihan warna oren terang yang bold selain hitam dan putih klasik yang nampak minimalis dan mewah untuk dipakai setiap hari.

Menariknya lagi, HUAWEI turut bekerjasama dengan pelakon popular Malaysia, Meerqeen bagi memperlihatkan sisi versatil dan fashionable HUAWEI WATCH FIT 5.



Meerqeen memperagakan HUAWEI WATCH FIT 5 Series di Malaysia


Ciri Kesihatan Pintar Dalam HUAWEI WATCH FIT 5

Bukan sekadar cantik dipakai, HUAWEI WATCH FIT 5 juga hadir dengan pelbagai ciri kesihatan pintar yang membantu pengguna memantau tahap kesihatan dengan lebih mudah.

Versi Pro dilengkapi dengan fungsi seperti amaran A-fib berasaskan pulse wave, ECG yang diperakui CE dan MDA, pengesanan kekerasan arteri serta Diabetes Risk Study yang baru diperkenalkan.

Semua ciri ini membantu pengguna mendapatkan pemantauan kesihatan yang lebih menyeluruh dan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat setiap hari.

Selain itu, HUAWEI WATCH FIT 5 turut memperkenalkan mini-workout watch face baharu yang membolehkan pengguna melakukan senaman ringkas sepanjang hari. Memang sesuai untuk mereka yang busy tapi masih mahu kekal aktif walaupun di tengah rutin harian.

HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition & FreeClip 2 Berry Purple



HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition dengan sentuhan mewah



Selain smartwatch terbaru, HUAWEI turut memperkenalkan HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition yang tampil dengan sentuhan lebih premium dan mewah.

Turut mencuri perhatian ialah HUAWEI FreeClip 2 dalam warna Berry Purple yang nampak stylish dan moden. Rekaan unik ini memang sesuai untuk pengguna yang mahu aksesori teknologi yang lebih fashionable dan menyerlahkan personaliti diri.

HUAWEI FreeClip 2 Berry Purple dengan reka bentuk stylish dan moden


Pra Tempahan HUAWEI WATCH FIT 5 Di Malaysia

Bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan HUAWEI WATCH FIT 5, anda bakal menerima pelbagai hadiah menarik termasuk HUAWEI FreeBuds SE 2, 1-Year APAC Warranty, 3 bulan HUAWEI Health+ Membership, 1 bulan HUAWEI Watch Face Membership serta Early Bird Voucher bernilai sehingga RM150.

Pra-tempahan boleh dibuat melalui HUAWEI Experience Store, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store di Shopee, Lazada dan juga TikTok Shop.

Kalau tengah cari smartwatch baru yang cantik, moden dan penuh dengan ciri kesihatan pintar, HUAWEI WATCH FIT 5 memang antara wearable yang wajib masuk wishlist tahun ini.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini menjelang pelancaran rasmi pada 19 Mei 2026, boleh layari platform rasmi HUAWEI Malaysia.