Bila bercakap tentang pizza, sis pasti ramai yang pernah menikmati Domino's bersama keluarga atau kawan-kawan. Baru-baru ini, Domino's Malaysia memperkenalkan menu baharu mereka iaitu Thick Crunch Pizza dan sis sendiri berpeluang mencuba ketiga-tiga perisa yang ditawarkan bersama keluarga di rumah.

Jujurnya, selepas melihat kempen "Unbox Your Cravings" yang sedang hangat diperkatakan, sis memang tertanya-tanya sama ada pizza ini benar-benar mampu memenuhi setiap cravings seperti yang diiklankan.

Domino's Thick Crunch Pizza Malaysia bersama kempen Unbox Your Cravings



Pizza Sampai Masih Panas Dan Dalam Keadaan Baik

Perkara pertama yang menarik perhatian sis ialah keadaan pizza ketika tiba di rumah.

Ketiga-tiga pizza yang dihantar masih panas dan berada dalam keadaan yang sangat baik. Topping tersusun kemas, keju masih kelihatan meleleh dan yang paling penting, rupa pizza memang hampir sama seperti dalam gambar promosi yang sering kita lihat.

Sebagai seorang yang sering membuat ulasan makanan, sis percaya persembahan makanan memainkan peranan penting dalam pengalaman menikmati sesuatu hidangan. Jadi sis, memang menghargai usaha pasukan Domino's yang memastikan pizza sampai dalam keadaan terbaik.

Apa Yang Istimewa Tentang Domino's Thick Crunch Pizza?

Berbeza dengan pizza biasa, Domino's Thick Crunch Pizza tampil dengan doh yang lebih tebal tetapi masih ringan dan gebu di bahagian dalam.

Apa yang sis suka ialah bahagian bawah pizza yang rangup, manakala bahagian tepi pula mempunyai lapisan keju cheddar yang menghasilkan tekstur crunchy yang sangat memuaskan apabila digigit.

Setiap keping memberikan gabungan tekstur yang menarik... lembut, gebu, cheesy dan rangup dalam satu masa.

Tidak hairanlah mengapa Domino's memilih slogan "Unbox Your Cravings" kerana selepas satu kunyahan memang susah hendak berhenti.

Review Aloha Salsa

Aloha Salsa Thick Crunch Pizza Domino's Malaysia


Antara ketiga-tiga perisa yang saya cuba, Aloha Salsa menawarkan kombinasi rasa yang paling unik.

Gabungan Aloha Chicken, keju mozzarella, sos cheddar dan salsa memberikan rasa yang sedikit manis, berkrim dan segar dalam masa yang sama.

Anak-anak sis juga menyukai perisa ini kerana rasanya tidak terlalu pedas dan mudah diterima oleh semua peringkat umur.

Review Mac & Cheese

Mac and Cheese Thick Crunch Pizza Domino's Malaysia


Jika korang peminat keju, sis rasa Mac & Cheese Thick Crunch Pizza mungkin menjadi pilihan utama.

Setiap gigitan dipenuhi rasa keju yang kaya dan creamy. Makaroni yang digunakan memberikan sedikit kelainan berbanding pizza biasa.

Bagi sis, perisa ini sangat sesuai dinikmati ketika menonton filem atau berkumpul bersama keluarga kerana ia benar-benar memberikan elemen comfort food.

Review Cheesy Pepperoni

Cheesy Pepperoni Thick Crunch Pizza Domino's Malaysia


Untuk peminat pepperoni, sudah tentu Cheesy Pepperoni menjadi pilihan yang sukar untuk ditolak.

Dengan 24 keping beef pepperoni yang melimpah di atas pizza, setiap gigitan terasa cukup memuaskan. Ditambah pula dengan keju mozzarella dan sos cheddar yang creamy, kombinasi ini memang menjadi kegemaran sis dan anak bongsu sis.

Rasa savory daripada pepperoni dipadankan dengan kerak cheddar rangup menjadikan perisa ini antara yang paling cepat habis di meja makan kami.

Perisa Mana Yang Menjadi Pilihan Keluarga?

Kalau ditanya perisa kegemaran keluarga sis, jawapannya agak sukar kerana setiap orang mempunyai pilihan berbeza.

Anak pertama dan kedua  lebih menyukai Aloha Salsa, manakala anak ketiga dan bongsu pula memilih Mac & Cheese  kerana rasa kejunya yang kaya dan tekstur yang sangat memuaskan. 

Bagi sis dan husband sendiri, Cheesy Pepperoni paling menarik sebagai kegemaran.

Namun, satu perkara yang kami semua setuju ialah tekstur Thick Crunch Pizza yang tebal, gebu dan rangup benar-benar memberikan pengalaman yang berbeza berbanding pizza biasa.

Domino's Malaysia kini tampil dengan Thick Crunch Pizza yang tebal, gebu dan rangu

Berbaloi Ke Cuba Domino's Thick Crunch Pizza?

Selepas mencuba sendiri ketiga-tiga perisa ini bersama keluarga, boleh katakan bahawa Domino's Thick Crunch Pizza Malaysia memang berbaloi untuk dicuba, terutamanya bagi mereka yang gemarkan pizza dengan tekstur yang lebih tebal dan penuh dengan keju.

Jika korang sedang mencari menu baharu untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan, Thick Crunch Pizza mungkin boleh dimasukkan dalam senarai pilihan korang.

Kadang-kadang bila cravings datang, memang betul seperti slogan Domino's — "Every craving is a calling. And cravings don't wait."!