Kalau korang penggemar masakan Negeri Sembilan, sis ada satu port makan yang wajib cuba iaitu GhasoPilah di Laman Glenmarie, Shah Alam. Sejujurnya, pertama kali sis datang ke sini sebab diajak oleh kawan untuk makan tengah hari. Tak sangka pula, sekali cuba terus jatuh hati dengan gulai lemak cili api mereka yang memang kaw!
Setakat hari ini, rasanya dah hampir lima kali sis datang makan di sini bersama kawan-kawan. Kalau sesebuah kedai makan berjaya buat kita datang berkali-kali, mestilah ada sesuatu yang istimewa, kan?

Setiap lauk mempunyai rasa tersendiri, namun yang paling mencuri perhatian sis semestinya daging salai masak lemak cili api. Dagingnya lembut, aroma salai memang terasa dan kuahnya pula cukup pekat dengan gabungan santan serta cili api yang memberikan rasa pedas yang menyelerakan.
Waktu operasi mereka juga sesuai untuk makan tengah hari iaitu bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari kecuali Sabtu.
Biasanya waktu tengah hari memang agak meriah dengan pelanggan yang datang untuk menikmati hidangan masakan kampung dan gulai lemak cili api.
Kalau korang bekerja di Shah Alam, Glenmarie, Subang Jaya atau kawasan sekitar, memang berbaloi singgah untuk lunch di sini.
✔️ Gulai lemak cili api yang pekat dan sedap
✔️ Pilihan lauk kampung yang banyak termasuk ulam-ulaman serta sambal gesek fav sis
✔️ Daging salai dan itik salai yang padu (yang itik ni member sis kata.. sebabnya sis tak makan itik)
✔️ Sesuai untuk makan tengah hari bersama keluarga dan rakan-rakan
✔️ Rasa masakan yang konsisten setiap kali datang
Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 4.00 petang
Hari Operasi: Ahad hingga Jumaat
Tutup: Setiap Sabtu
Daripada daging salai, itik salai, siput sedut hinggalah pelbagai lauk kampung tradisional, semuanya cukup membuka selera. Bagi sis, selepas lima kali datang makan di sini, memang boleh kata GhasoPilah antara port lunch kegemaran yang wajib repeat lagi!
Setakat hari ini, rasanya dah hampir lima kali sis datang makan di sini bersama kawan-kawan. Kalau sesebuah kedai makan berjaya buat kita datang berkali-kali, mestilah ada sesuatu yang istimewa, kan?

GhasoPilah Sajikan Masakan Negeri Sembilan Asli
Bagi yang sukakan masakan Nogori Sembilan, GhasoPilah memang antara tempat makan yang boleh dimasukkan dalam senarai wajib cuba.
Apa yang membuatkan sis suka ialah pilihan lauk yang pelbagai setiap hari. Kebanyakannya merupakan hidangan tradisional Negeri Sembilan yang dimasak menggunakan resipi turun-temurun dengan rasa lemak, pedas dan cukup menyelerakan.
Antara lauk popular yang sering menjadi pilihan pelanggan termasuk:

- Daging salai masak lemak cili api
- Itik salai masak lemak
- Ikan keli salai
- Siput sedut masak lemak
- Gulai jenahak
- Gulai telur itik bersama pegaga
- Gulai pucuk ubi
- Gulai jantung pisang
- Gulai rebung dan perut
- Sambal tumis udang
- Urap kacang botol
- Sambal gesek
- Gulai pisang muda
![]() |
| Peminat siput sedut wajib cuba ye... sedap katanya! |
Daging Salai dan Itik Salai Memang Padu
Kalau pertama kali datang ke GhasoPilah, sis memang cadangkan korang cuba daging salai atau itik salai terlebih dahulu.
Kedua-dua lauk ini merupakan antara signature yang sering menjadi pilihan pelanggan. Rasa salai yang meresap ke dalam isi daging dan itik menjadikan gulai lemak cili api mereka lebih beraroma dan berbeza daripada tempat lain.
Bagi penggemar masakan kampung pula, pilihan seperti siput sedut masak lemak, gulai pucuk ubi dan gulai rebung perut pasti mengimbau rasa masakan tradisional yang semakin sukar ditemui.

| Thanks to my kawan mek Reen (kiri) yang kenalkan tempat ni =\ |
Port Lunch Best Di Shah Alam
Salah satu sebab sis kerap datang ke sini ialah lokasinya yang mudah diakses di kawasan Laman Glenmarie, Shah Alam.Waktu operasi mereka juga sesuai untuk makan tengah hari iaitu bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari kecuali Sabtu.
Biasanya waktu tengah hari memang agak meriah dengan pelanggan yang datang untuk menikmati hidangan masakan kampung dan gulai lemak cili api.
Kalau korang bekerja di Shah Alam, Glenmarie, Subang Jaya atau kawasan sekitar, memang berbaloi singgah untuk lunch di sini.
![]() |
| Dapat makan telur masin, sambal gesek, ulam-ulaman dan nasi panas bubuh kicap manis pun ngam sangat! |
Kenapa Sis Suka Makan Di GhasoPilah?
Antara sebab yang membuatkan sis sanggup repeat berkali-kali:✔️ Gulai lemak cili api yang pekat dan sedap
✔️ Pilihan lauk kampung yang banyak termasuk ulam-ulaman serta sambal gesek fav sis
✔️ Daging salai dan itik salai yang padu (yang itik ni member sis kata.. sebabnya sis tak makan itik)
✔️ Sesuai untuk makan tengah hari bersama keluarga dan rakan-rakan
✔️ Rasa masakan yang konsisten setiap kali datang
Maklumat GhasoPilah Shah Alam
Alamat: Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam, SelangorWaktu Operasi: 11.00 pagi hingga 4.00 petang
Hari Operasi: Ahad hingga Jumaat
Tutup: Setiap Sabtu
Jom ke GhasoPilah Shah Alam!
Jika korang sedang mencari tempat makan masakan Negeri Sembilan di Shah Alam yang menyajikan gulai lemak cili api asli, GhasoPilah memang antara lokasi yang patut dicuba.Daripada daging salai, itik salai, siput sedut hinggalah pelbagai lauk kampung tradisional, semuanya cukup membuka selera. Bagi sis, selepas lima kali datang makan di sini, memang boleh kata GhasoPilah antara port lunch kegemaran yang wajib repeat lagi!

0 Ulasan