Huawei Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan barisan peranti pintar terbaharu mereka yang merangkumi HUAWEI MatePad Pro Max, HUAWEI nova 15 Max, HUAWEI WATCH KIDS X1 Series dan HUAWEI WATCH GT Runner 2 Racing Legend Edition.
Pelancaran ini mengukuhkan lagi visi Huawei dalam membangunkan ekosistem peranti pintar yang lebih berhubung, sekaligus menyokong produktiviti, kreativiti, hiburan dan gaya hidup aktif pengguna dalam satu platform yang lebih menyeluruh.
.jpeg)
Untuk pengguna aktif, HUAWEI WATCH GT Runner 2 Racing Legend Edition menawarkan pengalaman latihan yang lebih berstruktur dan berasaskan data.
Antara ciri utama termasuk:
Pelancaran ini mengukuhkan lagi visi Huawei dalam membangunkan ekosistem peranti pintar yang lebih berhubung, sekaligus menyokong produktiviti, kreativiti, hiburan dan gaya hidup aktif pengguna dalam satu platform yang lebih menyeluruh.
.jpeg)
HUAWEI MatePad Pro Max Tampilkan Reka Bentuk Ultra Nipis dan Prestasi Flagship
Antara tarikan utama pelancaran ini ialah HUAWEI MatePad Pro Max, sebuah tablet flagship ultra nipis yang direka untuk mentakrifkan semula pengalaman produktiviti dan kreativiti mudah alih.
Dibangunkan menggunakan Cloud Falcon Architecture, peranti ini hanya seberat 509 gram dan setebal 4.7mm, menjadikannya antara tablet paling ringan dan nipis dalam kelasnya.
Reka bentuk ini memberi penekanan kepada mobiliti tanpa mengorbankan prestasi, sesuai untuk pengguna profesional, pelajar mahupun pencipta kandungan.
Paparan 13.2-Inci 3K Flexible OLED PaperMatte
HUAWEI MatePad Pro Max dilengkapi dengan paparan 13.2 inci 3K Flexible OLED PaperMatte Display yang menawarkan pengalaman visual lebih imersif.Dengan nisbah skrin-ke-badan sehingga 94%, pengguna dapat menikmati paparan skrin penuh yang lebih luas dan selesa.
Teknologi PaperMatte turut membantu mengurangkan silau melalui proses ukiran nano pada skrin, sekali gus memberikan tahap kejelasan yang lebih baik serta keselesaan mata untuk penggunaan jangka panjang.
Produktiviti Setaraf PC dengan Sokongan AI WPS Office
Dari segi produktiviti, MatePad Pro Max menyokong AI-powered PC-level WPS Office yang membolehkan pengalaman kerja lebih lancar dan efisien.Peranti ini turut menyokong fungsi multitasking, penyuntingan dokumen serta kolaborasi dalam talian dengan lebih baik.
Apabila digabungkan dengan HUAWEI Glide Keyboard dan HUAWEI M-Pencil Pro, tablet ini berfungsi seperti sebuah stesen kerja mudah alih yang lengkap.
Harga dan Tawaran HUAWEI MatePad Pro Max di Malaysia
HUAWEI MatePad Pro Max kini dibuka untuk pra-tempahan pada harga bermula RM5,999 melalui HUAWEI Official Store.Setiap pembelian turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM3,154, termasuk:
- HUAWEI M-Pencil Pro
- HUAWEI Mouse
- WPS AI
- HUAWEI Notes
- Waranti APAC 1 tahun
- Perlindungan PaperMatte Display Care (2 kali dalam 1 tahun)
HUAWEI nova 15 Max Tawar Bateri Besar dan Prestasi Stabil
Selain tablet, Huawei turut memperkenalkan HUAWEI nova 15 Max, sebuah telefon pintar yang direka untuk kegunaan harian dengan gabungan prestasi dan gaya.Peranti ini dikuasakan oleh bateri 8,500mAh serta cipset Kirin 8000 Series, yang menawarkan penggunaan lebih lama serta prestasi yang stabil untuk kerja dan hiburan.
Skrin 6.84 inci OLED Eye Comfort 120Hz pula memberikan pengalaman visual yang lebih lancar dengan kecerahan sehingga 4,000 nits.
Dari segi kamera, peranti ini dilengkapi 50MP RYYB Ultra-Clear Camera untuk hasil imej yang lebih jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan.
Harga jualan bermula RM1,699 dengan tawaran hadiah percuma bernilai sehingga RM827.
HUAWEI WATCH KIDS X1 Series Untuk Keluarga dan Kanak-Kanak
Huawei turut memasuki segmen keluarga melalui HUAWEI WATCH KIDS X1 Series, yang direka untuk menghubungkan ibu bapa dan anak-anak melalui ciri komunikasi serta keselamatan.
Peranti ini dilengkapi:
Peranti ini dilengkapi:
- Paparan AMOLED 1.82 inci
- Kamera HD hadapan dan belakang
- Reka bentuk boleh tanggal dan berputar
- Fungsi lokasi masa nyata
Ia ditawarkan dalam dua varian:
WATCH KIDS X1 Pro (RM1,599)
WATCH KIDS X1 (RM999)
WATCH KIDS X1 (RM999)
HUAWEI WATCH GT Runner 2 Racing Legend Edition
Antara ciri utama termasuk:
- Running Ability Index (RAI)
- Training Camp Dashboard
- Reka bentuk ringan untuk larian jarak jauh
Jam tangan ini dijual pada harga RM1,499 bersama hadiah percuma seperti strap, waranti APAC dan langganan HUAWEI Health+.
Pelancaran HUAWEI MatePad Pro Max bersama rangkaian peranti lain ini menunjukkan usaha berterusan Huawei dalam membangunkan ekosistem peranti pintar yang lebih menyeluruh.
Daripada produktiviti, hiburan, keluarga hingga kecergasan, Huawei terus menawarkan penyelesaian teknologi yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna moden.
Daripada produktiviti, hiburan, keluarga hingga kecergasan, Huawei terus menawarkan penyelesaian teknologi yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna moden.
.jpeg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
0 Ulasan