Kalau korang sedang mencari cafe best di Sunway Pyramid yang bukan sahaja cantik untuk bergambar, tetapi juga menawarkan pilihan makanan yang pelbagai dan suasana yang tenang. Sis kongsikan serba sikit pengalaman makan-makan di Pokok Sunway Pyramid kali ini.

Sebenarnya ini bukan kali pertama sis ke Pokok. Sebelum ini, sis pernah datang dua kali ke sini semasa event Guardian yang diadakan di Pokok Sunway Pyramid. Waktu itu memang suasana agak berbeza sebab lebih kepada event dan sibuk dengan aktiviti. Jadi jujurnya, tak sempat sangat nak betul-betul menikmati suasana kafe ini.

Tapi kali ini lain.

Sis datang sendiri ke Pokok Sunway Pyramid di Sunway Oasis Terrace tanpa sebarang event, tanpa rush masa. Dan barulah sis rasa pengalaman sebenar berada di sini. Lebih tenang, lebih santai dan lebih “feel” dia sebagai sebuah kafe yang memang cantik dari setiap sudut.

uasana dalaman Pokok Sunway Pyramid dengan dekorasi moden dan ruang makan yang luas.

Pokok Sunway Pyramid, Outlet Flagship yang Sangat Unik

Pokok Sunway Pyramid boleh dikatakan antara outlet paling istimewa mereka kerana ini merupakan cawangan tiga tingkat pertama Pokok. Dari luar lagi dah boleh nampak konsepnya yang moden dengan sentuhan hijau yang sangat menenangkan.

Bila masuk sahaja, terus nampak suasana yang berbeza daripada kebanyakan kafe di Sunway Pyramid. Ruangannya luas, pencahayaan lembut dan setiap tingkat ada vibe tersendiri. Ada juga ruang bakery terbuka di mana pastri dibuat segar setiap hari... yang ini memang buatkan aroma dalam kafe jadi lagi sedap dan “warm”.

Salah satu yang paling menarik perhatian sis ialah bahagian fountain di tingkat dua. Ramai pengunjung akan berhenti di sini untuk bergambar sebab memang cantik, macam hidden aesthetic corner dalam kafe.

Tak hairanlah Pokok Sunway Pyramid ini cepat jadi antara tempat makan viral di Sunway Pyramid sejak dibuka.

Anie Mohamed dan kawan-kawan bloggers menikmati makanan di Pokok Sunway Pyramid sempena event Guardian
Antara momen ketika event Guardian di Pokok Sunway Pyramid

Suasana Yang Buat Rasa Nak Duduk Lama

Apa yang sis paling suka tentang Pokok Sunway Pyramid ialah suasananya.

Walaupun terletak di kawasan Sunway yang sentiasa sibuk, bila masuk ke dalam kafe ini.... rasa dia terus berubah. Tenang, hijau dan sangat cozy. Macam masuk satu ruang yang slow down kan masa sekejap.

Setiap sudut pun memang cantik. Ada yang datang untuk brunch, ada yang datang untuk kerja sambil minum kopi dan ada juga yang sekadar lepak lama-lama dengan kawan atau keluarga.

Sis sendiri boleh faham kenapa ramai orang sanggup duduk lama di sini. Suasana dia memang “menjadi”.

Nasi Lemak Platter Ayam Berempah di Pokok Sunway Pyramid disajikan dengan sambal, telur rebus dan pelengkap tradisional.
Menu tempatan yang menjadi pilihan ramai 

Pengalaman Makan di Pokok Sunway Pyramid

Bila duduk dan buka menu, jujur sis cakap memang rambang mata.

Pilihan makanan dia bukan biasa-biasa. Gabungan Western dan Asian fusion buatkan semua orang boleh cari menu ikut selera masing-masing.

Untuk brunch, Pokok memang terkenal dengan hidangan seperti Big Breakfast mereka yang nampak sangat lengkap dan mengenyangkan. Ada juga pilihan seperti Lamb Shank Benedict dan Smoked Salmon Benedict yang memang sesuai kalau nak sarapan lewat atau brunch santai.

Sis perasan juga menu yang lebih lokal seperti Nasi Lemak Bomb dan Nasi Lemak Ayam Berempah memang selalu jadi pilihan pelanggan. Menariknya, walaupun konsep kafe moden, mereka tetap ada sentuhan rasa tempatan yang buatkan menu ini dekat dengan lidah Malaysia.

Yang paling penting, semua hidangan datang dengan presentation yang cantik. Setiap pinggan memang nampak “Instagram-worthy”... tapi bukan sekadar cantik... rasa pun memang balance.


Chili Padi Pesto Pasta di Pokok Sunway Pyramid dengan pilihan tahap kepedasan Mild, Spicy atau Pedas Giler.
Nikmati Chili Padi Pesto Pasta mengikut tahap kepedasan pilihan masing-masing

Menu Western & Mains Yang Mengenyangkan

Selain brunch, Pokok Sunway Pyramid juga ada banyak pilihan menu berat untuk lunch atau dinner.

Sis tengok sendiri menu seperti steak, lamb shank, grilled salmon, burger dan fish & chips semuanya nampak menyelerakan. Ada satu bahagian yang memang buat orang susah nak pilih sebab semuanya nampak sedap.

Kalau datang dengan family atau kawan-kawan, memang sesuai sebab boleh share banyak jenis makanan sekaligus.

Bakery Special Brioche French Toast di Pokok Sunway Pyramid disajikan dengan fresh strawberries dan cream
Antara dessert pilihan di Pokok Sunway Pyramid


Pastri & Dessert Yang Wajib Cuba

Satu lagi benda yang buat Pokok Sunway Pyramid menarik ialah mereka ada live bakery sendiri.

Bila lalu kawasan pastri, memang bau dia terus tarik perhatian. Kek dan pastri dibuat fresh setiap hari, jadi memang rasa dia lain daripada kafe biasa.

Sis perasan ramai juga yang order dessert selepas makan utama. Antara yang selalu disebut ialah matcha lava cake, brownies dan brioche french toast. Memang sesuai kalau nak lepak lama sambil minum kopi atau matcha.
Orange Juice dan Coffee Down Under antara minuman di Pokok Sunway Pyramid cafe Sunway Oasis Terrace
Pilihan minuman segar dan kopi di Pokok Sunway Pyramid

Minuman Yang Cantik & Kreatif

Selain makanan, minuman di Pokok Sunway Pyramid juga antara yang buat ramai orang tertarik.

Daripada kopi seperti latte dan cappuccino sehinggalah minuman signature seperti pink latte dan matcha cloud, semuanya nampak kreatif dan cantik bila sampai di meja.

Sis sendiri suka tengok presentation minuman mereka sebab memang “aesthetic café vibes” sangat.

Pengalaman Peribadi Sis di Pokok Sunway Pyramid

Kalau nak dibandingkan dengan dua kali sis datang sebelum ini (waktu event Guardian), pengalaman kali ini memang jauh lebih lengkap.

Bila datang tanpa event, sis dapat benar-benar rasa suasana Pokok Sunway Pyramid ini dengan lebih jelas. Boleh duduk lama, boleh explore setiap tingkat dan paling penting boleh menikmati makanan tanpa tergesa-gesa.

Bagi sis, Pokok bukan sekadar kafe untuk makan. Ia lebih kepada tempat untuk “slow down”, lepak dan habiskan masa dengan orang tersayang dalam suasana yang cantik dan tenang.

Wajib Cuba Kalau Dah Sampai di Sunway Pyramid

Secara jujurnya, kalau korang sedang mencari cafe di Sunway Pyramid yang cantik, luas dan sesuai untuk brunch atau dinner, Pokok Sunway Pyramid memang antara pilihan yang sangat berbaloi.

Sama ada datang untuk brunch, minum kopi, makan malam atau sekadar lepak, tempat ini memang sesuai untuk semua situasi.

Selepas beberapa kali pengalaman di sini, sis boleh katakan Pokok Sunway Pyramid memang antara kafe yang akan buat kita rasa nak datang lagi!


📍 Pokok Sunway Pyramid
Sunway Oasis Terrace, Sunway Pyramid
🕙 10.00 pagi – 10.00 malam setiap hari


Jika korang sedang mencari cafe best di Sunway Pyramid untuk brunch, western food, dessert dan tempat lepak cantik, Pokok Sunway Pyramid memang antara pilihan paling popular di Sunway Oasis Terrace. Kalau korang pun pernah datang ke sini juga, sis nak tahu menu apa yang paling korang suka di Pokok Sunway Pyramid. Mana tahu boleh jadi cadangan untuk kunjungan sis yang seterusnya. Share tau!!