Bila hujung minggu dan teringin sarapan pagi yang santai, antara tempat yang kadang-kadang sis singgah ialah Roti Kitab Shah Alam. Sebelum ini sis pernah beberapa kali ke cawangan Tasik Seksyen 7 Shah Alam dan baru-baru ini pula mencuba suasana di Anjung 7 Shah Alam.

Secara jujurnya, kedua-dua lokasi ini ada tarikan tersendiri. Tapi kalau nak ikut pengalaman sis, sis lebih selesa di cawangan Anjung 7 kerana ruangnya lebih luas, lebih lapang dan lebih selesa untuk menikmati sarapan tanpa rasa terlalu sesak.


Roti Kitab Anjung 7 Shah Alam menawarkan lebih 150 pilihan menu sarapan pagi

Suasana Berbeza di Tasik Seksyen 7 & Anjung 7 Shah Alam

Kalau di Roti Kitab Tasik Seksyen 7 Shah Alam, suasananya memang cantik dan tenang dengan pemandangan tasik. Memang sesuai kalau nak “healing” sambil sarapan pagi.

Tapi pada hujung minggu, kawasan ini biasanya agak meriah. Ramai yang datang berjoging atau brisk walk di sekitar tasik, kemudian terus singgah sarapan bersama keluarga atau rakan-rakan. Jadi suasana boleh jadi agak padat terutama waktu puncak.

Berbeza pula dengan Roti Kitab Anjung 7 Shah Alam, suasananya lebih luas dan selesa. Bagi sis, ini lebih sesuai kalau nak duduk lama sambil menikmati makanan dengan tenang.

Pelbagai pilihan packed food di Roti Kitab Shah Alam
Selain menu sarapan terdapat juga pelbagai makanan siap bungkus untuk dibawa pulang

Lebih 150 Pilihan Menu Sarapan Pagi

Apa yang menarik tentang Roti Kitab Shah Alam ialah pilihan menu sarapan paginya yang sangat banyak... lebih kurang dalam 150 jenis hidangan.

Di sini bukan sahaja ada makanan tradisional Pantai Timur, tetapi juga pelbagai pilihan lain yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Nasi Dagang antara menu sarapan popular di Roti Kitab Shah Alam
Nasi Dagang merupakan antara menu pilihan sis setiap kali berkunjung ke sini


Nasi Dagang Jadi Pilihan Sis

Setiap kali datang ke sini, menu wajib sis ialah Nasi Dagang. Rasa dia memang kena dengan selera dan antara menu yang sis akan cari dulu bila sampai.

Selain itu, memang rambang mata tengok pelbagai jenis kuih-muih tradisional yang disusun. Dari kuih lama sampai ke variasi moden, semuanya ada. Nak pilih satu memang susah, akhirnya lebih dari satu juga yang diambil!

Antara pilihan makanan siap bungkus di Roti Kitab Shah Alam ialah
Spaghetti Carbonara dan Spaghetti Bolognese yang sesuai untuk sarapan atau grab & go

Packed Food Pun Banyak Pilihan

Satu lagi yang sis perasan, Roti Kitab juga ada banyak pilihan - makanan siap bungkus (packed food) yang memudahkan pelanggan. Antara yang ada Spaghetti Carbonara,Meatballs, Nasi Lemak, Mee Goreng, pelbagai jenis kuih-muih dan banyak lagi pilihan sarapan lain Sangat sesuai untuk yang nak grab & go atau nak bungkus bawa balik.

Roti Kitab Shah Alam Sesuai Untuk Sarapan Santai

Secara keseluruhan, Roti Kitab Shah Alam memang antara tempat sarapan yang berbaloi untuk dicuba kalau berada di sekitar Shah Alam.

Sama ada di Anjung 7 atau Tasik Seksyen 7, kedua-duanya menawarkan pengalaman berbeza. Satu lebih santai dengan suasana tasik, satu lagi lebih luas dan selesa.

Bagi sis, kombinasi pelbagai menu termasuk kuih-muih dan suasana pagi yang santai memang membuatkan tempat ini sesuai untuk datang lebih dari sekali.

📍 Roti Kitab Anjung 7 Shah Alam
📍 Roti Kitab Tasik Seksyen 7 Shah Alam
⏰ 7.30 pagi – 12.00 tengah hari (setiap hari)