Kalau korang jenis yang suka buat kerja, tengok movie, edit content atau belajar menggunakan tablet, mesti tahu bahawa tablet sekarang bukan lagi sekadar untuk scroll media sosial.
Ada yang sudah boleh buat kerja macam PC, ada yang datang dengan keyboard dan stylus, malah sekarang fungsi AIpun semakin menjadi sebahagian daripada pengalaman menggunakan tablet.


HUAWEI MatePad Air Malaysia dengan reka bentuk ultra-thin


Terbaharu, HUAWEI MatePad Air rasmi dilancarkan di Malaysia dengan harga RM3,999. Menariknya, tablet ini bukan sahaja hadir dengan reka bentuk yang sangat nipis dan ringan, tetapi turut membawa beberapa ciri AI yang direka untuk membantu kerja, pembelajaran dan kreativiti harian.

HUAWEI MatePad Air – Nipis, Ringan dan Senang Dibawa

Perkara pertama yang menarik perhatian saya tentang HUAWEI MatePad Air ialah reka bentuknya.

Dengan ketebalan hanya 5.3mm dan berat sekitar 509g, tablet ini memang direka untuk mereka yang banyak bergerak.

Nak bawa ke pejabat, kafe, mesyuarat atau sekadar duduk di ruang tamu sambil buat kerja pun lebih mudah kerana saiz dan beratnya tidak terlalu membebankan.

HUAWEI MatePad Air hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Airy Blue, White dan Sakura Pink.

Bagi yang suka gadget dengan penampilan minimalis tetapi masih ada sedikit warna dan gaya, pilihan ini memang nampak menarik.


Kerja Lebih Mudah Dengan WPS AI

Bagi sis, antara ciri yang menarik pada HUAWEI MatePad Air ialah keupayaan AI yang dibawanya.

Tablet ini hadir dengan PC-level WPS Office yang kini dipertingkatkan dengan WPS AI.

Apa yang boleh dibuat? 

WPS AI boleh membantu menghasilkan presentation slides, membuat draf dokumen, memperkemas penulisan, meringkaskan PDF yang panjang dan menganalisis spreadsheet.

Maksudnya, kalau ada dokumen yang panjang atau perlu siapkan bahan presentation dengan cepat, beberapa tugasan boleh dibantu menggunakan AI.

Bagi mereka yang banyak buat kerja pejabat, menulis, menyediakan presentation atau mengurus dokumen, fungsi seperti ini memang boleh menjimatkan masa.


HUAWEI Notes Untuk Kuliah, Mesyuarat dan Nota Harian

Selain WPS AI, HUAWEI Notes juga dipertingkatkan dengan beberapa fungsi AI.

Contohnya, AI Speech-to-Text boleh merakam dan mentranskripsikan kuliah, mesyuarat serta perbincangan.

Jadi, daripada sibuk mencatat setiap perkara yang disebut, pengguna boleh memberi lebih perhatian kepada perbincangan dan kemudian menyemak semula transkrip apabila diperlukan.

Ada juga fungsi AI Handwriting Enhancement yang membantu menjadikan tulisan tangan lebih jelas dan mudah dibaca.

Kalau selalu menggunakan tablet untuk mengambil nota, fungsi ini memang nampak praktikal.

Pengguna juga boleh membuat anotasi serta menambah catatan pada PDF Files.

Bagi pelajar pula, terdapat AI Tutor yang menawarkan penerangan langkah demi langkah untuk subjek seperti kimia, ekonomi, biologi dan fizik.


Skrin 12-inci Yang Cantik Dengan OLED PaperMatte Display

Dari segi paparan pula, HUAWEI MatePad Air menggunakan 12-inch 2.8K Ultra-Clear OLED PaperMatte Display.

Ia hadir dengan 92% screen-to-body ratio serta bezel ultra-nipis berukuran 4.69mm.

Reka bentuk notch-free FullView pula memberikan ruang paparan yang lebih luas dan pengalaman menonton yang lebih immersive.

Untuk kecerahan, skrin ini menawarkan sehingga 1,200 nits peak brightness, jadi visual kelihatan lebih terang dan terperinci.

Satu lagi ciri yang menarik ialah kemasan PaperMatte yang membantu mengurangkan glare dan reflection.

Jadi, pengalaman melihat skrin terasa lebih selesa dan mempunyai rasa seakan melihat permukaan kertas.


HUAWEI M-Pencil Pro Untuk Menulis dan Melukis

Kalau korang suka menulis nota, melukis atau membuat kerja kreatif menggunakan tablet, HUAWEI M-Pencil Propula boleh menjadi pelengkap kepada MatePad Air.

Stylus ini menyokong gesture seperti pinch, press dan rotate, membolehkan pengguna mengawal kandungan dengan lebih intuitif.

Dengan sehingga 16,384 pressure sensing levels, pengalaman menulis dan melukis menjadi lebih tepat serta responsif.

Ada juga fungsi Swipe to Turn Pages yang memudahkan pengguna menukar halaman dokumen atau presentation.

Untuk presentation pula, fungsi Air Mouse membolehkan pengguna mengawal slides dari jauh.

Memang terasa lebih praktikal kalau tablet ini digunakan untuk kerja dan presentation, bukan sekadar hiburan.


Prestasi Untuk Multitasking

Walaupun reka bentuknya nipis, HUAWEI MatePad Air tetap membawa kuasa yang diperlukan untuk penggunaan harian.

Tablet ini dikuasakan oleh Kirin T93C octa-core chip dan menyokong sehingga 8GB virtual memory untuk pengalaman multitasking yang lebih lancar.

Bateri pula mempunyai kapasiti 10,100mAh dan disokong oleh 66 W HUAWEI SuperCharge.

Jadi, dari pagi buat kerja, sambung meeting, ambil nota, edit atau menonton kandungan, tablet ini memang direka untuk menemani penggunaan sepanjang hari.


Harga HUAWEI MatePad Air Malaysia RM3,999

Untuk korang yang sedang mencari HUAWEI MatePad Air Malaysia, tablet ini rasmi ditawarkan pada harga RM3,999.

Menariknya, sempena pelancaran, pelanggan boleh menikmati launch benefits bernilai sehingga RM4,503.

Antara yang disertakan ialah:
  • RM500 rebate
  • HUAWEI Smart Magnetic Keyboard
  • HUAWEI M-Pencil Pro
  • HUAWEI Wireless Mouse
  • AI-Powered WPS Office dengan 1-year WPS AI Subscription
  • AI-Powered HUAWEI Notes
  • HUAWEI Premium Service

Dengan adanya keyboard, M-Pencil Pro dan wireless mouse, pengalaman menggunakan MatePad Air memang boleh dibawa lebih dekat kepada pengalaman bekerja menggunakan PC.


Paparan 12-inci 2.8K OLED PaperMatte memberikan pengalaman visual yang lebih jelas dan selesa.

Sesuai Untuk Siapa?

Pada sis, HUAWEI MatePad Air 2026 ini menarik untuk beberapa jenis pengguna.

Kalau korang bekerja dan perlukan peranti yang ringan untuk dibawa ke mana-mana, tablet ini boleh menjadi pilihan.

Pelajar juga boleh memanfaatkan fungsi HUAWEI Notes, AI Speech-to-Text dan AI Tutor untuk pembelajaran.

Bagi content creator atau mereka yang suka membuat kerja kreatif pula, kombinasi skrin OLED, M-Pencil Pro dan reka bentuk ultra-thin memberikan lebih banyak fleksibiliti.

Dan kalau sekadar mahu tablet untuk entertainment, skrin 12-inci 2.8K OLED PaperMatte tentunya memberikan pengalaman yang lebih menarik.


HUAWEI MatePad Air – Tablet Untuk Gaya Hidup Moden

Selain itu, bagi sis...  perkara yang paling menarik tentang HUAWEI MatePad Air bukan sekadar reka bentuknya yang nipis.

Gabungan AI, WPS Office, HUAWEI Notes, OLED PaperMatte Display, M-Pencil Pro, keyboard dan wireless mouse menjadikan tablet ini lebih daripada sekadar peranti untuk menonton video atau melayari internet.

Ia cuba menawarkan pengalaman yang lebih lengkap untuk bekerja, belajar, berkarya dan menikmati hiburan dalam satu peranti.

Dengan harga RM3,999, HUAWEI MatePad Air kini rasmi tersedia di Malaysia dan boleh didapati di HUAWEI Experience Stores serta saluran rasmi dalam talian HUAWEI.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, korang boleh layari HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada atau HUAWEI Official TikTok Shop.

Untuk perkembangan terkini daripada HUAWEI, boleh juga ikuti Facebook HUAWEI Malaysia dan Instagram HUAWEI Malaysia.

So, kalau korang sedang mencari tablet HUAWEI terbaru yang nipis, ringan dan pada masa sama menawarkan fungsi AI untuk membantu kerja serta pembelajaran, HUAWEI MatePad Air memang antara model yang menarik untuk diberi perhatian.