Orang ketiga dalam rumahtangga... apabila mendengar kisah seperti ini, hati sis memang tertanya-tanya. Mengapa seseorang yang sudah mempunyai pasangan, anak-anak dan kehidupan yang dibina bertahun-tahun masih sanggup membuka ruang untuk orang lain hadir dalam hidupnya?
Lebih-lebih lagi apabila perkara itu berlaku dalam perkahwinan yang sudah lama dibina. Bukan setahun dua, tetapi sudah 20 atau 30 tahun hidup bersama. Sudah melalui pelbagai fasa kehidupan, susah senang, membesarkan anak-anak dan mengumpul kenangan bersama.
Tetapi akhirnya, kehadiran seseorang yang lain pula menjadi punca hubungan mula retak.
Entahlah... kadang-kadang sis sendiri tidak faham. Apa sebenarnya yang dicari?
Adakah sudah tidak bahagia dengan pasangan? Adakah sudah bosan dengan kehidupan rumah tangga? Atau mungkin kerana terlalu seronok apabila ada orang lain memberikan perhatian yang selama ini dianggap biasa?
Apa pun alasannya, satu perkara yang pasti, kecurangan boleh meninggalkan luka yang sangat dalam kepada orang yang dikhianati.
Mungkin sekadar berkawan, berbual tentang kerja, bertanya khabar atau berkongsi cerita. Pada mulanya nampak biasa sahaja. Tidak ada apa-apa yang mencurigakan.
Lama-kelamaan, perbualan menjadi semakin kerap. Mula berkongsi masalah peribadi, bercerita tentang kehidupan dan akhirnya ada perasaan yang mula tumbuh.
Daripada sekadar kawan, bertukar menjadi seseorang yang dinanti-nantikan mesejnya.
Di sinilah sebenarnya seseorang perlu tahu menjaga batas.
Bukan semua persahabatan antara lelaki dan wanita yang sudah berkahwin itu salah. Tetapi apabila hubungan mula melibatkan rahsia, perhatian istimewa dan perasaan yang disembunyikan daripada pasangan sendiri, bukankah itu sudah menunjukkan sesuatu yang tidak kena?
Kadang-kadang kita terlalu mudah memberikan alasan.
"Kita orang kawan jer."
"Tak ada apa-apa pun."
"Dia cuma tempat untuk bercerita."
Tetapi kalau benar tiada apa-apa, mengapa perlu berahsia? Mengapa perlu memadam mesej? Mengapa perlu menyembunyikan pertemuan?
Mungkin ada perkara yang nampak kecil pada awalnya, tetapi boleh membawa kepada kerosakan yang jauh lebih besar.
Apabila berlaku kecurangan, selalunya orang ketiga akan menjadi perhatian. Ada yang marah, kecewa dan menyalahkan wanita atau lelaki yang hadir dalam hubungan tersebut.
Tetapi bagaimana pula dengan pasangan yang sudah mempunyai ikatan perkahwinan?
Bukankah dia juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kesetiaan?
Kalau kedua-duanya tahu seseorang itu sudah berkahwin, tetapi masih memilih untuk melayan perasaan, berjumpa secara sembunyi dan meneruskan hubungan yang melampaui batas, bukankah kedua-duanya mempunyai tanggungjawab terhadap pilihan masing-masing?
Sis tidak rasa adil apabila kesalahan hanya diletakkan pada orang ketiga, sedangkan pasangan sendiri juga membuat keputusan untuk membuka ruang.
Orang lain mungkin datang menggoda, tetapi kita masih mempunyai pilihan untuk menolak.
Begitu juga sebaliknya. Kalau kita tahu seseorang sudah mempunyai pasangan, mengapa perlu sengaja masuk ke dalam hubungan yang boleh melukakan hati orang lain?
Kadang-kadang, kita terlalu mengikut perasaan sehingga terlupa bahawa ada hati yang sedang kita pertaruhkan.
Apabila seseorang sudah berkahwin, bukankah sepatutnya dia tahu tanggungjawab dan batas dalam perhubungan?
Sudah tentu kehidupan rumah tangga tidak sentiasa indah. Ada masa pasangan sibuk, kurang memberikan perhatian, penat dengan kerja atau mungkin tidak lagi seromantik ketika mula-mula bercinta.
Tetapi adakah semua itu alasan untuk mencari perhatian daripada orang lain?
Kalau ada masalah dengan pasangan, mengapa tidak berbincang? Kalau rasa hubungan semakin hambar, mengapa tidak cuba menghidupkan semula kemesraan yang pernah ada?
Mungkin lebih mudah untuk mendapatkan perhatian baharu daripada berusaha memperbaiki hubungan yang sudah lama terbina.
Orang baharu mungkin nampak lebih menarik kerana kita belum mengenali sepenuhnya perangainya. Belum berkongsi bil, belum menguruskan anak yang demam tengah malam dan belum melalui tekanan kehidupan seharian bersama.
Hahaha... kalau setakat berbual manis dan bertanya khabar, memang semuanya nampak indah!
Tetapi kehidupan sebenar bukan sekadar mesej manis dan janji-janji yang sedap didengar.
Sebab itulah sis rasa, jangan terlalu mudah menganggap perhatian daripada orang lain sebagai sesuatu yang lebih istimewa daripada kasih sayang pasangan yang sudah bertahun-tahun bersama kita.
Kalau sudah tidak bahagia dalam perkahwinan, berbincanglah. Kalau hubungan sudah terlalu sukar untuk diperbaiki, carilah jalan penyelesaian dengan cara yang baik.
Jangan biarkan orang lain menjadi tempat melarikan diri daripada masalah yang sepatutnya diselesaikan bersama pasangan.
Dan kepada sesiapa yang sedang melalui pengalaman dikhianati, jangan pernah menganggap diri sendiri tidak cukup baik hanya kerana pasangan memilih untuk berlaku curang. Kita tidak boleh mengawal pilihan orang lain, tetapi kita masih boleh menentukan bagaimana mahu menjaga maruah, hati dan kehidupan sendiri selepas melalui kekecewaan.
Bagi sis, cinta mungkin boleh berubah mengikut masa, tetapi kesetiaan dan rasa hormat tidak sepatutnya hilang hanya kerana hadirnya seseorang yang baharu.
Kita semua mahu dicintai, dihargai dan mempunyai seseorang yang boleh dipercayai. Bukan sekadar ketika muda dan semuanya masih indah, tetapi juga ketika usia semakin meningkat dan kehidupan mula berubah.
Sis nak tanya korang...
Adakah kehadiran orang ketiga sebenarnya berpunca daripada kelemahan dalam hubungan suami-isteri, atau kerana seseorang itu sendiri gagal menjaga batas dan kesetiaan?
Dan kalau pasangan pernah mengkhianati kepercayaan kita, mampukah kita benar-benar memberikan peluang kedua?
Jom kongsi pandangan. Kadang-kadang, cerita dan pengalaman orang lain boleh membuka mata kita tentang betapa pentingnya menjaga sebuah kepercayaan.
Lebih-lebih lagi apabila perkara itu berlaku dalam perkahwinan yang sudah lama dibina. Bukan setahun dua, tetapi sudah 20 atau 30 tahun hidup bersama. Sudah melalui pelbagai fasa kehidupan, susah senang, membesarkan anak-anak dan mengumpul kenangan bersama.
Tetapi akhirnya, kehadiran seseorang yang lain pula menjadi punca hubungan mula retak.
Entahlah... kadang-kadang sis sendiri tidak faham. Apa sebenarnya yang dicari?
Adakah sudah tidak bahagia dengan pasangan? Adakah sudah bosan dengan kehidupan rumah tangga? Atau mungkin kerana terlalu seronok apabila ada orang lain memberikan perhatian yang selama ini dianggap biasa?
Apa pun alasannya, satu perkara yang pasti, kecurangan boleh meninggalkan luka yang sangat dalam kepada orang yang dikhianati.
![]() |
| Kehadiran orang ketiga boleh menguji kesetiaan dan kepercayaan dalam perkahwinan |
Bila Orang Ketiga Mula Mengambil Tempat
Kadang-kadang hubungan dengan orang ketiga tidak bermula dengan sesuatu yang besar pun.Mungkin sekadar berkawan, berbual tentang kerja, bertanya khabar atau berkongsi cerita. Pada mulanya nampak biasa sahaja. Tidak ada apa-apa yang mencurigakan.
Lama-kelamaan, perbualan menjadi semakin kerap. Mula berkongsi masalah peribadi, bercerita tentang kehidupan dan akhirnya ada perasaan yang mula tumbuh.
Daripada sekadar kawan, bertukar menjadi seseorang yang dinanti-nantikan mesejnya.
Di sinilah sebenarnya seseorang perlu tahu menjaga batas.
Bukan semua persahabatan antara lelaki dan wanita yang sudah berkahwin itu salah. Tetapi apabila hubungan mula melibatkan rahsia, perhatian istimewa dan perasaan yang disembunyikan daripada pasangan sendiri, bukankah itu sudah menunjukkan sesuatu yang tidak kena?
Kadang-kadang kita terlalu mudah memberikan alasan.
"Kita orang kawan jer."
"Tak ada apa-apa pun."
"Dia cuma tempat untuk bercerita."
Tetapi kalau benar tiada apa-apa, mengapa perlu berahsia? Mengapa perlu memadam mesej? Mengapa perlu menyembunyikan pertemuan?
Mungkin ada perkara yang nampak kecil pada awalnya, tetapi boleh membawa kepada kerosakan yang jauh lebih besar.
![]() |
| Kepercayaan dan kesetiaan perlu dijaga sepanjang perjalanan perkahwinan |
Sama-sama Melayan, Sama-sama Bersalah?
Ini bahagian yang sis rasa perlu kita fikirkan bersama.Apabila berlaku kecurangan, selalunya orang ketiga akan menjadi perhatian. Ada yang marah, kecewa dan menyalahkan wanita atau lelaki yang hadir dalam hubungan tersebut.
Tetapi bagaimana pula dengan pasangan yang sudah mempunyai ikatan perkahwinan?
Bukankah dia juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kesetiaan?
Kalau kedua-duanya tahu seseorang itu sudah berkahwin, tetapi masih memilih untuk melayan perasaan, berjumpa secara sembunyi dan meneruskan hubungan yang melampaui batas, bukankah kedua-duanya mempunyai tanggungjawab terhadap pilihan masing-masing?
Sis tidak rasa adil apabila kesalahan hanya diletakkan pada orang ketiga, sedangkan pasangan sendiri juga membuat keputusan untuk membuka ruang.
Orang lain mungkin datang menggoda, tetapi kita masih mempunyai pilihan untuk menolak.
Begitu juga sebaliknya. Kalau kita tahu seseorang sudah mempunyai pasangan, mengapa perlu sengaja masuk ke dalam hubungan yang boleh melukakan hati orang lain?
Kadang-kadang, kita terlalu mengikut perasaan sehingga terlupa bahawa ada hati yang sedang kita pertaruhkan.
Sudah Ada Pasangan, Tetapi Masih Mencari Perhatian Orang Lain?
Ini satu lagi persoalan yang sukar sis fahami.Apabila seseorang sudah berkahwin, bukankah sepatutnya dia tahu tanggungjawab dan batas dalam perhubungan?
Sudah tentu kehidupan rumah tangga tidak sentiasa indah. Ada masa pasangan sibuk, kurang memberikan perhatian, penat dengan kerja atau mungkin tidak lagi seromantik ketika mula-mula bercinta.
Tetapi adakah semua itu alasan untuk mencari perhatian daripada orang lain?
Kalau ada masalah dengan pasangan, mengapa tidak berbincang? Kalau rasa hubungan semakin hambar, mengapa tidak cuba menghidupkan semula kemesraan yang pernah ada?
Mungkin lebih mudah untuk mendapatkan perhatian baharu daripada berusaha memperbaiki hubungan yang sudah lama terbina.
Orang baharu mungkin nampak lebih menarik kerana kita belum mengenali sepenuhnya perangainya. Belum berkongsi bil, belum menguruskan anak yang demam tengah malam dan belum melalui tekanan kehidupan seharian bersama.
Hahaha... kalau setakat berbual manis dan bertanya khabar, memang semuanya nampak indah!
Tetapi kehidupan sebenar bukan sekadar mesej manis dan janji-janji yang sedap didengar.
Sebab itulah sis rasa, jangan terlalu mudah menganggap perhatian daripada orang lain sebagai sesuatu yang lebih istimewa daripada kasih sayang pasangan yang sudah bertahun-tahun bersama kita.
Luka Orang Yang Dikhianati Bukan Mudah Untuk Sembuh
Bagi orang yang berlaku curang, mungkin perkara itu dianggap sebagai kesilapan atau satu episod dalam kehidupan.
Tetapi bagi pasangan yang dikhianati, kesannya mungkin jauh lebih besar.
Bayangkan seseorang yang selama ini percaya kepada pasangan sendiri. Berkongsi rahsia, membina keluarga, menguruskan kehidupan dan meletakkan harapan untuk menua bersama.
Tiba-tiba mendapat tahu ada orang lain dalam kehidupan pasangannya.
Sudah tentu perasaan kecewa, marah, sedih dan tertipu boleh datang serentak.
Lebih menyakitkan apabila mula terfikir, selama ini apa yang sebenarnya berlaku di belakang kita? Sejak bila hubungan itu bermula? Berapa banyak perkara yang sudah disembunyikan?
Kadang-kadang bukan sekadar kehilangan kepercayaan terhadap pasangan, tetapi keyakinan terhadap diri sendiri juga boleh terjejas.
Mula tertanya-tanya, adakah diri ini tidak cukup cantik? Tidak cukup menarik? Tidak cukup baik sebagai seorang isteri atau suami?
Sedangkan kecurangan seseorang bukan bukti bahawa pasangan yang dikhianati tidak cukup baik.
Keputusan untuk berlaku curang ialah tanggungjawab orang yang melakukannya. Jangan sampai orang yang sudah terluka pula menyalahkan dirinya sendiri.
Bolehkah Kepercayaan Dibina Semula Selepas Kecurangan?
Ini juga persoalan yang tidak mempunyai jawapan sama untuk setiap pasangan.
Ada pasangan yang memilih untuk berpisah selepas mengetahui kecurangan. Ada juga yang cuba memberikan peluang kedua kerana masih sayangkan keluarga dan mahu menyelamatkan perkahwinan.
Tidak mudah untuk membuat keputusan seperti itu.
Kalau memilih untuk memaafkan, adakah hati benar-benar mampu melupakan? Kalau memilih untuk terus bersama, mampukah kepercayaan dibina semula?
Sis percaya, memaafkan seseorang tidak semestinya bermaksud kita perlu terus menerima segala perkara yang pernah menyakitkan hati.
Jika kedua-duanya masih mahu menyelamatkan perkahwinan, perubahan perlu datang dengan tindakan, bukan sekadar kata-kata. Kejujuran, kesediaan bertanggungjawab, menghentikan hubungan yang melampaui batas dan usaha membina semula kepercayaan amat penting.
Tetapi kalau hanya seorang yang berusaha, sedangkan seorang lagi masih mengulangi kesilapan yang sama, sampai bila hubungan itu boleh bertahan?
Setiap orang berhak membuat keputusan berdasarkan keadaan dan keselamatan dirinya sendiri. Tidak ada sesiapa yang patut dipaksa memaafkan atau terus bertahan.

| Janji perkahwinan memerlukan kejujuran dan tanggungjawab |
Kesetiaan Bukan Sekadar Janji Ketika Hari Pernikahan
Kadang-kadang kita terlalu fokus kepada hari perkahwinan. Sibuk membuat persiapan, memilih pakaian, menghias pelamin dan mengimpikan kehidupan bahagia selepas bergelar suami isteri.
Tetapi selepas semuanya selesai, kehidupan sebenar bermula.
Kesetiaan bukan sekadar janji yang dilafazkan ketika majlis pernikahan. Ia perlu dibuktikan melalui tindakan setiap hari.
Tahu menjaga batas apabila berkawan. Tidak menyembunyikan perkara yang boleh merosakkan kepercayaan pasangan. Tidak sengaja mencari peluang untuk menjalinkan hubungan yang melampaui batas.
Paling penting, jangan mengambil mudah kehadiran seseorang yang sudah bertahun-tahun menemani kehidupan kita.
Mungkin hari ini kita rasa pasangan itu biasa-biasa sahaja. Tetapi cuba bayangkan jika suatu hari nanti dia sudah tiada di sisi. Ketika itulah mungkin kita mula teringat perkara kecil yang selama ini tidak pernah dihargai.
Sis bukan mengatakan setiap pasangan mesti sentiasa romantik atau tidak boleh mempunyai kawan berlainan jantina. Tetapi apabila sudah memilih untuk berkahwin, kita juga perlu tahu bahawa ada batas dan tanggungjawab yang perlu dijaga.

Jangan Cari Kebahagiaan Dengan Mengorbankan Hati Orang Lain
Akhirnya, sis percaya setiap orang berhak mencari kebahagiaan. Tetapi kebahagiaan itu tidak sepatutnya dibina dengan mengkhianati kepercayaan orang lain.Kalau sudah tidak bahagia dalam perkahwinan, berbincanglah. Kalau hubungan sudah terlalu sukar untuk diperbaiki, carilah jalan penyelesaian dengan cara yang baik.

0 Ulasan