Tips penjagaan muka sebelum tidur.Rasanya ramai di antara kita yang tidak tahu penjagaan kulit muka pada malam hari sangat penting.Kalau tahu pun, kadang-kadang disebabkan rasa MALAS, semua tu kita abaikan.



Padahal penjagaan kulit muka pada waktu itu sangat penting kerana malam adalah masa yang tepat bagi kulit untuk regenerasi kulit. Ia merupakan proses pengantian sel-sel kulit mati dengan sel-sel kulit baru. Regenerasi kulit ini akan membuatkan kulit muka kita menjadi lebih sihat, anjal, bersih, lembut dan bebas dari kedutan serta garis-garis halus penuaan.

Lantaran itu penjagaan kulit muka sebelum tidur sangat penting. Membersihkan segala sisa-sisa kotoran atau mekap pada muka sebelum tidur wajib dilakukan supaya kulit dapat bernafas dan tidak menghalang kulit muka untuk beregenerasi.






Berikut beberapa tips penjagaan kulit muka sebelum tidur yang dapat membantu proses regenerasi kulit muka yang sebaiknya kita amalkan.



1. Bersihkan kotoran ataupun sisa-sisa mekap

Pastikan sebelum kita tidur, muka kita bebas dan bersih dari sebarang kotoran ataupun semua sisa-sisa mekap yang melekat di muka. Jika perlu, pakai make up remover ataupun petroleum jelly. Gunakan kapas lembut, dan pastikan semua kotoran dan sisa-sisa mekap terhapus.






2. Pakai pembersih muka

Setelah itu, bersihkan pula dengan pembersih muka, sama ada menggunakan cleanser ataupun facial foam.
Untuk hasil yang lebih baik, basuh muka kita dengan air suam bagi membuka pori-pori kulit. 

Selepas tu barulah cuci dengan cleanser sambil mengurut lembut muka kita.Biarkan beberapa minit supaya segala kotoran tersebut terhapus. Setelah itu bilaslah dengan air biasa sehingga bersih.




3. Gunakan toner


Toner bukan sahaja berfungsi sebagai penyegar, tetapi juga membantu membersihkan sisa-sisa kotoran yang tidak terhapus oleh make-up remover ataupun pembersih muka.





4. Jangan lupa pakai krim malam

Pemakaian krim malam juga sangat penting untuk merawat serta melembabkan kulit muka kita sewaktu tidur. Krim malam juga mampu menghilangkan bintik-bintik hitam serta menghilangkan kedutan di muka.





5. Masker muka

Penjagaan kulit muka dengan pemakaian masker dapat membantu merawat muka kita. Pemakaian masker muka daripada bahan-bahan semulajadi seperti masker epal, lemon, lobak merah, kentang, avokado dan sebagainya dapat memberikan nutrisi pada kulit muka kita.

Baca Juga: Tips Berkesan Atasi Masalah Muka Kering




6. Pelembab bibir

Jika kita mengalami masalah pada bibir seperti bibir kering, bibir pecah-pecah atau mengelupas, pakailah pelembab bibir sebelum tidur.

Gunakan minyak zaitun atau mentega untuk melembabkan dan menutrisikan bibir supaya proses regenerasi kulit di kawasan ini tidak terganggu.

Itulah beberapa cara atau tips penjagaan muka yang sebaiknya kita amalkan sebelum tidur bagi mendapatkan kulit muka yang cantik dan sihat. Lakukan secara teratur bagi mendapatkan hasil yang tidak mengecewakan. Selamat mencuba ya!


Jumpa lagi.

Lurve,
Anie Mohamed


Kredit foto: Google