Korang rasa rimas tak, bila tengok kulit muka kering, kusam atau seperti bersisik? Kalau dibiarkan dalam tempoh jangka panjang, kulit kering akan cenderung membuatkan kulit muka jadi lebih cepat berkedut sehingga mempercepatkan proses penuaan.


Sis yang dah 'kertu' nie pun tak mahu muka jadi semakin nampak tua.Jadi, sebab itulah Sis berusaha mencari jalan untuk mengatasi kulit muka agar tak nampak kering.

Sis terjumpa beberapa tips untuk mengatasinya.Tak sangka, dalam tempoh seminggu kulit muka sis kembali molek. Selesai masalah kulit muka kering yang selalu sis hadapi dan korang yang ada masalah sebegini, bolehlah cuba ya.


Semak Tip Kulit Muka Kering yang telah sis praktikkan:





















1. Pakai Pelembab

Gunakan pelembab yang bahan asasnya diperbuat daripada susu kerana boleh memberikan nutrisi dan melembabkan kulit dengan cepat.

Kulit muka pun akan terasa lebih halus dan lembut dalam waktu yang singkat setelah korang pakai pelembab jenis losyen.Selain itu, korang juga boleh menggunakan baby oil supaya kulit muka menjadi lebih lembab dan kenyal. Tak caya, cubalah!




2. Minyak Zaitun

Minyak zaitun atasi masalah kulit muka kering. Ini adalah kerana kandungan minyak zaitun mampu membantu melembabkan kulit muka dari dari dalam. Cubalah sapu minyak zaitun pada malam hari sebelum tidur.

Bersihkan muka korang terlebih dahulu, kemudian sapukan minyak zaitun secara merata dan nipis-nipis. Biarkan sehingga keesokkan paginya. Cara ini sangat membantu untuk melembabkan kulit muka yang kering secara semulajdi.

Untuk mendapatkan keberkesanannya, lakukan secara rutin pada setiap malam. Khasiat yang terdapat dalam minyak zaitun tersebut tidak merosakkan kuilit muka. Malahan membantu melambatkan proses penuaan semulajadi.





3. Buah Strawberi

Strawberi mengandungi vitamin B,C, E dan K.Kandungan asid ‘silasilat’ pada strawberi dapat membantu untuk menegangkan kulit.

Cara merawat kulit muka kering dengan menggunakan buah strawberi sangat mudah. Ambil enam biji buah strawberi dan cuci dengan bersih.

Setelah itu, hancurkannya sampai lumat. Aplikasikan pada wajah, dan biarkan selama 15-20 minit. Setelah itu, barulah cuci muka dengan air bersih. Lakukannya, dua kali seminggu. Rasakan sendiri kesegaran kulit muka korang.






4. Gel Lidah Buaya

Tanaman lidah buaya dipercayai boleh membantu mengatasi masalah kulit muka kering dengan berkesan. Mujurlah sis ada tanam pokok lidah buaya nie. So, rugilah kalau sis tidak mencuba tip tersebut. Lagipun, caranya mudah jer.

Korang hanya perlu ambil bahagian isi lidah buaya (gel) dan hiris halus-halus.Kemudian sapukan gel lidah buaya tersebut apda sekitar kawasan kulit muka ada. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilaslah dengan air bersih.

Itulah 4 Tip yang telah sis praktikkan bagi menyelesaikan masalah kulit kering secara semulajadi. So, selamat mencuba ya. Mana tau, serasi dan berkesan.

Sekian dulu. Sayang selalu.

Lurve,
Sis Anie Mohamed