Pasta adalah antara menu sajian kegemaran ramai, termasuklah keluarga sis. Lagipun nak memasaknya pun cukup mudah. Tu yang buat sis paling suka. Hahhahaa.... Tak perlu nak duduk di dapur lama-lama!

Baca Juga:

Resepi Kari Ayam Lazat

Jom Buat Maggi Goreng Sedap

Resepi Spaghetti Bolognese


pasta


Tapi, kalau nak masak pasta tu, pastikan sedap ya. Macam mana nak dapatkan masakan pasta yang enak sehingga menjilat jari gitewww? Nak tahu tak? Okay, sis share dan nanti korang cuba wokey!! Tips ini mungkin berguna untuk korang yang menyukai hidangan pasta.

Check it out!


pasta

6 Cara Memasak Pasta Lebih Sedap

1. Gunakan periuk yang besar dan dalam supaya boleh menampung banyak air di dalamnya. Pasta memerlukan banyak air agar dapat masak dengan sempurna.

2. Pasta yang berkualiti tinggi memiliki warna keemasan dan sedikit transparent.

3. Pasta harus dihidangkan dalam keadaan panas. Jika perlu, panaskan dalam microwave sebelum dimakan.

4. Sebaiknya jangan memasak pasta terlalu matang kerana ia akan membuatnya keras ketika dinikmati.

5. Ketika pasta sudah matang, masukkan segelas air sejuk ke dalam periuk untuk menghentikan proses kematangan pasta, kemudian toskan.

6. Sebaiknya tidak menambah minyak ketika memasak pasta, kerana minyak akan membuatkan rencah-rencah pada sos tersebut tidak meresap ke dalam pasta. Hilanglah kenikmatan sebenarnya kan...


pasta

Okay selamat mencuba tips tersebut ya. Semoga hidangan pasta korang nanti akan jadi lebih sedap... lebih enak! Jumpa lagi. Babai.