Maggi Goreng merupakan hidangan yang popular di Malaysia dan ramai yang menyukainya.  Hidangan yang simple ini kerap menjadi pilihan ramai terutama ketika masa terhad dan ingin menikmati makanan yang sedap dengan cepat!

Maggi Goreng


Maggi Goreng Memang Sedap!

Kebetulan hari ini kurang rajin nak masak. Jadi dikongsikan keenakan Maggi Goreng serta resepinya yang  paling mudah dan sedap untuk korang cuba di rumah.

 

Ikut Selera Sendiri

Suka nak masak Maggi Goreng nie sebabnya ia boleh disesuaikan dengan selera peribadi.Korang boleh menambahkan pelbagai bahan seperti sayur-sayuran, daging, tau telur untuk mencipta variasi rasa yang menarik.


Lagipun cepat dan mudah untuk disediakan. Itulah salah satu kelebihan utama Maggi Goreng. Dalam masa yang singkat, korang  boleh menikmati hidangan yang lazat dan memuaskan hati.



Baca Juga: 


Tips Masak Nasi Lemak Confirm Sedap


Diet Telur Rebus


6 Jenis Makanan Buat Kulit Awet Muda




Resepi Maggi Goreng Paling Mudah dan Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:

 

1 bungkus Maggi (pilihan rasa mengikut citarasa sendiri)

2 sudu besar minyak masak

1 biji bawang besar, dicincang

2 ulas bawang putih, dicincang halus

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram

Garam dan lada hitam/lada putih secukup rasa


Untuk hiasan: Hiris timun, tomato, daun bawang dan lemn (jika suka)


Cara-cara Membuatnya:

 

Rebus Maggi

Didihkan air dan masak Maggi mengikut arahan pada bungkus. Tapis dan ketepikan.


Tumis Bawang

Dalam kuali yang bersih, panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga wangi.


Campur Maggi

Masukkan Maggi yang telah dimasak dan telur yang telah digoreng. Gaul rata sehingga semua bahan tercampur baik.



Tambah Sos

Tuangkan sos cili dan sos tiram. Kacau dan masak sebentar lagi.


Perisa dan Hidangkan


Tambah garam dan lada hitam/lada putih secukupnya dan sesuaikan dengan selera. Sedia untuk dihidangkan.


Kreativiti Sendiri

Tambahkan sayur-sayuran atau daging seperti ayam, udang,sotong atau telur mata untuk variasi rasa yang lebih mantap. Boleh juga mencuba menambahkan serbuk kari atau rempah tertentu untuk memberikan sentuhan eksotik kepada Maggi Goreng tersebut. 

 

Dengan resepi yang mudah dan bahan yang boleh didapati dengan mudah, Maggi Goreng adalah pilihan yang sempurna untuk mereka yang mencari hidangan yang cepat, sedap dan memuaskan selera. 


Cuba resepi ini di rumah dan nikmati keenakan Maggi Goreng yang pasti memikat selera.Selamat mencuba!