Tips Bersihkan Peralatan Memasak

BAB MEMASAK PASTI RAMAI YANG TAK KISAH, TAPI BAB MENGEMAS SEMUA PERALATAN YANG SUDAH DIGUNAKAN TU MEMANG JADI MASALAH DALAM NEGARA! 

Hahaha… Malas!  Dulu Sis pun macam tu juga.Rasa terseksa sangat nak membersihkannya. Mungkin inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa kebanyakan orang perempuan malas turun ke dapur! Stres nak menggemasnya!

Tapi, lepas nie korang tak yah nak tension-tension lagi sebab Sis nak share beberapa tips yang tahu dan sentiasa praktikan ketika menjadi Chef Momma buat hero-hero Sis di rumah! Biasalah…. Sis suka masak tapi tak suka duduk berjam-jam di dapur! 

Segalanya mesti bergerak pantas dan paling penting, Sis akan masak dengan perasaan gembira serta penuh kasih sayang. Jadi, sebab itulah Sis suka pasang lagu kalau berada di dapur.Sambil masak… sambil menyanyi dan sambil menari-nari walaupun suara bagaikan katak di bawah tempurung! Keh! Keh! Kehhh…. 

Tips Bersihkan Peralatan Memasak

Bab memasak kira ok kan sebab tak terlalu banyak peralatan atau bekas yang nak digunakan. Tapi, kalau buat kuih, bukan setakat satu bekas… sebaliknya berbekas-bekas! Dah ler tu… sisa-sisa bahan yang digunakan seperti telur dan mentega melekit. Gila tak stres, kalau dah selonggok dalam sinki. Nak membasuhnya tu seksa kan… Kesan-kesan minyak susah sangat nak tanggal. Tapi, semua tu tak jadi hal setelah Sis tahu tipsnya. Jadi, sebab itulah Sis sentiasa steady jer bila berhadapan dengan masalah sebegini. 

Check it out!

Tips Bersihkan Peralatan Memasak

*  Kebanyakan biskut atau kek yang Sis selalu buat berasaskan coklat. Maklumlah hero-hero Sis nie hantu coklat. Jadi, peralatan yang dipakai untuk memasak coklat atau adunan yang melekit  memang tak boleh jalan kalau dibasuh dengan air biasa atau sabun. 

Untuk mengatasi masalah ini,biasanya, Sis akan rendam peralatan yang berminyak atau melekit tu sekejap dengan air suam. Kemudian barulah dibersihkan sisanya dan dicuci dengan sabun.

Tips Bersihkan Peralatan Memasak

*  Dulu sisa-sia ikan atau daging yang melekat pada peralatan goreng atau kuali jadi berkerak dan susah sangat untuk dibersihkan.Tapi sebenarnya senang jer nak membersihkannya kalau kita tahu caranya. 

Okay macam nie, masukan satu sudu minyak masak (nak jimat gunakan minyak terpakai pun boleh), tambahkan air, kemudian didihkan sekejap. Sisa-sisa ikan atau daging tadi akan jadi lebih senang untuk tanggal atau hilang.

*  Kesan-kesan warna makanan memang sukar nak dibersihkan, terutama kalau dah terkena dengan serbuk kunyit. Untuk mengatasi masalah ini, rendam bekas-bekas tersebut dengan air suam yang sudah ditabur dengan baking soda atau dengan serbuk pembersih. 

Okay, selamat mencuba. Mudah-mudah 3 tips ini berguna buat korang yang sebelum ini memang rasa tertekan dengan masalah tersebut. 

Sekian sahaja. Sampai jumpa lagi.

Tataaaa

Lurve,
Sis Anie Mohamed