Resepi Ayam Goreng Berempah

                             
SIAPA YANG TAK SUKA MAKAN AYAM GORENG MEMANG RUGI. RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH INI CUKUP ‘SUPERB’  UNTUK DIHIDANGKAN BUAT ORANG-ORANG YANG KITA CINTAI. RASANYA YANG GARING, DIPADUKAN PULA DENGAN KENIKMATAN BUMBU ATAU REMPAH RATUS TERPILIH, PASTI AKAN MENGGODA SELERA MAKAN!

Sebenarnya Sis tak pandai sangat nak tulis Resepi Ayam Goreng Berempah, sebab bila Sis masak biasanya tak guna sukatan. Macam biasanya, main hentam dan 'campak-campak' jer. 

Sungguhpun begitu, macam Sis cakap sebelum nilah, Sis tak terror sangat bab memasak namun cukup gigih untuk menyediakan hidangan buat family tersayang. Siang malam, pagi, petang jarang sekalilah dapur kat rumah ni tak berasap! 

Hehhe... penat, tak penat ker bab memasak ni Sis okay sahaja. Boleh jer memasak dengan penuh kasih sayang. Bukan apa, memasak merupakan terapi stress Sis paling mujarab giteww... Enjoy sangat bila tengok pakcik (en.hubby) dan anak-anak makan bersungguh-sungguh. Haa.. hahaha... 

Resepi Ayam Goreng Berempah yang nak Sis share ni juga senang nak buat.Bahan-bahan yang Sis gunakan juga sangat ringkas. Korang pun tak perlu pening-pening nak cari atau membelinya. Semuanya ada kat Giant, Tesco ataupu  Jusco. Hehehhe…. Lagi satu, korang juga tak payah nak lama-lama berkulat di dapur untuk menyediakannya.Tu penting bagi Sis!!

Resepi Ayam Goreng Berempah ini pakai serbuk kunyit. Nak lagi sedap guna kunyit hidup. Tapi kalau malas dan tak mahu menyusahkan diri, serbuk kunyit pun boleh. Hehhehe..heheh…


Seperkara lagi yang membuatkan ayam goreng berempah ini jadi lebi sedap sebab ia diperap dengan pelbagai bumbu,dan kemudiannya digoreng. Rasanya… perghhh… garing dan enak dimakan dengan nasi panas.  

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-Bahan

Ayam (berapa ketul, dipotong saiz macam mana ikut suka hati korang ya), cuci bersih. Sis suka cuci ayam dengan perahan lemon dan lumur dengan tepung gandum. Biar seketika lepas tu barulah bilas bersih.
Minyak secukupnya untuk mengoreng.



Resepi Ayam Goreng Berempah
Rempah Briyani Powder Adabi ni menjadikan Ayam Goreng Berempah lebih lazat


BAHAN A
Serbuk kari daging  
Serbuk kunyit banyak sikit biar nampak kuningnya nanti. 
Rempah Briyani Powder  - Sis guna brand Adabi
Tepung jagung
Garam
Gula
Sedikit kicap pekat
Daun kari 

#### (Kuantiti Bahan A yang telah dibaur sebati nie, korang agak-agaklah ya..bergantung pada banyak mana ayam yang korang nak masak)

BAHAN B (PERLU DIKISAR)
Serai (letak banyak sikit ye.. dalam 10 batang)
5 biji bawang besar 
3 ulas bawang merah
1cm halia
7 batang serai
Sedikit jintan manis dan jintan putih
Sebiji telur (kalau ayam tu banyak, letaklah dua atau tiga biji telur)

Cara Memasak:

1. Apabila Bahan A dan B sudah digaul sebati dalam satu mangkuk, masukkan ayam yang sudah dicuci bersih, lumur dan perap selama sesuka hati. (actually, lagi lama lagi sedaplah…. kalau tak larat nak tunggu lama-lama 25 minit pun dah ok. Seeloknya simpan dalam peti sejuk)

2. Bila nak goreng tu, sisihkan sikit ketulan ayam tu dengan bumbu-bumbunya. Bukan apa, nanti terlalu hangus pula bumbunya. Gorenglah ayam tersebut dengan api yang sederhana, sehingga kuning kecoklatan. Angkat dan toskan. Ulangi sampai habis.

3. Bila dah settle, sisa-sisa bumbu atau rempah-rempah tadi yang banyak tu tadi digoreng pula sehingga kuning kecoklatan. Angkat, toskan dan taburlah di atas ayam-ayam yang sudah siap untuk dihidangkan itu. 

4. Selesai sudah. Senang sangat kan… :)p 


Baca Juga: Resepi Ikan Singgang



Resepi Ayam Goreng Berempah
Makan panas-panas lagi sedap Ayam Goreng Berempah ni.


Senang giler kot Resepi Ayam Goreng Berempah yang Sis kongsikan kali ini. 

Cuba tau, insyaAllah rasanya pasti tak menghampakan korang. Janji, jangan lupa Bismillah... dan masaklah dengan penuh kasih sayang!

Sampai sini sahaja. Jumpa lagi nanti... 


Lurve,
Sis Anie Mohamed