Resepi Daging Masak Kicap yang dikongsikan ini mungkin berbebza dengan resepi yang korang ada. Black pepper, kicap manis, kicap masin dan sos tiram adalah bahan-bahan yang menjadi penyedap utama daging masak kicap ini.

Daging Masak Kicap

Perapan Daging 

Daging yang diperap bersama bahan-bahan tersebut membuatkan masakan ini menjadi lebih enak. Betul, Sis tak tipu dan korang trylah Resepi Daging Masak Kicap ini.

Memasak jangan sampai menyusahkan, lakukan dengan ikhlas, penuh kasih sayang serta keseronokkan, itulah prinsip yang sering Sis pegang. Segala apa bahan yang ada di rumah, itulah yang akan Sis gunakan.

Kalau Sis rasa kurang rajin nak ‘menumbuk’ atau mengisar segala bahan-bahannya, Sis akan pakai hiris-hiriskan jer.Sedap jugak apa yang dimasak tu. Hihhhi... Oklah kita terus kepada resepi kitalah.


daging masak kicap
Sebaiknya guna daging batang pinang. Empuknya lagi cepat...

Resepi Daging Masak Kicap 


Bahan-bahan:
  • Daging segar dihiris nipis lebar. (biasanya daging segar nie Sis beli kat pasar, siap minta penjual daging tu hiris-hiris sekali. Senang kan.... Hehhe.. kalau nak ok, tentulah kena guna daging batang pinang. Masak pun tak lama.... sebab struktur dagingnya lebih lembut) - kuantiti ikut suka korang.   
  • 2 biji kentang, kupas dan potong empat atau sesuka hatilah. 
  • 5 sudu besar - Kicap manis 
  • 1 sudu besar -Kicap masin 
  • 2 sudu besar - Sos tiram 
  • 4 sudu besar -Sos lada hitam
  • 5 biji lada hitam -ditumbuk kasar atau pakai jer serbuk lada hitam 
  • 2 sudu besar - Cili giling 
  • 2 Biji bawang merah- dipotong empat 
  • 3 Ulas bawang putih - dipotong dua 
  • 3 cm Halia - dipotong kecil memanjang
  • 3 biji cili merah atau cili papi (jika suka nak letaklah)
  • Sekuntum bunga lawang, sedikit kulit kayu manis dan dua biji buah pelaga. (kalau tak de tak payah letak pun tak pe… ) 
  • Sedikit air asam jawa. 
  • Minyak untuk menumis. 
  • 1/2 sudu besar, tepung jagung, dilarutkan dengan sedikit air. (kalau tak de.. tak yah guna pun tak per .. juz nak pekatkan sahaja kuah tu) 


Baca Juga:




daging masak kicap
Letak juga serbuk lada hitam ni, memang power jadinya Daging Masak Kicap


Cara Memasak:
1. Campur daging yang sudah dibersih dan ditoskan airnya.
Kemudian perap dengan kicap manis, kicap masin, kicap manis, sos lada hitam, serbuk lada hitam serta cili giling tersebut. Gaul rata dan biarkan selama lebih kurang 15 minit.

2. Panaskan minyak, tumis - masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bawang merah, bawang putih serta halia hingga berbau harum dan kekuningan

3. Kemudian barulah masukkan daging yang sudah diperap seketika.

4. Kacau hingga merata, tutup dan biarkan air dari daging tersebut keluar.

5. Tambahkan air bila perlu dan biarkan sampai masak.

6. Jangan lupa masukkan kentang, cili padi atau cili merah apabila rasa daging tersebut sudah sedikit empuk.

7. Apabila kuah menyusut, daging dan kentang sudah empuk, masukan sedikit air asam jawa ,bancuhan air tepung jagung tadi dan cubalah rasa ok. Kalau kurang masin, nak tambah garam atau kicap manis pun boleh. Terpulang pada korang sendiri.


daging masak kicap
Kuah kicap ni pun menambat selera! 


8. Ok, dah siap… bolehlah hidangkan. Jika nak tabur daun bawang pun boleh.

Senang sangat, kan. Mudah-mudahan perkongsian Resepi Daging Masak Kicap ini memberikan korang variati dalam masakan. Selamat mencuba.