Korang tahu tak cara atau tips potong buah tetap segar, agar ia tidak menjadi lembik serta berubah warna?Kalau belum tahu, okay sis share ye .Inilah yang selalu sis buat supaya buah yang dah siap-siap dikupas tutidak lebam dan masih segar untuk dimakan.

Biasanya buah yang dah siap dikupas ataupun dipotong cepat sangat berubah warna (lebam) dan mudah busuk. So, untuk mengatasinya cubalah cara tu ya!

Tips Buah Potong Tetap Segar

Tips Potong Buah Tetap Segar

Biasanya buah yang dah siap dikupas ataupun dipotong cepat sangat berubah warna (lebam) dan mudah busuk. So, untuk mengatasinya korang boleh try cara ini.

  •  Rendam Dalam Air Sejuk


Selalunya buah-buahan yang dah siap dikupas dan dipotong, sis akan rendamkannya di dalam air sejuk (air yang disimpan di dalam peti sejuk).

Lepas tu sis akan letakkannya di dalam peti sejuk. Cara ini akan membuatkan potongan buah-buahan tadi kekal segar.

Rendaman tersebut dikatakan dapat mempertahankan enzim yang terdapat dakam buah, sehingga tidak akan mengubah rasanya.

  •  Rendam Dengan Air Garam


Cara kedua nie pun tak jauh bezanya dengan cara pertama tadi. Cuma selepas sis rendam buah yang dah dikupas dan dipotong dengan air garam selama 4-5 minit, sis akan basuh buah tersebut.

Lepas tu, sis akan masukkannya ke dalam bekas yang kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Bila nak makan nanti ambik jer.. boleh tahan dalam masa 2-3 jam.


  • Bungkus Dengan Tisu Dapur


Jangan tak tahu, tisu dapur juga boleh digunakan untuk menjaga kesegaran buah yang sudah dikupas dan dipotong.

Caranya senang giler, korang hanya perlu bungkus buah-buahan tu dengan tisu dapur, lepas tu simpanlah di dalam bekas kedap udara.

Tisu dapur dapat menyerap kelembapan. Manakala bekas kedap udara yang digunakan dapat mencegah buah daripada busuk.

  • Bungkuslah Dengan Plastik Wrap


Plastik wrap boleh digunakan untuk menjaga kesegaran buah yang sudah dikupas dan dipotong. Korang hanya perlu simpan buah tersebut dalam bekas yang terbuka dan kemudian tutuplah rapat-rapat dengan plastik wrap.

Selalunya lepas bungkus tu sis akan simpan di dalam peti sejuk. Bila nak makan, ambil jer dan dengan cara tersebut buah kekal segar dan tidak berubah warnanya.



Tips Buah Potong Tetap Segar


  •  Simpan Dalam Freezer


Cara ini selalu juga sis buat, sebab sedap hahaha…dah rasa macam makan aiskrim buah! Hahhaa…

Korang simpanlah buah yang sudah dikupas dan dipotong tu dalam bekas yang tertutup rapat. Lepas tu masukkanlah dalam freezer. Sebaiknya suhu freezer yang elok untuk menyimpan buah ini ialah antara 3 hingga 7 darjah celcius.

Okaylah itulah beberapa cara atau tips potong buah tetap segar yang sis selalu lakukan bagi mendapatkan buah yang tahan lama setelah dikupas. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.