Wajib Baca: Cara Redakan Sakit Leher Atau Tengkuk Akibat Salah Tidur


Agak-agak ada tak yang sama-sama tengah merana akibat sakit tengkuk?Sakit tengkuk atau leher biasanya berkaitrapat dengan gaya atau posisi kita tidur yang salah, termasuklah disebabkan bantal kita tu!


Sis kena time bangun tidur. Sakitnya sendiri mau ingatlah. Rasa nak terjun katil pun ada! Hahhaa..ahhaha…. Dan hanya Tuhan saja yang tahu, sakitnya macam mana. Sampaikan nak toleh ke kiri… kanan… menunduk… menongak… semuanya serba tak kena. Saaaaakittttttttt giler tu!!! 

Dulu masa tak tahu tips nie, memang merana jugaklah. Habislah sebotol minyak cap kapak, Sis kerjakan.Sepanjang hari, dok ‘membega’ tengkuk yang sakit. Nak tak nak, tahan sahajalah sakit tu sambil-sambil urut-urut tenguk…leher… 

Then, bila dah tahu cara untuk meredakan kesakitan tersebut, so tak adalah masalah lagi. Dan Sis percaya, ramai di antara kita pernah mengalaminya, dan tidak tahu cara atau tips meredakan kesakitan itu. So, sis sharelah tips nie. Harap-harap ia bermanfaat.

Cubalah cara nie jika sakit tengkuk atau leher leher. Selain tu, sebelum kepala lena di atas bantal, sebaiknya ‘tepuk-tepuk’ dulu bantal tu supaya ‘isi-isi’ bantal tu sekata. Kemudian, letak kepala jangan main ‘booomm-booom’ je…, dapatkan posisi tidur yang tepat atau selesa terutama bahagian leher ok.
Pastikan kita tidur dalam posisi yang tepat atau selesa ya!
CARA TERBAIK UNTUK MEREDAKAN SAKIT TENGKUK ATAU LEHER:

1. TUAM TENGKUK/LEHER
Kalau terkehel leher nie akibat salah tidur, lakukan dua cara bertuam. Mula-mula tuam dengan air suam (guna tuala pun boleh… perahkan sedikit, kalau tak nanti meleleh-leleh pulak)di sekitar leher yang sakit. 

Setelah itu, tuam lagi dengan menggunakan tuala yang sudah direndam dengan ais (buat macam waktu kita demam tu). Cara ini dilakukan untuk menyihatkan otot yang tegang supaya menjadi ok semula.


Teknik tuam ini kerap Sis gunakan untuk meredakan sakit leher
2. URUT LEMBUT
Untuk melegakan otot-otot leher yang sakit ketika menoleh atau timbul rasa perit atau tegang, cuba urut-urut lembut di sekitar leher. Cara sebegini berguna untuk melegakan otot-otot saraf pada leher.
Sis suka urut dengan massage oil (sunflowers) daripada Perfume Generics.

3. LAKUKAN PEREGANGANMelakukan peregangan ringan dengan duduk tegak dengan kepala lurus. Kemudian, perlahan-lahan, tunduk kepala ke bawah… kira sampai lapan.
Kemudian kembali ke posisi tegak, pusing ke belakang, kira sampai lapan. Lakukan perkara yang sama ke arah kiri dan kanan.

4. JEMUR BANTAL
Biasalah kan… tips nie turun-menurun! Try lah jemur bantal. Tekstur bantal setelah dijemur akan menjadi lebih empuk dan selesa untuk digunakan. Tidur pun akan jadi lebih sihat.

Petua menjemur bantal ini paling rare. Jangan tak cuba ya! 
Ok, selamat mencuba. Semoga salah satu daripada cara ini dapat membantu korang mengatasi masalah sakit tengkuk/leher akibat salah tidur ini. InsyaAllah, akan ok.

Sampai ketemu lagi ya.
Lurve,
Sis Anie Mohamed.

Kredit foto: Google 

Post a Comment

11 Comments

  1. Tima kasih utk tips ni.. Mmg tgh sengsara sakit ni..

    ReplyDelete
  2. tgh sakit sgt ni..arghhhhhh..rase mcm nak cabut kepala pasang balik.

    ReplyDelete
  3. Samalahhh..bgus tips ni..kesakitannya hnya tuhan shaja yg tau..memang perit..

    ReplyDelete
  4. Aku tak tahulah musim ke apa. Sakit gila rasa nak cari tukang urut dewata raya. Thanks tips

    ReplyDelete
  5. Sakit jg ni..lepas mandi kolam dgn anak²..dah 2 hari sengsara ni

    ReplyDelete
  6. tengah sakit ni terkedu masa mandi adoii ....

    ReplyDelete
  7. Dh berhari2 tk hilang sakit ni.. Tk tahan rsenya .nk buat keje pun tk selesa ..

    ReplyDelete
  8. Dh berhari2 tk hilang sakit ni.. Tk tahan rsenya .nk buat keje pun tk selesa ..

    ReplyDelete
  9. Tgh berdenyut2 sakitnye.. lain macam plak sakit kali ni

    ReplyDelete
  10. Serius I pun kena... Takut siuuut sakit beminggu tak baik.. Mana.nak cari tukang urut...

    ReplyDelete
  11. Dh 2 hari sakit tengkuk ni..x taulah nk buat apa..suruh adik urut malah lg sakit pagi nih...

    ReplyDelete