Beginilah keadaan Dea Marissa kalau demam. Sis memang tak tenang....

Dah beberapa hari sis deman.Selera nak makan pun tak berapa ada. Jadi, gigihlah cari info makanan orang demam. Manalah tahu kot-kot boleh berselera sikit tekak nie.

Lagipun kalau demam sis jarang makan ubat, selagi boleh bertahan dan elak memang sis akan cuba pertahankan untuk tidak menelannya. Lagipun bukan sedap pun makan ubat! Hahah... hahah...

Jadi, adalah lebih sedap jika kita dapat kurangkan sakit tersebut dengan menikmati beberapa jenis makanan yang dipercayai dapat mengurangkan selesema, batuk, sakit kepala dan juga demam. Sakit tetap sakit. Tapi perut tetap kenyang!

Okaylah, kalau ada yang sakit-sakit tu, berjauhan dari keluarga pulak tu. Cubalah makan makanan orang demam yang Sis senaraikan nih. Mana tau serasi dan boleh sembuh. Tapi kalau buah hati pengarang jantung sis, demam, ice-cream adalah ubatnya yang paling mujarab. Dapat makan ice-cream terus senang hati :))p

Bila tengok Dea Marissa happy, terbang melayang sakit-sakit Sis nih. 

So Yummy! Kalau makan satu memang tak cukup... hehehe... 
Senang jer nak pujuk Dea Marissa ni, abang Haikal Haziq kasi upah ice-cream, dah ok.
Bahagia bila dapat makan ice cream :)) 

INILAH MAKANAN ORANG DEMAM
1. SUP AYAM
Sup ayam dikatakan mempunyai kemampuan untuk membantu sistem pertahanan badan kita untuk melawan gejala selesema. Di samping itu, wap sup ayam yang terkena aliran udara dan lendir di hidung kita dapat membantu meredakan hidung kita yang tersumbat.
Tapi, pastikan kita memilih ayam yang bebas lemak kerana lemak yang ada hanya akan menghalang penghadaman nutrisi sehingga membuatkan demam kita lambat kebah atau sembuh. 

Sis tak terror bab masak ni, tapi selalu bersemangat bab memasak nih. Tu dia Sup Sayur yang Sis masak. Nampak sedap kan.. haha.. haha 
2. SUP SAYUR
Kalau demam-demam Sis suka sangat makan sup sayur. Letak kobis, letak kobis bunga, sawi, brokoli dan juga bebola ikan. Jangan lupa, letak bawang putih dan halia banyak sikit. Sedap giler kot! Jenis sayuran yang mengandungi 'sulforaphane' dikatakan sangat berkesan untuk melawan bakteria serta virus yang membuatkan badan kita lemah sehingga diserang demam.

Lagipun bawang putih dan halia mengandungi antioksidan yang sangat berkesan untuk melawan radikal bebas dan demam.

3. KISMIS
Jangan tak percaya, kismis juga tersenarai dalam makanan orang demam tau. Ini adalah kerana kismis mengandungi vitamin C, E dan nutrisi lain yang juga cukup efektif melawan radikal bebas serta mengatasi demam.

Di samping itu pengambilan kismis juga boleh membantu memulihkan tenaga sehingga ianya bagus dimakan ketika kita sedang demam. Tapi kalau Dea Marissa, tak demam lagi dia suka makan kismis nih.

Ratu Pisang kat rumah sis :p 

4. PISANG
Kat rumah Sis ni memang 'hantu pisang'. Kalau tak 'dingap-ngap' terus macam tu, pisang masak tu Sis buat cekodok. Saat mengoreng, habis satu rumah berbau harum dengan aroma cekodok pisang.

Buah pisang mengandungi kandungan mineral yang sangat tinggi. Jadi sebab itulah ia mampu menurunkan kepanasan dalam badan akibat demam. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin B6 yang efektif dalam melawan stress, mengatasi keletihan serta membuatkan tidur kita menjadi lebih nyenyak.


5. BISKUT KERING DAN ROTI BAKAR
Kalau sakit perut, cirit birit ataupun rasa macam nak muntah, lebih elok jika kita makan makanan ringan yang sihat. Biskut kering yang tawar dan roti bakar mudah dihadamkan oleh tubuh. Makanan berkarbohidrat ini dikatakan mampu mengurangkan rasa mual serta membantu menstabilkan sistem penghadaman kita.


Okaylah mudah-mudah info makanan orang demam atau sakit ini bermanfaat untuk semua.
Sampai jumpa lagi, doakan sis cepat-cepat sembuh ya!


Lurve,
Sis Anie Mohamed