Resepi Bersahur

DAH HAMPIR SEMINGGU KITA BERPUASA.BAGI YANG DAPURNYA BERASAP, TENTU DAH BERMACAM-MACAM RESEPI BERSAHUR DAN JUGA BERBUKA PUASA TELAH DICUBA.



Ok, buat korang yang dah mula mati idea untuk menyedikan hidangan bersahur dan berbuka puasa, Sis kongsikan 5 respi bersahur yang dibawakan oleh Kimball ini. Resepi-resepi ini dicipta khas menggunakan produk Kimball terdiri daripada makanan yang berasaskan kepada nasi, pasta dan roti.

Memahami cabaran yang dihadapi oleh kita-kita yang bergelar ibu sepanjang Ramadan ini terutama penyediaan hidangan sahur, Kimball yang mempunyai rangkaian luas sos, sos pasta dan pasta kering telah bekerjasama dengan Chef Rohani Jelani.

Resepi Bersahur
Inilah orangnya! Chef Rohani Jelani telah menghasilkan 5 Resepi Bersahur yang cukup enak serta mudah untuk kita memasaknya.
Dengan itu, terhasillah lima resepi bersahur yang mudah dan lazat serta ia boleh dijamu oleh 5 ahli keluarga dengan bajet sekitar RM15 sahaja. Kira oklah tu kan…

Semua hidangan ini cukup berkhasiat untuk kita seisi keluarga sepanjang menjalani ibadah puasa.
Kalau dah rasa buntu sangat nak masak apa, jomlah kita sama-sama cuba resepi bersahur Kimball yang sedap ni.




 
Resepi Bersahur
Roti Berinti Kimball. Memang sedap!

ROTI BERINTI KIMBALL
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Hidangan: 5 orang


Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
Untuk Inti:
2 sudu besar minyak
1 biji bawang, dicincang halus
3 sudu besar serbuk kari
300 g daging cincang
2 sudu besar Sos Lada Hitam Kimball
2 sudu besar Sos Tomato Kimball
1 ½ cawan sayur campur sejuk beku
Garam, secukup rasa
2 biji telur, dipukul

Untuk Roti:
3-4 sudu besar minyak
1 bantal roti sandwich
4 biji telur
1 sudu besar susu pekat
½ sudu teh garam
1 cawan air
½ cawan Sos Cili Kimball    

Cara Memasak:
1.  Panaskan minyak, tumis bawang sehingga lembut atas api sederhana selama 5 minit. Tambah serbuk kari dan daging cencang. Masak selama 10 minit atau sehingga daging berwarna perang. Tambah Sos Lada Hitam Kimball, Sos Tomato Kimball dan sayur campur. Masak lagi 10 minit. Perasa dengan garam. Tuang ke dalam pinggan hidang. Bila sejuk, campur dengan telur.

2.  Sapu inti di atas sekeping roti dan lapis dengan sekeping roti lain seperti sandwic. Pukul telur, susu, garam dan air. Kemudian, celup roti sehingga serata.

3.  Panaskan minyak dalam kuali leper atas api sederhana dan goreng sandwic secara bergilir. Jarakkan roti anggaran 2 sm. Bila sudah berwarna perang keemasan, terbalikkan. Angkat dan hidang semasa panas dengan Sos Cili Kimball.



Resepi Bersahur
Sos Ayam Cendawan Dengan Angle Hair Kimball. Serius... kena cuba resepi nih!

 SOS AYAM CENDAWAN DENGAN ANGEL HAIR KIMBALL
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 15 minit
Saiz Hidangan: 5 orang


Bahan-Bahan
Untuk Sos Ayam Cendawan:
2 cawan stok ayam
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
3 sudu besar kicap cair
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar minyak
2 sm halia, dihiris nipis
3 ulas bawang putih, dicincang halus
300 g isi dada ayam, dipotong nipis
200 g cendawan tiram, dihiris tebal

Untuk Adunan Angel Hair Kimball:
3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih, dihiris halus
2 sudu besar Sos Tiram Kimball
2 sudu besar sos caramel pekat
2 sudu besar kicap cair
½ sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula
400 g Angel Hair Kimball
200 g pak choy, petik anggaran 5 sm


Cara Memasak:
1.  Untuk Sos Ayam & Cendawan: Satukan stok, tepung jagung, Sos Tiram Kimball, kicap cair, garam dan lada putih. Kacau dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis halia bersama bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam dan goreng 5 minit. Tambah cendawan kemudian dan masak lagi 5 minit. Campurkan adunan kuah yang telah dibancuh tadi dan biar sehingga mendidih. Bila jadi pekat, ketepikan.

2.  Untuk Adunan Angel Hair Kimball: Tumis bawang putih atas api sederhana sehingga perang keemasan. Tutup api dan tuang bawang putih berserta minyak ke dalam mangkuk, ketepikan. Dalam mangkuk besar, campur Sos Tiram Kimball, sos karamel pekat, kicap cair, lada putih dan gula. Kacau sehingga sebati.

3.  Sementara itu, jerang air dalam periuk sehingga didih. Masukkan 1 sudu teh garam, Angel Hair Kimball dan pak choy. Celur dalam 3 minit atau sehingga lembut. Angkat dan sejat Angel Hair Kimball berserta sayur, kemudian gaul dengan campuran sos. Tabur bawang putih bersekali minyak.

4.  Hidangkan segera bersama sos ayam cendawan tuang di atas.

 
Resepi Bersahur
Nasi Goreng Tomato Pedas Kimball pun sedap juga tau...
NASI GORENG TOMATO PEDAS KIMBALL
Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Saiz Hidangan: 5 orang


Bahan-Bahan:
3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih, dicincang halus
200 g isi ayam, dipotong 1 sm kiub
1 biji lobak merah, dipotong kiub kecil
5 batang kacang panjang, dihiris halus
5 biji cili burung, dihiris nipis
3 sudu besar Sos Tomato Kimball
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
5 cawan nasi
2 cawan kangkung, petik anggaran 5 sm
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
5-6 daun limau purut, disiat halus
3 sudu besar bawang goreng

Untuk Hiasan:
3 sudu besar minyak
4-5 biji telur
2-3 sudu besar sos karamel pekat
1 biji timun, dihiris
2-3 sudu besar bawang goreng
4-5 limau nipis, dipotong baji

Cara Memasak:
1.  Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan ayam, lobak merah, kacang dan cili burung dan goreng selama 10 minit. Campurkan Sos Tomato Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball, biar 5 minit lagi.

2.  Masukkan nasi dan kacau atas api besar selama 10 minit. Tambah kangkung, sos ikan, lada hitam dan daun limau purut anggaran selepas 5 minit. Tutup api.

3.  Hidangkan nasi goreng bersama telur dan percik sos karamel pekat di atasnya. Hias dengan hirisan timun, bawang goreng dan limau nipis. Hidangkan segera.

 
Resepi Bersahur
Nasi Ayam Hainan Kimball ni super sedap!

SATU PERIUK NASI AYAM HAINAN KIMBALL
Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 30 minit
Saiz Hidangan: 5 orang


Bahan-Bahan:
½ ekor ayam, potong enam
2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
1 sudu besar jus halia
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada putih
2 ½ cawan (500 g) beras, dibasuh dan disejat
2 sudu besar minyak
2 ulas bawang putih, dicincang halus
2 sm halia, dihiris nipis
600 ml stok ayam
2 helai daun pandan, disimpulkan

Untuk Hiasan:
1 tangkai daun bawang, dihiris nipis
1 biji timun, dihiris
2 sudu besar sos caramel pekat
¾ cawan Sos Cili Bawang Putih Kimball

Cara Memasak:
1.  Perap ayam dengan Sos Berperisa Tiram Kimball, jus halia, garam dan lada putih selama 10 minit.

2.  Panaskan minyak atas api sederhana. Tumis halia dan bawang putih sehingga perang. Masukkan beras, gaul sampai mesra. Campurkan stok ayam, ½ sudu teh garam dan daun pandan. Tutup, biarkan mendidih dan air sedikit kering tetapi nasi masih lembap.

3.  Kemudian, ‘tanam’ ayam perap tadi di dalam nasi. Perlahankan api dan tutup periuk dengan kemas. Biarkan masak anggaran 25 minit.

4.  Gembur nasi dan hidang. Hias dengan hirisan timun dan daun bawang. Percik Sos Karamel di atasnya dan hidang bersama Sos Cili Bawang Putih Kimball.


 
Resepi Bersahur
Bun Ayam BBQ Kimball 

BUN AYAM BBQ KIMBALL
Masa Penyediaan: 1 jam 20 minit
Masa Memasak: 40 minit
Saiz Hidangan: 5 orang


Bahan-Bahan
Untuk doh:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat
150 ml air
400 g tepung
1 sudu teh garam
1 teh yis segera
50 g mentega lembut

Untuk inti:
3 sudu besar minyak
1 biji bawang, dicincang halus
1 biji lobak merah, dicincang halus
300 g ayam kisar
¼ cawan Sos BBQ Kimball
1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
3 sudu besar Mayonis Kimball
2 tangkai daun bawang, dihiris halus

Cara Memasak:
1.  Untuk membuat doh: Pukul telur, susu pekat dan air, ketepikan. Campur tepung, garam, yis berserta mentega dalam mangkuk besar dan uli sebati. Masukkan pula telur adunan dan uli lagi selama 5 -10 minit sehingga doh lembut dan elastik. Kemudian, tutup mangkuk doh dengan plastic dan ketepikan dalam suhu rumah selama 1 jam (sehingga doh naik berganda).

2.  Sementara menunggu doh naik, buat inti: Panaskan minyak di dalam pan atas api sederhana. Tumis bawang dan lobak merah sehingga lembut. Masukkan ayam dan kacau sehingga empuk. Tambah Sos BBQ Kimball dan Sos Tiram Kimball. Masak lagi selama 10 minit. Akhir sekali masukkan Mayonis Kimball dan daun bawang. Tutup api dan tuang ke dalam pinggan untuk disejukkan.

3.  Apabila doh dah naik, uli perlahan-lahan untuk keluarkan angina di dalam doh. Bentukkan doh seperti balak dan potong 12 dalam saiz yang sama. Setiap keping dibentuk seperti bola. Kemudian leperkan ia dan letak 2 sudu besar inti. Lipat kepada separuh dan tekan kemas pada bahagian tepinya.

4.  Bun yang telah diisi inti disusun atas dulang pembakar bergris. Tutup dengan tuala bersih dan lembap selama 30 minit atau sehingga doh menjadi anjal bila disentuh. Kemudian sapu bun dengan susu dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan (180‘C) selama 20 minit atau sehingga ban kembang dan berwarna perang keemasan.

Resepi Bersahur
TQVM Team Aboutcom & Kimball untuk Sajian Sempoi Sahur Kimball :))
Resepi Bersahur
Memang Sis akan cuba kelima-lima resepi bersahur Kimball dan korang pun jangan lupa cuba juga tau... 

Itulah perkongsian Sis,  5 resepi bersahur yang telah dibawakan oleh Kimball. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian produk Kimball serta pilihan resepi yang pantas, mudah dan lazat jenguk kat sini www.kimball.com.my atau www.facebook.com/KimballMalaysia

Sampai Jumpa Lagi!


Lurve,
Sis Anie Mohamed